:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Tuesday, 31 July 2012

Tolak zina dan harta dunia

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmaanirrahimm..

Watak seorang pemuda penjual kapak selalu bermain di dalam kotak fikiranku. Wataknya yang membuat aku tersentuh dan insaf serta mengagumi keimanannya pada Allah yang Maha Penyayang. Mungkin di dunia akhir zaman ini, sudah terlalu susah untuk menjumpai seorang lelaki yang sanggup menolak zina dan harta kerana takutnya pada Allah swt..

ikuti kisahnya yang telah aku ringkaskan : ---



Pada suatu masa dahulu, ada seorang lelaki yang hidup dengan penuh kesederhanaan. Dia hanya berhijrah dari satu kampung ke kampung yang lain untuk menjual kapak. Oleh kerana wajahnya yang sangat tampan,, ramai wanita yang terpegun dan terpikat dengannya.

Suatu hari, pemuda penjual kapak itu sampai di sebuah perkampungan Israel. Seorang dayang telah terpegun melihat ketampanan pemuda itu lalu dayang itu memberitahu puterinya akan kedatangan pemuda tampan itu di kampung mereka.

macam ni la kot gambaran pemuda tampan tu.. hehe

Puteri Israel itu ingin melihat sendiri pemuda itu lalu menyuruh dayangnya mengajak pemuda itu ke rumahnya untuk membeli kapak. Apabila sampainya pemuda itu ke rumah puteri,, dia terus terpikat dengan ketampanan pemuda itu lalu puteri ingin memperdaya penjual kapak yang tampan itu.

Puteri membawa pemuda itu dari satu bilik ke satu bilik yang lain dengan alasan lebih senang untuk membeli dan menyimpan kapaknya, lalu pemuda itu hanya mengikut tanpa ada perasaan curiga pun, sehinggalah mereka sampai ke bilik puteri itu sendiri. Apabila mereka berdua telah berada di dalam bilik, tuan puteri mengunci pintu lalu menanggalkan pakaiannya satu persatu. Pemuda itu terkejut melihat tuan puteri yang tanpa seurat benang pon pada badannya. Ternyata puteri yang licik itu berniat jahat padanya iaitu ingin berzina dengannya.

Pemuda itu lalu berkata, " Wahai perempuan, pakailah kembali pakaianmu. "

" Tidak. Aku telah terpikat denganmu dan aku tidak dapat menahan nafsuku ini. " jawab Puteri Israel.

Dengan berani pemuda itu menjawab, " Sesungguhnya aku takut pada Allah. "

Puteri pula menjawab, " Kalau kamu tidak mahu berzina denganku, aku akan menjerit meminta tolong dan kau akan dituduh cuba memperkosaku. "

Pemuda itu tiada pilihan lain, dia berdoa kepada Allah supaya menyelamatkannya dari melakukan dosa zina.
Pemuda itu berkata, " Baiklah, aku akan menurut kemahuanmu tapi benarkanlah aku mengambil wudhuk terlebih dahulu. "

Puteri membenarkan pemuda itu mengambil wudhuk. Dia menyuruh dayangnya membawa pemuda itu mengambil wudhuk di tingkat yang paling atas iaitu tingkat 20 supaya pemuda itu tidak dapat melarikan diri.

Selepas mengambil wudhuk, pemuda itu berkata, " Aku lebih sanggup mati daripada melakukan zina. " Lalu dia terjun daripada tingkat 20. Dayang tidak sangka pemuda itu sanggup terjun, dayang terus memberitahu puterinya akan hal itu dan mereka menganggap pemuda itu telah mati.

Padahal ketika pemuda itu terjun, Allah telah mengarahkan malaikat memegang pemuda itu dan menurunkannya secara perlahan-lahan. Sampainya di tanah, pemuda itu terkejut kerana masih hidup lalu dia bersyukur pada Allah yang Maha Kuasa kerana telah menyelamatkannya.

Tetapi sekarang pemuda itu telah hilang mata pencariannya kerana kapak-kapaknya masih berada di rumah Puteri Israel lalu dia berdoa pada Allah supaya membantunya.

Kerana ketaqwaannya yang sanggup menolak zina kerana takut pada Allah, Allah telah membantunya dengan mengurniakan harta. Pemuda itu terkejut apabila seekor demi seekor belalang emas melompat masuk ke dalam poketnya hingga poketnya penuh.



Tiba2 ada suara yang membisik di telinga pemuda tampan itu. " harta itu adalah 1 daripada 15000 hartamu di akhirat sebagai pahala kepada perbuatan mulia yang telah kamu lakukan tadi. "

Pemuda itu berasa terkejut dan bersyukur tetapi dia berdoa kembali kepada Allah supaya menyimpan kembali hartanya itu kerana dia tidak mahu hartanya di akhirat berkurang. Dia memilih kaya di akhirat yang kekal daripada kaya di dunia yang sementara. Dia lebih rela hidup miskin di dunia.

Lalu pemuda itu menghabiskan sisa hidupnya dengan bersungguh-sungguh beribadat kepada Allah kerana dia ingin menambah hartanya di akhirat !

~~ THE END ~~

Subhanallah !
menarikkan cerita ni.. banyak pengajaran yang kita dapat..
Dua perbuatan mulia pemuda itu..
1. sanggup mati daripada melakukan dosa zina.
2. menolak harta dunia supaya harta akhirat tidak berkurang.

kalau kita la kan.. agak2 macam mane? mesti kita nak je terima harta tu sebab baru 1 drp 15000 je kowtt! Haaa..itulah istimewanya pemuda tersebut. Semoga kita dapat jadi sepertinya. Ameen~~ Yang pertama dah tahu iaitu belalang emas penuh poket... yang 14999 lagi tu ape la ek? MasyaAllah..Allah Maha Kaya..tak dapat kita imagine kan..
sangat best story ni,,walaupon dah lame aku bace,,sampai sekarang pon masih berlegar-legar dalam kepala..huhu.. sbb tu aku nk share ngn korang2 cume...

( cerita daripada buku "Dahsyatnya Taubat" )

oteyy,,suda letih tangan ini menaip.. =)) tapi puas hati dan bersyukur kerana berjaya berkongsi sesuatu yang bermanfaat saya kira.. InsyaAllah..

Assalamualaikum..
senyuuuummm sokmo deh ^__^

Friday, 27 July 2012

Sweetnye Rasulullah s.a.w. bersama kanak-kanak

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahimm..

suka x baby? suka x kanak2?
suka kan..
sbb budak2 ni comel momel tomel lomel n so on..
dan jgk kiut miut tiut siut n so on..



tapi tak kurag jugak yang tak suka kanak2..
mungkin sbb serabut, rimas, bising n tak tahu la ape lagi sebab nye..
tak suka takpe lagi...
jangan sampai dera kanak2 dah..
ape la salah seorang anak kecil y belum lagi mumaiyiz..
belom tahu mane yang baik dan mane yang buruk..

tempoh menjadi seorang kanak2 adalah tempoh yang amat penting untuk membentuk peribadinya..
bab kata pepatah,, anak2 kecil ibarat kain putih,, ibu bapa lah y perlu mencorakkannya..
anak2 perlu dibelai,, dididik,,dan disayangi..
mendidik anak2 ade caranya.. tidak terlau dimanjakan.. dan tidak pula terlalu garang..



ok di sini,, sy bukan nk kongsi tips2 jage anak..
saye mane la ade pengalaman jage anak pon.. tak boleh nak kongsi..
>__<

sebenarnye saye nk kongi tentang ke'sweet'an Rasulullah s.a.w bersama kanak2..
macam mane kasihnya Rasulullah s.a.w. pada anak kecil..
berbuat baik pada kanak2 ni adalah sunah Baginda..

antara perbuatan Rasulullah s.a.w. melayan kanak2 adalah :

~ Rasulullah saw solat sambil mendukung cucunya,,
apabila sujud,,baginda meletakkan cucunya di tepi dan bile hendak kiam lagi..Baginda terus mengangkat cucunya itu.. ~

~ ketika Rasulullah saw sedang solat,,jika ada kanak2 yang menangis,,
Baginda akan mempercepatkan solatnya.. ~

~ Ketika sedang berkhutbah di atas mimbar,,
tibe2 Rasulullah saw ternampak cucunya iaitu Hasan dan Husain bermain di tepi mimbar..
Baginda terus turun dan mengambil anak kecil itu dan membawa mereka bersama di atas mimbar.. ~

~ Baginda selalu mendukung Hasan dan Husain,
seorang di bahu kanan dan seorang lagi di bahu kiri.. ~

~ Abu Hurairah r.a. bercerita, Nabi s.a.w. pernah mencium cucunya al-Hasan bin Ali r.anhuma dan ketika itu al-Aqra' bin Habis berada di hadapan Baginda. Kemudian al-Aqra' berkata :

" Saya mempunyai 10 orang anak tetapi tidak ada seorang pon yang pernah saya cium. "

Rasulullah s.a.w. menoleh ke arah al-Aqra' seraya bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang tidak mengasihani, tidak akan dikasihani. "
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim ) ~

~ Hasan dan Husain juga pernah hilang.. Rasulullah cemas bila mengetahui tentang kehilangan cucunya itu lalu  menyuruh sahabat2 nya turut mencari.. ketika sedang mencari mereka..Rasulullah terjumpa Hasan dan Husain sedang menggigil ketakutan sambil berpelukan..di hadapan mereka ade seekor ular besar y mengeluarkan api.. Baginda terus mengalih perhatian ular itu dan Hasan dan Husain dpt diselamatkan ~

terlalu banyak lagi kisah macam mane Baginda melayan kanak2..
saye hanya sampaikan beberapa sahaja..point penting je..

sbb mesej sebenar y saye nk utarakan dlm entry kali ini adalah perlunya kita mengasihi kanak2..
sedangkan Rasulullah pon mencintai kanak2.. apatah lagi kita,, sebagai umat Rasulullah s.a.w...
InsyaAllah..



ok lah.. stakat tu jela..
Assalamualaikum wbt..

senyummmm sokmo ^__^