:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Tuesday 30 October 2012

Lega sudaa


         السلام عليكم
          بسم الله الرحمن الرحيم

fuuhh lega,,, Alhamdulillah 1st round test sudah berakhir pada pukul 1 petang tadi. Rasa ringan je kepala nih, dah saturated la katakan. memory full memory full... tadi mase tengah test, abis semua benda yang dihafal daripada kelmarin hingga hari ni bercampur aduk macam nasi kerabu.. macam nasi ambang pon ade. BLANK kejap. macam mane pon result nanti, aku redha =)))))) sebab aku dah usaha setakat yang mampu,, sekarang otak sudah rasa ringan yang amat......... 

haaa,, macam ni la kot rasenye... eh, over la pulak =__=

sekarang tiba masa lak assignment untuk menyelubungi diri ini..
lepas mid sem break,, 2nd round test plak akan menjelma,,  O.o
semoga dipermudahkan oleh Allah... aminnn.. 

semoga semua result aku A.. insyaAllah

ok la..
senyyuuummmmm sokmo deh


Thursday 25 October 2012

Jangan merungut dan menghina.


            السلام عليكم
          بسم الله الرحمن الرحيم


             Mengikut kamus hidup aku, merungut ni bermaksud perkataan yang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang kuat merungut adalah orang yang tidak bersyukur dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah, tidak puas hati dengan rezeki Allah, dan tidak redha dengan takdir Allah. Nauzubillah.

            Menghina pula adalah mengeluarkan kata2 kesat terhadap sesuatu perkara.



             Memang lumrah seorang manusia untuk mempunyai perasaan tidak puas hati. Sebenarnya tidak salah merungut dengan niat supaya perkara yang dimaksudkan itu dapat diperbaiki. Jadi, rungutan itu perlulah disertai dengan cadangan untuk membaik pulih keadaan. Yang salah adalah setiap hari merungut tetapi rungutan hanya tinggal rungutan. Maksudnya hanya sekadar merungut tetapi tidak memberi pendapat atau cadangan supaya perkara yang tidak disukai itu tidak berulang lagi.

Aku nak bagi satu situasi :

Situasi A

Ali : Seriously makanan kat sini tak sedap langsung. Nak muntah aku makan..weekkk! Geli tekak aku.

Abu : Tahu takpe, dahla berminyak, tawar plak tuh.. sial punye tukang masak.

Ali : Setiap hari makan makanan macam ni, hampeh tol.

Abu : ......................

Ali : ......................

..................................................

Situasi B

Siti : mahal la yuran kolej ni. Kalau aku tahu tak hingin aku masuk kolej ni.

Mina : Tah, ingat aku ni tukang cop duit ke. Bodoh la pengurusan kat sini. Tahu cekik darah student je.

Siti : benci kolej ni.

Mina : *&*#^*&^#*&(*@

Siti : .............................

Mina : ..............................

              Dalam situasi A dan B di atas, biasanya rungutan seperti ini akan berlanjutan tanpa ada jalan penyelesaian.  Hanya rungutan, komen, kritikan, sumpah seranah je yang akan didengari. So, at the end.. apa yang kita dapat?? Membazir masa je, otak pon tak berkembang. Jangan sempitkan pemikiran dengan hal yang remeh macam ni. Allah dah tetapkan kita akan menghadapi situasi begini dan begitu. Allah nak uji macam mane hambanya akan menghadapi perkara ni. Allah dah bagi otak untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Bukan untuk menyumpah seranah dan memaki hamun perkara yang kite tak suke.

Aku nak tukar cara bercakap dalam situasi A dan B tadi.

Situasi A

Ali : seriously makanan kat sini tak sedap langsung. Yeekkk!!

Abu : takpelah Ali, kita dah tahu kat sini tak sedap, lain kali kite pergi kedai lain je.  Untuk hari ni, inilah rezeki kita. Alhamdulillah. Orang2 kat Somalia makan rumput je, tapi tak merungut pon. Kite ni, makanan tak cukup masin sikit, dah naik angin.

Ali :  erk..ok. aku mintak maaf.

See? Masalah selesai. Sesi sumpah seranah pon takde. Hidup aman sentosa. Bahagia dengan bersyukur.

Situasi B

Siti : mahal la yuran kat kolej ni. Kalau aku tahu tak hingin aku masuk kolej ni.

Mina : Benda dah jadi Siti. Macam ni lah, mulai hari ni kita jangan boros berbelanja. Kita berjimat-cermat. Jangan berbelanja mengikut kehendak nafsu, tapi berbelanjalah mengikut keperluan. Daripada kau merungut benda ni setiap hari, baik kau cari jalan penyelesaian. Masalah takkan selesai dengan rungutan kau tu.

Siti : betol jugak tuh. Baiklah.

            See? Sekali lagi aku nak cakap. Masalah selesai.
Yang aku tekan kat sini adalah aku tak mahu sesi sumpah seranah berlaku.



            Dalam banyak2 rungutan, rungutan terhadap makanan adalah perkara yang paling aku tidak suka. Makan sambil merungut. Walaupun hinaan, rungutan, komen, dan segala perkataan negatif dilemparkan kepada makanan itu, tetapi makanan tersebut tetap juga ditelan dan masuk ke dalam perut.  Tetap menjadi darah daging kite. Tetap memberi tenaga kepada kite untuk menjalani kehidupan seharian.

             Orang tua2 selalu cakap, jangan bergaduh ketika makan. Sebenarnye ada rasional di sebalik nasihat itu. kenapa? Sebab kita nak jaga makanan itu, supaya molekul makanan tidak bertukar menjadi buruk dan rosak. Kalau kita makan dalam keadaan marah, molekul makanan juga akan bertukar menjadi ‘marah’. Then, makanan ini akan menjejaskan kesihatan kita.

Tak percaya?
Saya buktikan.

Bukti 1. 
           Molekul air memahami persekitaran. Ia boleh ‘mendengar’, ‘melihat’, dan ‘beremosi’.  Perkara ni saya sudah terangkan dalam entry yang sebelom ni. http://dochana93.blogspot.com/2012/01/mujarabnye-h2o.html .
Apa yang kita makan, tak kire masak ape. Kandugannya mempunyai air.  Hatta dalam badan kita juga, 60% nya adalan H2O.

Bukti 2.
            Seorang saintis juga telah mebuktikan bahawa molekul memahami kita dalam eksperimen nya terhadap sepinggan nasi. Beliau membahagikan nasi yang sama ke dalam dua buah pinggan. Nasi dalam pinggan A sentiasa dipuji dan didengarkan dengan perkataan2 indah dan positif seperti cantik, sedap, bagus, dll. Manakala nasi dalam pinggan B didengarkan dengan perkataan negatif seperti hodoh, bodoh, buruk, jijik,  dll. Selepas sebulan, nasi dalam pinngan A masih lagi cantik, putih dan elok tetapi nasi dalam pinggan B telah basi dan buruk. Ini membuktikan bahawa molekul2 dapat memahami emosi manusia.

Bukti 3.
           Ustaz Haslin Baharin pernah bagi ceramah teantang suami isteri.  Katanya, suami kena layan isteri dengan baik supaya ketika isteri masak, makanan itu dimasak dengan penuh kasih sayang, zikrullah, dan kata2 yang baik je.  Kalau isteri masak dengan stress, menyumpah suami dengan perkataan yang tak elok, makanan yang dimasak itu akan menjejaskan kesihatan suami, sebab tu biasanya suami yang mati dahulu sebelum isteri. Mungkin bunyinya macam seloroh sahaja, tapi aku percaya.

Bukti 4.
             Kebanyakan nasihat oarang2 tua mempunyaii rasional yang lojik. Samalah juga dengan nasihat supaya tidak bertengkar ketika makan. Aku percaya inilah sebabnya.

ketika makan, please3 lah jangan mengeluarkan kata2 yang negatif, kita bersyukur dan zikrullah. syukur dengan rezeki yang kita dapat, At least, kite masih dapat menikmati makanan yang sempurna, ingatlah orang2 yang dalam kesusahan, makanan takde, minum air sungai je. Bayangkan kalau kita hulurkan makanan yang kite cakap kurang masin, tak sedap langsung, tak cukup ini itu, kepada mereka. MasyaAllah betapa bersyukurnya mereka. Allah beri kita sedikit kemewahan, tapi kita tidak bersyukur.
Renungkanlah.



lepas ni, jaga percakapan terutamanya ketika makan.
kerana lidah badan binasa.

Salam Aidiladha 1433 Hijrah.

Assalamualaikum.
senyuuum sokmo deh

Thursday 18 October 2012

My baby nex


السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

pada 14/10/2012, tepat jam 3 petang.. tibanya sebuah skuter suzuki nex berwarna pink lembut di kolejku.. teruja, gembira, cemas, sume ade.. terima kasih kepada ayah sedare ku yang susah payah membawa skuter tu daripada Cheras. Alhamdulillah selamat sampai. 

start daripada 14/10/2012....
Alhamdulillah, perjalanan aku untuk kemana-mana menjadi semakin mudah, cepat, pantas, dan efisien. 

of course lah sebelum guna skuter tu, umi dan abah pesan buat solat hajat untuk keselamatan sepanjang menggunakan skuter. Alhamdulillah solat hajat sudah pon aku tunaikan secara persendirian, aku juga ade minta bantuan tok imam kolej aku untuk buat solat hajat jugak. Setelah berdoa, aku berusaha menjadi pemandu yang berhemah, dan selebihnya aku tawakal pada Allah. InsyaAllah semuanya selamat. 

Di kesempatan ini, inginku mengucapkan jutaan terima kasih pada abahku yang tersayang, kerana menghadiahkan aku skuter ni, 
" abah,,Farah guno skuter ni wat blaja.. timo kasih abah.. " <3 <3
" farah jago skuter ni molek2 deh " hehe

ni la baby baru ku,,, pinky betol ! dah tak banyak pilihan, nk wat camne.. ade kaler putih, hijau n pink je. tapi kalo ade banyak pilihan pon,, kemungkinan besar aku pilih kaler pink jugak..hohoho

syukur sangat dengan pemberian ni. Alhamdulillah. 

ok lah, 
stakat ni je dulu.. takde idea lagi nak update blog tajuk ape sebenarnye sebab sangat serabut dengan test yang bertimbun-timbun. semua berkumpul pada tarikh yang same yakni 24/10/2012.. 
semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah.. insyaAllah.. ameen.

senyuuummmm sokmo =))) 
btw, awat skema bebenor ayat aku dalam nih.. huhu.. pape jela,, ayat ni keluar ikut mood jugak. 

Thursday 11 October 2012

Permudahkanlah


السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Rabbi Yassir Wa La Tu'assir 
Maksud: Wahai Tuhanku, permudahkanlah dan janganlah Kau susahkan

Setelah melalui test Applied Microbiolgy, Biochemistry, dan Microbial Physiology setiap minggu berturut-turut, tiba pula masa untuk di'test' dalam subjek Fundamentals technique of biotechnology, Metabolite and secondary metabolism, dan Cell and Tissue culture untuk minggu seterusnye sampai la tibanya Hari Raya Haji, report Microb pon kena hantar jugak di samping perlu menghadiri latihan bola tampar untuk SUKMUM. Nasib baik JKP kemas, BIOtech Club, and PMK tak start lagi. 

Apa-apa pun, semoga diri ini sentiasa tenang dan dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH. aminn ~ 



That's why lah diri ini sudah lame tak update blog dek kerana busy tahap Menteri Pelajaran. Masa sangatlah berharga, stress memang stress but i like this kind of stress,,i means 'stress because of study'. Selain daripada stress belajar, aku tak perlu nak stress perkara lain,, contohnya stress sebab family, boyfriend ( x payah nak pasang boifren, buat serabut je ), kawan2, kewangan.. so far, aku amat bersyukur padaMu Ya ALLAH, aku rase tenang. Betullah kalau kita nak bahagia, kita kena bersyukur, ALHAMDULILLAH.

Yup, aku tenang sekarang. i cannot describe how happy i am. i just want to say  الحمد لله

Tipu la 
kalau aku cakap aku takde masalah langsung. i do have some problems. but Allah 


ease those problems to me.  Thank you.  





tak sabar nak balik raye haji, miss my family soooo much! especially my 
UMI and ABAH. <3 <3 

ya Allah, lindungilah aku dan keluargaku di dunia dan akhirat, lindungi kami
 dari segala bala bencanamu, 

api nerakamu, godaan syaitanmu, syirik2 kecil serta dosa dan hutang. Berkati
 dan redhailah kehidupan kami. 



aminn~ 



dan,, semoga adikku Fatin Najwa yang sedang menghadapi PMR, semoga
 dipermudahkan olehNYA. 

aminn ~ 





inilah dia budak yang tengah exam.. hehe.. 



ade sorang lagi yang akan exam,,, SPM punyer.. name adik sulung aku ni..
 Fatin Nabila..

goodLuck jugak,, hee





insyaAllah ~ 

Biiznillah ~ 



ok, stakat ni dulu, 



senyuuummmm sokmo deh   =)))