السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
" Aku memang nak berubah... ", bisik hati kecil Wardah.
" Tapi mungkin ini bukan masa yang sesuai... Habis tu bila? Bila masa yang sesuai tu? Kalau ajal datang menjemput sebelum masa yang sesuai itu sampai macam mana? Astaghfirullah. ",
" Erm,,,aku kena berubah sekarang. Secara perlahan-lahan pun dah ok asalkan aku istiqomah. Aku tahu aku tak boleh terima perubahan mendadak. Yang paling penting, niat berubah itu hanya kerana Allah, bukan untuk menarik perhatian sesiapa. Ya Allah, kuatkan hatiku untuk istiqomah dalam perubahanku!", Wardah berfikir sendiri.
Esoknya, Wardah memakai jubah, tudung bidang 50, dan stokin. Wardah bagaikan tak percaya bahawa insan yang berada di dalam cermin itu adalah dirinya. Nampak ayu dan sopan. Sejuk mata memandang. Betullah seindah perhiasan itu adalah wanita solehah. Memang indah! Tanpa disedari, mutiara jernih mengalir dari mata Wardah. Air mata keinsafan.
" Masya Allah. Subhanallah. Cantiknya pakaian yang ditetapkan syariat. Cantik pada mata Allah, maka cantiklah pada mata makhluknya. Alhamdulillah. Aku nak pakai macam ni selalu, Nak solat pon senang sebab pakaian ni dah menepati syarat. ", bisik hati Wardah sambil tersenyum sendiri. Matanya masih berair. Dia mula sedar akan indahnya Islam. Manisnya Iman.
Tiba-tiba ada suara yang menyentap hati Wardah, rasa seperti ditusuk sembilu.
" Eh Wardah ke ni? Kenape tiba-tiba je pakai macam ni? Buang tabiat ke? Hurm, kau tak perlulah nak hipokrit, Wardah. Jadi diri sendiri je.", sampuk Tasnim.
Tasnim ialah teman sebilik Wardah. Wardah tak berkata apa-apa.
" Ermm hipokritkah aku? Mungkin betul ape yang dikatakan Tasnim tu. Kalau aku tiba-tiba pakai macam ni, mesti ramai yang akan kata aku hipokrit la, perasan warak lah, control ayu lah. Aduss.", rungut Wardah dalam hatinya.
" Allah. Banyaknya halangan untuk aku ke jalanMU. Syaitan durjana menghasutku untuk kembali menjadi rakannya. Tidak! aku mesti melawan. Syaitan sedang menghasutku.A'uzubillahiminash shaitonir rojim. Biar hipokrit di mata manusia asalkan aku ikhlas di mata Allah. Aku tak mampu untuk menutup mulut manusia. ", hati Wardah berbisik.
Wardah teringat ayat al-Quran yang bermaksud :
Allah berfirman :
" Dan jika kamu diganggu dengan godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
( Surah al-A'raf : 200 )
Sekali lagi Tasnim bersuara, " Buat apa pakai tutup aurat kalau perangai sama je macam dulu, macam orang yang tak tutup aurat. Perangai gila-gila kau tu tak sesuai dengan jubah tu. ".
" Tas! Aku nak berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai kawan, kau sepatutnya sokong aku. Bukan mematahkan semangat aku. Aku tak hipokrit, Tas. Aku memang masih diri aku yang dulu. Cuma aku bergerak selangkah untuk menjadi 'aku' yang lebih baik. Aku tak kesah apa orang nak kata. Biar aku hilang sesuatu kerana Allah, tapi jangan aku hilang Allah kerana sesuatu. " ujar Wardah tegas.
Tasnim terlopong mendengar hujah Wardah.
" Aku bukan nak kutuk kau, Wardah. Tapi aku macam boleh tahu je niat kau yang sebenar. kau nak pakai macam ni sebab nak mengorat abang Amir tu kan? Hipokrit la tu namanya. hehe. ", kata Tasnim sambil ketawa kecil.
Muka Wardah yang putih itu tiba-tiba bertukar menjadi merah. Malu. Tidak dinafikan bahawa daripada tahun pertama lagi Wardah menyimpan perasaan terhadap abang Amir. Wardah menyukainya dalam diam. Wardah amat mengagumi sikap abang Amir yang berkepimpinan tu. Dia sempurna di mata Wardah. Wardah memang sukakan abang Amir. Tapi, perubahan ini bukan kerana dia, Tapi kerana Allah. Ya Allah, jangan pesongkan niatku ini.
" Tas, aku memang sukakan dia. tapi aku tak tahu sama ada dia tu jodoh aku atau tidak. Jadi aku tak pernah mengharap apa-apa daripada dia. Aku hanya minta pada Allah supaya jodohkan aku dengan lelaki yang soleh. Kalau inginkan suami yang soleh, maka solehahkan diri kita dahulu. In shaa Allah, wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Jadi, perubahan ini hanya kerana Allah. " kata Wardah.
Tasnim tak menjawab apa-apa kali ni. Wardah menang dalam mempertahankan imannya.
" Alhamdulillah. Aku yakin pakaian ini akan menjaga diriku daripada fitnah manusia, dan pakaian ini juga akan menjaga tingkah laku aku. In shaa Allah.", Wardah berkata di dalam hati.
Dalam diam, Wardah mendoakan sahabatnya, Tasnim supaya dia juga akan berubah. Amiin. Sesungguhnya kekerasan takkan pernah tewas dengan kelembutan.
Allah berfirman :
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka. "
( Surah ar-Ra'd : 11 )
-----the end-----
coretan daripada: Farhana Ruslan
sekian terima kasih kerana sudi baca. Ni first time saye tulis cerita. So, mungkin tunggang langgang jugak. hehe.. ok, semoga mendapat manfaat. In shaa Allah.
Senyuuummm sokmo dehh ^__^
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePada first thought untuk berubah, di saat itulah hidayah sedang mendakap tubuh dan hatimu yang suci n putih. Pada saat itu, berilah dirimu wahai insan peluang untuk maju setapak.
ReplyDeletepeluang untuk merasa indahnya Islam, =) tq cik athirah
Deletetimokaseh share cito ni hana. heheh
ReplyDeletesama2. timo kasiih kembali sbb sudi bace. =D
DeleteAllah syukran ukhti atas perkongsian ini :)
ReplyDeleteSesungguhnya ramai yg berubah ke arah kebaikan spt dlm crita hana ni ^_^
InsyaAllah agama Islam akan terus gah dan gemilang :)
In shaa Allah ukhti =)
Deleteamiinn
cerita nie best. tumpang share yerk. :)
ReplyDeletedipersilakan,, terima kasih =)
ReplyDelete