:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Thursday 28 June 2012

novel sebarkan cinta-MU karya Fatimah Syarha

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah semalam telah habis aku bace buku novel tauhid berjudul 'Sebarkan cinta-MU' karya Fatimah Syarha binti Hj. Mohd Noordin.. 
Fatimah syarha merupakan graduan UIAM. Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan. Pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Turut memiliki Ijazah Bacaan al-Qur'an bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan Master di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh... 

aku sentiasa mengikuti forum2 yang diadakan bersama Fatimah Syarha melalui internet shj.. setakat ini masih belum berpeluang berjumpa dgn nya secara langsung.. insyaALLAH suatu hari nanti Fatimah Syarha akan dijemput ke UM utk mendidik warga UM dalam forum2 nya.. 

melihatkan peribadi Fatimah syarha yang baik, sopan, lembut, kata2 yang penuh hikmah dan berilmiah... kata2 nya yang sgt memberi kesan kpd jiwa remaja terutamanya.. membuatkan hati aku menjadikan dia salah seorang daripada role model dlm hidup ku.. 

novel tauhid karyanya ini penuh dgn didikan... 
aku kagum membaca setiap ayat yang ditulis.. bagai sungguh memahami kehidupan.. sungguh tinggi ilmunya.. 

sebenarnya novel ini adalah novel BM pertama yang aku baca.. sebelum ni memang jangan harap la aku nk bace novel.. serius tak minat.. ntah kenapa hati aku terpaut pada novel ni.. sekali pegang susah nk dilepaskan.. novel ni adalah novel pertama yang aku dapati tak boring.. walaupun pertama kali bace novel BM.. novel yang mempunyai halaman 874 muka surat itu tidak terasa beban bagi aku..malah aku dapat membacanya hanya dalam masa 4 hari... ok,, aku sendiri rase terkejut.. mgkin sebab minatnya kpd isi novel ini menyebabkan aku x puas2 membacanya.. baru je habis semalam..rase nk khatam sekali lagi je buku ni... huhu.. 

novel ni bukan novel biasa... ia adalah novel tauhid.. novel ilmiah yang mengajar tentang ilmu fiqh, hadis, sirah.. dgn novel ini.. Alhamdulillah aku lebih mengenali ALLAH SWTdan Rasulullah saw.. 
isu utama dlm novel ni adalah tentang poligami.. 
sub2 isu nya adalah tentang hijab, cinta. hubungan antara ALLAH dan manusia.. sirah2 anbia.. 
tidak rugi bace novel ni... byk ilmu yang dapat.. byk kajian2 yang diselit dlm buku ni.. byk tokoh2 yang diperkenalkan dlm buku ni.. 
novel ni bukan hanya sekadar menceritakan kisah hidup seseorang.. tp byk diselitkan ilmu2 lain.. 
semoga buku2 seperti novel ni byk lg akan terhasil lepas ni.. 

ok,, x boleh cerita byk2 sgt... nanti x laku plak novel ni..haha... gurau2..
tak rugi pon beli buku ni.. harga nya sgt berpatutan.. hanya RM 38.. 
terkejut jgk tgk harganya.. sbb halaman nya byk... aku tgk di pasaran novel y hanya 300 muka surat pon dh mencecah RM 40.. cerita mengarut-ngarut plak tuh.. OPS !! sori2.. aku bukan peminat novel.. bole la ckp mengarut kan.. x pasal2 lepas ni kena serang ngn org y fanatik novel.. maafin dong.. 
setiap buku pon ada ilmu nya yang tersendiri... kita yang perlu menilai.. cuma novel tauhid seperti sebarkan cintaMU ni lebih banyak ilmunya.. =)   




terima kasih kepada sahabatku Nur Atiqah Md Akhir yang sudi meminjamkan novel ilmiah ni kepadaku... ALHAMDULILLAH dapat memenuhi masa lapang ku dgn perkara bermanfaat.. 


ok wassalam..
senyum sokmo ^___^

Wednesday 27 June 2012

cinta duniawi

Assalamualaikum wbt...

Allah swt itu Maha Mengetahui...
Allah tahu setiap keperluan hambanya dari segi zahir dan batin..
salah satu keperluan manusia adalah kasih sayang... iaitu CINTA
cinta adalah lumrah manusia..



cinta adalah ftrah dan suci tapi ia boleh bertukar menjadi fitnah bergantung kepada cara pelaksanaannya...
cinta suci hanya wujud selepas perkahwinan..
selain daripada cinta selepas kahwin iaitu couple adalah cinta terkutuk yang hina tetapi dianggap indah oleh pelakunya..
kenapa?
sebab cinta itu buta..
ia membutakan hati pelakunya..
pada masa ini..tanpa disedari cinta menjadi tuhan...
apa saja sanggup dilakukan demi cinta..
sanggup bergaduh,,,sanggup membunuh,,sanggup berzina,, dan lain2..

dalam keadaan buta hati ini,,, syaitan cepat sahaja menjalankan tugasnya
urusan mereka bertambah mudah dan cepat..
syaitan menusuk jarum-jarum zina ke dalam hati pelakunya tanpa sedar..
menyebabkan pelaku merindui pasangannya...
berlakulah zina mata,,zina tangan,,zina mulut,,zina hati,,n so on
dan lebih mudah lagi..cinta pada zaman penuh dengan teknologi canggih ini membuatkan cinta dapat berputik di mana2 sahaja.. di alam maya contohnya..
cinta fb...cinta tweeter...cinta myspace....



kalau macam tu.. adakah bercinta ini salah?
macam mana seorang manusia yang memang ingin berkasih dapat meluahkan kasih sayang itu?

ya,, secara lumrah.... manusia memang ingin menyayangi dan disayangi..
tapi betulkah cara kita melaksanakannya?
bercinta tidak salah asalkan pelaksanannya betul di sisi syarak..

pelaksanaan yang betul hanyalah dengan cara berkahwin..
tapi saya tahu,,
remaja terutamanya yang masih belajar mungkin tidak berani atau tidak mampu untuk berkahwin semasa belajar kerana ada banyak risiko kan..
yup.. risikonya memang banyak...tapi hikmahnya pon tak kurang banyaknya..
adakah kita sanggup menghadapi risiko2 itu?
saya rasa mencegah lebih baik daripada merawat..

tidak perlu tergesa-gesa untuk berkahwin keranan ada banyak lagi perkara yang masih belum tercapai.. antaranya adalah ilmu terutamanya ilmu agama..
sudah cukupkah ilmu di dada??
berkualitikah ilmu kita??
supaya nanti ilmu itu akan diturunkan kepada zuriat kita..
kalau belum lagi.. jangan ambil risiko untuk membesarkan anak dalam keadaan tidak berilmu..
melakukan persiapan rapi terlebih dahulu adalah cara yang terbaik dalam perkahwinan..
ada banyak lagi risikonya.. fikirlah sendiri..

tapi,, hikmah nya juga ada,,
hikmah yang paling ketara adalah dapat mengelak daripada melakukan zina..
ye..memang betul..ramai yang ingin kahwin kerana alasan tersebut..
cuba fikir kembali..
biasenye org yang perlu mengelak daripada melakukan zina ( berkahwin ) sebenarnya adalah org yang hidupnya memang dekat dengan jalan2 zina..

Allah berfirman dalam ayatnya : 


" dan janganlah kamu mendekati zina : sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk "
( surah al-Israa : 32 )

jalan2 zina itu adalah couple, sms tanpa urusan penting, dating tanpa mahram, calling tanpa urusan... ini semua adalah dosa..
dosa ini akan dihimpun dalam perjalanan cinta yang indah dan penuh romantik..
kata Ustaz Azhar Idrus,, walaupun perjalanan cinta ini diakhiri jua dengan perkahwinan..pasangan ini tetap juga perlu bertaubat dengan dosa-dosanya yang lalu...
tapi sanggupkah kita bergelumang dengan dosa sepanjang perjalanan itu.?.
kalau 10 tahun bercinta? sepuluh tahun itu hidup dalam keadaan yang tidak berkat..
tidak takutkah kita kalau dalam diri penuh dosa itu..tiba2 malaikat maut datang menjemput?
tidak terfikirkah kita akan hal ini? dan bila ajal datang.. bertubi-tubi malaikat raqib dan atid menyoal didalam kubur.. dan lebih takut Allah yang menyoal akan perbuatan kita di dunia..

tidak salah bercinta..
tetapi biarlah pada masa yang sesuai..
bila mana kita yakin dengan ilmu di dada..
bila mana kita yakin dengan persiapan diri..
bila mana ekonomi sudah stabil untuk berkeluarga..
bila masa itu tiba..
dirikanlah masjid.. insyaAllah bahagia sepanjang hayat..
itulah cinta atas jalan yang betul..

ada yang kata..
" takpelah couple pon.. akhirnya kahwin juga kan? kalau takde jodoh cari la org lain plak"

bila sudah berkahwin..
suami isteri yang kerap bertukar pasangan sebelum berkahwin...akan membanding-bandingkan pasangan mereka yang dulu..
mungkin pasangan yang dulu lebih romantik.. lebih baik.. lebih hensem atau macam2 lagi..
pada masa itu.. suami/isteri itu seperti tidak dapat menerima kekurangan pasangannya.. walhal semua manusia ada kekurangan dan kelebihan masing2...
bukankah hal ini lebih menyakitkan?
ataupun tiba2 suami/isteri berputik kembali cintanya kepada bekas pasanagnnya yang dulu..
bukankah hal ini lebih susah untuk diurus keranan ia soal hati.. ?
akhirnya..............penceraian juga yang terjadi..

akan tetapi..
lihatlah pasangan yang tidak pernah mempunyai bekas kekasih...
dan tidak mempunyai kenangan silam...
mereka menerima suami/isteri seadanya...
mereka bersyukur atas setiap pemberian-NYA....
kerana bagi mereka cinta yang lebih utama adalah cinta pada Allah..
bukankah mereka jauh lebih bahagia daripada pasangan yang bercinta sebelum berkahwin??
hal ini kerana asas masjid yang dibina adalah mengikut jalan yang benar..

Allah Maha Mengetahui segalanya... Subhanallah!



kita sebenarnye lebih suka menganggap bercinta sebelum kahwin itu harus kerana bagi kita orang pada akhir zaman ini susah untuk cari yang baik..so,, couple adalah cara untuk lebih mengenali pasangannya..
tapi sebenarnye kita silap.. yang haram tetap haram..
istighfarlah..kembalilah ke pangkal jalan...
jangan menghalalkan perkara yang terang haram.. Allah Maha Penyayang.. Dia mengetahui apa yang akan berlaku sekiranya couple diharuskan..
sungguh dahsyat..
mungkin budaya menbuang anak semakin berleluasa..
nasab keturunan yang kacau bilau..
masalah sosial yang bermaharajalela..
penyakit2 sosial yang tersebar....

saye tahu... setiap orang tidak mahu tersalah pilih kan..
sebab itu kerap bertukar pasangan kerana dianggap tidak serasi dan macam2 lagi..
percayalah..
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu jugalah sebaliknya..
jadi??
persiapkanlah diri menjadi menjadi insan yang soleh dan solehah...
jika kita baik..
kita sebenarnya tidak perlu mencari cinta malah cinta yang akan mencari kita..
yakinlah..
persiapkan diri dan banyak berdoa..
Allah Maha Mendengar..

saye lebih suka meletakkan tanda soal dalam tulisan saye supaya hal ini dapat difikir dengan lebih mendalam secara individu.. setiap orang berbeza pendapat.. tulisan ini sebenarnya sangat umum..
bagi saya..
lihatlah pada APA yang ditulis bukan pada SIAPA yang menulis..
sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang masih mencari-cari ilmu untuk menguatkan cinta saye pada Pencipta..yakni ALLAH SWT..

semoga tulisan ini dapat menghasilkan buah fikiran yang lebih wajar...
wallahu'allam....
senyum sokmo ^__^

Saturday 23 June 2012

cuti yang bermanfaat

assalamualaikum wbt.....

lame nye x update blog ni,, adui,,,da byk sarang labah2 dah.. maafin dong
bukan ape.. x sempat lah nk update..sbb final exam n masalah2 y perlu ditangani.. aku anggap masalah itu semua sebagai ujian daripada ALLAH SWT.. ujian untuk menguji keimanan dan kesabaran aku padaNYA.. semoga ujian yang diberi dapat mematangkan aku dalam menjalani hidup yang penuh suka duka ni... hidup yang penuh cabaran dan dugaan..

it's ok.. let bygone be bygone...
there's no mistake in life just lessons...
so, aku anggap masalah dan musibah yang aku terima sem 2 kt UM ni sebagai pengajaran... aku taknak terperangkap dalam masalah yang sama lagi...
aku lupa bahawa dunia ni penuh dengan kejahatan...

ok2 dah... cheer up!! hahahaha
sekarang aku tgh cuti.. baru 2 hari cuti... ade 3 bulan lagi.... yehuuuu.. yabedabeduu..
alamak..terover excited plak...maaf2
cuti...cuti jgk...
takkan aku benarkan cuti aku terisi dgn makan dan tido shj.. ceewaahhh



cuti atau dikenali juga sebagai masa lapang,,,
nikmat masa lapang adalah salah satu drp nikmat yang sering dilupai oleh manusia..
mksud aku..manusia lupa utk bersyukur dgn nikmat masa lapang..
masa lapang ni sebenarnye nikmat drp ALLAH utk hambanya,, kite suka kan bile dpt bercuti? so, jangan lupe utk bersyukur pd ALLAH yang Maha Penyayang... =)

terlalu banyak perkara yang aku ingin lakukan dalam cuti ini.... x tahu la sempat buat semua ke tak..tkpe...buat setakat yang sempat...
of course la cuti ini adalah peluang untuk kita menimba ilmu ALLAH.. sebagai persediaan untuk menghadapi hari yang mendatang.. persediaan untuk dunia dan juga akhirat...
kita perlu seimbangkan antara dunia dan akhirat kerana kedua-duanya penting.. dunia adalah 'makanan' utk akhirat kita.. apa yang kita buat kat dunia akan dibalas oleh ALLAH di akhirat..
' bekerjalah kamu utk mencari rezeki seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi di dunia.. dan solat lah kamu seperti kamu akan mati esok.. '

jadi..manfaatkanlah cuti kamu untuk dunia dan akhirat...
bagi aku... telah banyak buku2 yang aku kumpul untuk dibaca dlm cuti ni... antaranya ialah novel sebarkan cinta-MU karya Fatimah Syarha.. ensiklopedia solat.. buku2 ustaz Pahrol, ibnu Qayyum al-Jauziah, uztaz ghazali ibrahim, muhammad alexander... novel BI ' The Unseen '....
selain buku.. aku nk tgk macam2 movie... tgk tv sepuas hati.. hehe.. tp pandai2 pilih siaran yang bermanfaat lah.. kalo stakat cerita yang 'kosong' ... x nak la aku tgk.. tgk lah channel al-Hijrah... banyak ilmu yang dapat kita tahu.. cite korea pon termasuk dlm senarai.. untuk hiburan.. x salah berhibur asalkan tidak lagho...
selain tu.. ak nk wt reunion ngn geng2 skolah naim dulu... lame dh x jumpe dorg.. rindu yang amat dh ni.. huhu.. selain tuh.. banyak perkara yang aku nk blajar drp umi ak..antaranya memasak... fuhh,,da lame aku tak beraksi kt dapur..kekok plak.. tkpe,,sekarang aku nk asah balik..
duk kt rumah... biasalah ank perempuan kan... jadik suri rumah la.. haha.. tambah2 lagi ank perempuan sulung.. kenalah tunjuk contoh yang baik utk adik2..

pagi2 mestilah dengar ceramah drp ustaz2..
tidak lupa juga untuk aku hafal surah2 pilihan drp al-Qur'an
selain tuh.. aku nk asah balik skill aku bawak keta.. dh 4 bulan x pegang stereng keta nih..
banyak lagi yang aku nk buat.. antaranya bajet untuk sem 3.. kena bersedia awal kan..
selain tu,, of course la ak nk bersedia untuk subjek sem 3 plak.. bace sikit2 setakat yang rajin.. >_<
ouhh... x lupa jugak utk meng update blog aku setakat yang yang rajin....
sesi lawatan pon ade jgk... nk melawat nenek di kampung.. serius rindu nasi kerabu atok yang sedap!
di samping itu.. tidak ketinggalan juga sesi kaunseling utk adik2 aku..hehe!!
n banyaaaakkkk lagi....
amboih.... cuti 3 bulan mcm cuti setahun plak..

takpe... aku tahu manusia hanya merancang..ALLAH yang menentukan segalanya... dengan izin ALLAH.. aku dapat buat ape yang aku rancang.. aminnn~
~~~ jika kau fikirkan kau boleh.. ~~~  nyanyi la plak..

ok lah.. sudah banyak aku membebel hari nih.. smoga bermanfaat.. insyaALLAH... uhibbuka fillah..
assalamualaikum....  ^^ semyuummm sokmo ^^