السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
erm,,cam pelik je kan,, biasenye mestila kita sangat2 tak suka + stress + benci + serabut + geram + malas peduli + yang sewaktu dengannya apabila ditimpa masalah. Kadang2 kalau dah terlalu stress dengan masalah, ada yang sanggup membunuh diri lantaran kerana tidak sanggup menanggung dan ingin lari daripada masalah.
Contohnya seorang pelajar yang bunuh diri kerana tidak sanggup menduduki SPM.
Ataupon seorang ahli perniagaan yang muflis lalu membunuh diri kerana tidak sanggup hidup dalam kemiskinan.
dan banyak lagi contoh2 lain yang sewaktu dengannya.
Adakah masalah akan selesai dengan cara ini? exactly NOT!
Hopefully we're not one of them, Nauzubillah ~
Masalah adalah ujian daripada Allah swt untuk menguji keimanan dan kesabaran hambaNYA.
Sudah tentu Allah tak akan membebani hambaNYA dengan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh kita. Kerana Allah Maha Mengetahui akan manusia ciptaanNYA.
Semakin besar masalah yang kita hadapi sebenarnya kerana iman kita yang telah meningkat. That's why Allah ingin menguji keimanan tersebut sama ada iman kita kuat atau tidak. Sudah tentu, kalau iman kita lemah sekejap sahaja kita akan gagal dalam menghadapi ujian itu. Manakala kalau iman kita itu kuat, kita akan menang dan berjaya dalam ujian tersebut lalu meningkatkan lagi keimanan kita terhadapNYA. InsyaAllah.
Dan satu perkara yang kita perlu ingat semasa kita sedang menghadapi dan mengharungi ujian itu, ade seseorang yang ingin menjatuhkan kita. SIAPA DIA??
Sudah tentu dia adalah musuh ketat cucu Nabi Adam iaitu SYAITAN laknatullah.
Tatkala kita sedang mengerah tenaga dan fikiran untuk berjaya dalam ujian Allah, syaitan mudah sahaja datang dan berbisik kepada kita,
" Sanggup Allah memberi ujian seberat ini kepadamu walhal kamu tidak mampu untuk mengharunginya. "
" Allah tidak adil, kamu tidak iri hati kah melihat kesenangan orang lain sedangkan kamu dalam kesusahan? "
" Lebih baik kamu mati daripada menghadapi ujian ini. "
Macam itulah antara bisikan2 iblis yang akan kita dengar.
gambar daripada http://mummycool.blogspot.com/2011/05/mengapa-tertekan.html
We have to be strong!
Saye ade post satu statement kt FB saye petang tadi yang berbunyi :
.LOVE your problems.
jangan pertikai KENAPA kamu yang mempunyai masalah tu,,tapi fikir BAGAIMANA nak selesaikan masalah tu.
.problems can make you more mature in your way of thinking.
.believe it.
Inilah yang saya nak tekankan dalam entry saya kali ni. Kita kena cintakan masalah kita.
Be Positive.
Cuba kita cari something positive daripada ujian yang kita lalui itu.
Contohnya, kita mempunyai masalah sekian2. Masalah sekian2 inilah yang akan membuatkan kita lebih matang berfikir untuk menyelesaikan masalah kita.
Setiap masalah yang kita berjaya selesaikan, akan meningkatkan tahap kematangan kita berfikir.
Selain itu, setiap masalah yang kita cuba selesaikan dengan bantuan keluarga dan kawan2 akan merapatkan lagi hubungan silaturrahim.
Jangan lari daripada masalah sebab kalau kita lari, masalah tak akan selesai malah akan semakin bertambah. Percayalah.
Dalam dunia ni takkan ada seorang manusia pon yang tak pernah ada masalah, semua akan menghadapi masalah. Cuma yang berbeza adalah cara seseorang 'handle' masalah tersebut.
Adakah kita menghadapi masalah dengan tenang atau dengan keadaan stress?
By the way, stress yang teruk boleh menyebabkan migrain, Tak pasal2 lak dapat penyakit,
Bila dapat masalah, Ingatlah pada Yang Maha Esa, mengadulah padaNYA, insyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan kita.
gambar daripada http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/hikmah/11/09/14/lrhlu7-cinta-allah-kepada-orang-yang-bertobat
Semoga selepas ini kita akan menghadapi ujian dengan hati yang tenang. InsyaAllah. =)
senyuuummm sokmo deh ^__^
Nukilan daripada : Farhana.
masalah yg bantu kita memperbaiki apa yg kurang dlm hidup kita...bersyukurlah diberi dugaan dr Allah...
ReplyDeletelihat ape yang positif dan tingalkan yang negatif, =)
Deletenice entry..btw masalahlah yg menjadikan kita seorang yg kuat,
ReplyDeletetanpa masalah,bukan hidup namanya :)
ya,bergantung kepada bgaimana kita handle sesuatu masalah tu..
bermohon pada ALLAH,ALLAH maha mengetahui tentang segalanya..
semoga ALLAH sentiasa bersama kita..
ameeen~~