:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Saturday, 17 November 2012

aku tahu aku tak baik


         السلام عليكم
          بسم الله الرحمن الرحيم


Diri ini pernah berdosa
Diri ini pernah merasa jauh daripada Allah
Bisik hati kecil ini
" Siapa yang menjauh?? aku atau Allah? "
Jawapan itu tidak perlu dijawab
Aku tahu, aku yang menjauh
Allah sentiasa ada bersamaku
cuma..
diri ini lupa.

Diri ini pernah merasa betapa resahnya
Gelisahnya
Risaunya
bila diri terasa berdosa

Dosa itu perkara ghaib kan?
Jadi bisakah kita merasa berdosa?
Jawapanku.. 
YA!
Tiada ketenangan dalam diri
Semua perkara dirasakan salah
Jiwa tidak tenteram
Itu tandanya dosa

Aku selalu terfikir
Jika dosa itu berbau busuk
Inginkah manusia lain berada dekat denganku? 
Astaghfirullah..
Ya Allah..ampunkan dosaku!

Aku tahu aku banyak dosa
Aku tahu aku tak baik
Sebab itu setiap hari
Aku cuba untuk mencari kebaikan
Mengisi masa lapangku dengan perkara berfaedah

Aku tahu aku tak baik
Sebab itu aku ingin berkawan dengan orang yang baik
Supaya tempias kebaikan itu dapat juga aku rasai

Aku tahu aku tak baik
Sebab itu aku mencari idola yang baik
Supaya mereka sentiasa membimbing aku ke arah kebaikan
Supaya mereka sentiasa mengingatkan aku pada Allah.

Aku tahu aku tak baik
Sebab itu aku ingin menyebarkan kebaikan yang aku dapat
Supaya orang yang tak baik seperti aku dapat bangkit dan sedar untuk mencari kebaikan
Kebaikan itu perlu disebar
Bak kata Fatimah Syarha :
Sebarkan bahagia

Aku tahu aku tak baik
Sebab itu aku tak ingin terus menjadi tak baik
Aku ingin berubah
Sekurang-kurangnya aku ada usaha untuk jadi lebih baik
sekurang-kurangnya aku ada niat ke arah itu
Semoga dipermudahkan oleh Allah

Aku tahu
menjadi baik itu mudah
tapi untuk istiqomah itu susah
hati ini perlu kuat
terlalu banyak kekurangan diri ini

Aku tak minta untuk jadi sempurna
Kerna ku tahu fitrah manusia itu tidak ada yang sempurna
Aku cuma ingin jadi baik
lebih baik daripada sekarang
Aku cuba
Pasti !

Sekurang-kurangnya hayatku ini tidak sia-sia
Semoga matiku husnul khatimah
Semoga matiku kelak ketika menyebarkan kebaikan
Semoga matiku dalam cahaya keimanan
In Shaa Allah

by : Farhana Ruslan

p/s : bersyukur jika kita sedar kita berdosa berbanding orang yang melakukan dosa tapi tidak punya rasa bersalah langsung. 
bersyukur kita masih dibangkitkan oleh Allah pada hari ini untuk bertaubat dan menyebarkan kebaikan. 

senyuummm sokmo ^ ^

Monday, 12 November 2012

1st time memanah


     السلام عليكم
          بسم الله الرحمن الرحيم




Dah lame nak try sukan memanah ni,,last2 tercapai gak hasrat di hati ni.. Alhamdulillah diberi peluang untuk cuba sukan memanah ni kat kolej,, 1st time belajar cara2 nak memanah..rupa2 nya susah gak prosedur nye.. ingat ke main tarik and lepas je anak panah tu.. huhu

memanah ni bukan calang2 sukan gak, sebelum diberi peluang untuk cuba memanah,, kena pamping dulu,, ikut jelah aturan nye,, sambil pamping tu kena cuba belokkan tulang lengan,, part ni agak susah la bagi aku yang baru kali pertama,,, kena belokkan lengan tu sebab nanti nak angkat busur, kena belokkan tulang lengan, actually aku pon x taw kenapa kena wat camtu,, tak sempat nak tuntut ilmu sampai habis hari tu...mungkin nak bagi stabil kot.. hee

lepas pamping baru la dapat try memanah... rupa2 nya nak tarik anak panag tu bukan guna tulang lengan tapi guna tulang kipas ( belakang bahu ), lepas tu tulang kat tapak tangan plak kena lurus dan bahagian hujung jari plak kena cangkuk untuk tarik anak panah.. banyak involve tulang.. serius kekok sangat.. mase tarik anak panah,, fuhh susah gak..tp try untuk fokus pada titik tengah board yang kaler kuning tu.. tp apakan daya.. dapat garisan paling luar je... itu jela yang cek mampu..



sebenarnye nak try beberapa anak panah lg..tp disebabkan latihan bola tampar dah nak start. terpaksa lah aku pergi membawa diri..

Tapi serius best sgt leh try sukan ni.. insyaAllah ade mase,, aku akan turun dan semoga aku terpilih untuk mewakili kolej dalam sukan ni dalam SUKMUM..hopefully.. i'll try my best.. buat mase ni aku fokus untuk sukan yang memang aku jadi 'main player' iaitu bola tampar.

Kalah menang adat permainan.. yang penting puas hati. =)

Sebenarnye sangat teruja untuk masuk sukan memanah. Rasa bangga sebab dapat cuba sukan yang Rasulullah dan tenteranya selalu berlatih untuk perang.  

k wassalam
senyuuummm sokmo deh =))