:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Saturday, 31 October 2015

Cara saya atasi masalah kulit berminyak. 100% berkesan!

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Apa perasaan bila muka berminyak masa keluar. Bedak dah jadi bercapuk. Eye liner dah cair. Touch up balik pun 30 minit lepas tu berminyak pulak! Macam tak sudah.. Perasaan rasa nak marah kan, rasa nak menyorok bawah kerusi, rasa tak nak jumpa sape2 sebab malu. Yup!! itu lah yang saya rasa dulu. Rasa macam kalau kumpul minyak ni boleh buat goreng ikan nih. Hehe... Ok takpe. Jangan risaw.. Jom baca macam mana cara saya atasi masalah ni.

Dulu kulit muka saya memang berminyak sangat2, ada jerawat dan kulit sensitif. Dah tak tahu apa nak buat, gunalah produk apa pun, tak sembuh2 jugak. Kalau pergi kelas, 2 atau 3 jam lepas tu dah berminyak gile, touch up lah.. sejam lepas tu berminyak balik. Stress.. hurmm.. Kalenjar sebum saya ni memang terlajak aktif. Tak boleh control.



Sampai lah suatu hari, ditakdirkan terjumpa dengan produk Zarraz Paramedical. Try lah produk ni sebab jatuh cinta dengan kandungan nya yang hanya guna tumbuh-tumbuhan macam bunga lily putih, kemboja, aloe vera, peppermint, kayu manis etc. Lepas tu pulak dijamin halal oleh Jakim, diluluskan oleh KKM, diiktiraf oleh GMP dan buatan bumiputera. Terbaikk,, nak cuba lah.

Mula2 pakai rasa macam "ermm best jugak produk ni, lembut je bila pakai"... lepas 2 minggu pakai, kulit sensitif makin reda. Wahh hebat.. lepas sebulan pakai jerawat makin kecut. Tapi masa ni kulit masih berminyak. Saya cuba positifkan diri dan teruskan guna. Saya fikir produk ni natural, so result die takkan sama cepat dengan produk yang guna bahan kima. Pastu saya fikir lah.. nak sembuh dalam jangka masa panjang dengan guna produk natural ATAU nak sembuh dalam jangka masa pendek dengan guna produk y ada bahan kimia,  muka cantik sekejap lepas tu rosak? Of course lah nak sembuh lama kan...

Lepas 3 bulan guna, kulit sensitif dah reda sangat, merah2 dah hampir tak kelihatan cuma time tersalah makan seafood, jadi alahan gak. Yang tu memang susah nak atasi, just kena jaga makan. huk3.. tapi jerawat besar2 memang dah malu2 nak keluar. Dan yang paling penting.... kulit berminyak dah tak macam dulu dah!! Sekarang kalau berminyak pon sikit sangat dan kulit nampak cantik sebenarnya bila kita berminyak sedikit ni sebab akan nampak glowing. Minyak yang over macam dulu memang takde dah sekarang. Alhamdulillah. Happy sangat.

Rasa konfiden je bila keluar. Btw, arwah mak saya pernah cakap sebenarnye kulit berminyak sikit ni takpe, sebab orang yang kulit berminyak biasanya dia awet muda. Muka payah nak berkedut. Berbanding dengan orang yang ada masalah kulit kering, muka mudah berkedut. Erm patotla arwah mak dulu, umur dah 50 tapi macam 35. Tapi kann,, kalau berminyak tahap boleh goreng ikan tu tak nak la jugak kan.. hehehe... minyak sikit ala2 glowing tu takpe.

Haa macam tula cerita saya dan kulit berminyak. Hee.

Ohh ye, produk zarraz yang saya guna tu adalah Calming cleansing milk, calming cleanser rose, essence sebum gel, dan spf50 acne and sensitive. Dan produk yang memang khas utk kawal kulit berminyak, yang membuatkan kalenjar sebum mengurangkan penghasilan minyak adalah ESSENCE SEBUM GEL. Yupppp... sangat berkesan!!

Kalau anda nak cuba juga boleh whatsapp saya di 013-9585 104 utk order/info lanjut. ^_^

OK. Setakat ni dulu ye. Nanti saya share lagi pengalaman saya kt blog ni. Tq sbb sudi baca. Wassalam

Tuesday, 13 October 2015

Hilang bau badan dalam masa 3 saat selama 3 hari dengan hanya guna 3 titik!

Assalamualaikum.

Sape ade masalah bau badan yang ketara? Angkat tangan pleaseeeee... (Confirm tak nak angkat kan sebab nanti tuuuuuutttttttt). Ok censored sikit di situ ye.

Hari ni saya nak cerita sikit tentang tips hilangkan bau badan. Tak kira la ketiak ke.. kaki ke atau mana2 tempat lah yang berbau kurang enak tu. Ohh yee sebelum tu, korang tahu kan guna deodoran yang ada anti-perspirant tu sebenarnya bahaya? Pasal ni saya tulis dalam next post k.. kali ni nak cerita pasal tawas ni je ok =)

Ok mula2 saya bagi tips tradisional ye. Kenal tak batu tawas? Orang zaman moden 2015 ni mungkin dah tak kenal batu ni.. ok meh saya tunjuk gambar... jangan cakap hakak tak payunggg... ------>>>>


Haaaa ni la dia batu tawas... orang dulu2 memang pakai batu ni untuk hilangkan bau badan. Kawan saya sendiri pon pakai.. setiap hari duk gosok2 batu ni kat bahagian ketiak. Memang betul menjadi. Takde bau. Ade yang panggil batu deodoran. 

Batu ni kalau beli kat kedai, boleh beli saiz besar, lepas tu kalau nak kecilkan dia kena guna gergaji yeee... lepas tu untuk menghaluskan permukaan dia, kena guna kertas pasir, then baru boleh guna. Jangan terus guna dengan permukaan kasar ye, kang tak pasal2 koyak ketiak. huhu

Leceh ke tak leceh guna batu ni? Hurmmm kalau bagi orang yang busy mungkin leceh dan mereka memerlukan sesuatu yang lebih cepat, senang, dan bergaya. Giteww

Ok. Saya ada penyelesaiannya iaitu -------->>>>> TAWAS MODEN

Batu tawas ini telah diformulasikan bersama pati mawar, beberapa pati herba dan juga air suling untuk dijadikan sebagai agen penghilang bau dalam bentuk cecair. Nama tawas moden ni adalah

 ------->>>>> CELEBRITY LASS. 



Sebuah produk yang sangat menakjubkan. Ia dapat menghilangkan bau badan secara dalam sekelip mata. Jom baca apa kelebihan lain yang ada pada produk Celebrity Lass ni.

--->> Kesan segera yang menakjubkan.
--->> Tidak melekit dan selesa.
--->> Tidak meninggalkan kesan pada baju atau fabrik.
--->> Mengekalkan badan bebas bau selama 24 jam.
--->> Meneutralkan bau badan dengan cepat dan selamat.
--->> Bersifat antiseptik; meneutralkan kekotoran yang melekat pada badan. 

Cara guna pula super duper senang! 

#1
Titiskan 3 titik pada tangan.

#2
Sapukan pada bahagian berbau.

#3
Bilas dengan air.

Senang cerita pakai sebelum mandi ye. Boleh terus bilas ketika mandi. Lepas mandi badan anda tak berbau paling minimum 24 jam, paling maksimum 3 hari! Woww

Paling best satu botol (50 ml) ni pon boleh tahan sampai 3 bulan! Terrbaikk. Ok nak tunjuk sikit daripada beratus-ratus testimoni yang dah berjaya --->> 






Apa? Nak beli? Macam mana nak cari?

Tak payah susah2. Sekarang dunia dah moden. Boleh whatsapp saya di 013-9585104 (Hana) untuk order ye. Jom! ^_^

Ohh ye, tak payah malu k. Benda ni biase n ramai yang ada masalah yang sama kat luar sana. Jom wangi secara natural. Yeah.. 


Sunday, 27 September 2015

Jumpa 3 orang doktor pakar, akhirnya produk ini yang paling sesuai dengan kulit muka.

Assalamualaikum

Hari ni nak share cerita dulu2.. mase sebelum jumpa produk muka yang sesuai. Asyik tukar2 produk, orang yang mengalami masalah kulit je yang akan faham situasi menukar-nukar produk ni sebab kami nak cari produk yang paling sesuai. Lebih2 lagi orang yang mengalami kulit sensitif. Contohnya saya. Betol tak?? Hampir putus asa la cari produk.. cakap je produk ape..yang mahal..yang murah,,yang local..yang import...yang doktor pakar..sume dah try..  tapi masih kecewa. Kebal sangat kot muka ni haa... nak buat camne..metabolisma badan lambat sangat kot.. tapi takpe... keep searching for the right one okay. Sambil2 tu berdoa lah pada Yang Maha Kuasa. Doa. Ikhtiar. Tawakal. Itu yang paling penting.



Okay nak cakap pasal doktor pakar.. tak perlu lah mention sape2 kan.. just nak share pengalaman sahaja. Saya dah pernah jumpa 3 orang doktor pakar. 2 orang pakar kulit dan sorang lagi pakar aesthetic. Tak taw la kenape kulit ni x boleh nak terima ubat2 mereka. Rasa pedih sangat. Dan makin banyak masalah yang timbul. Bukan nak ajak orang ban doktor plak ni.. setiap orang lain2.. ade yang ok dengan produk ni dan ade yang tak kan.. so let be positive. Try n error jelah kan.

Maybe sebab ubat daripada doktor banyak bahan kimia yang akan menyembuhkan kulit secara cepat. Kulit saya plak memang tak tahan bahan kimia. Bukan setakat ubat doktor lah,, skincare2 kat pasaran sekarang pon memang banyak yang menggunakan bahan kimia berlebihan dan merbahaya. Skincare2 yang macam ni memang saya x boleh tahan sebab kulit sensitif. Stress gak la nak cari penyelesaian masalah kulit ni kan.

Last2, terjumpalah produk Zarraz Paramedical. Alhamdulillah.. memang menjadi. Produk zarraz paramedical ni bukan produk biasa, ia adalah produk spa dan bersifat separa rawatan. Kalau pergi spa dia kat cheras tu, nama tempat pon SPA&CLINIC. Saya dah beberapa kali pergi ke spa zarraz sebelum menjadi agent zarraz ni, memang best. Pernah sekali Datin Ima Zara (Pengasas produk zarraz) sendiri yang menjalankan rawatan spa pada saya. Ya Allah best sangat Datin buat. Kalau banyak duit ni, setiap minggu pon nak pergi. hehehe

Yang special nya, produk Zarraz ni menggunakan ramuan semulajadi daripada tumbuhan gred tertinggi dan seterusnya menggunakan teknologi nano untuk meningkatkan kadar penyerapan ramuan ke dalam kulit sekaligus menyembuhkan masalah kulit. Dan yang paling penting, produk ni dijamin halal oleh jakim, diluluskan oleh KKM, berpangkat GMP serta produk bumiputera. Jom sokong produk bumiputera yang berkualiti ni.

Setakat ni, setelah berpengalaman menggunakan bermacam jenis produk, Zarraz paramedical adalah yang terbaik pernah saya guna. Jujur. Itu pon lepas 2 tahun guna dan yakin akan kualiti nya yang bagus, baru saya jadi agent zarraz. Sebab saya tak nak promote produk yang saya sendiri tak yakin dan tak cuba. Betol tak.

Sekarang alhamdulillah memang banyak perubahan yang dah berlaku pada kulit ni. Dan masih lagi menggunakan produk ini serta kadang2 singgah ke spa untuk menjalani rawatan.

Berdasarkan pengalaman saya melayani pelbagai ragam pelanggan ni, saya perasan ramai yang mengalami kulit sensitif sebab tersalah guna produk yang mengandungi banyak bahan kimia. Biasa nya faktor mereka terpilih produk merbahaya ni sebab:

1. Produk yang murah.
2. Ilmu yang kurang.
3. Menjanjikan kesan yang sangat cepat.

Biasanya produk2 yang ada bahan kimia ni memang akan "mencantikkan" kita dalam masa yang cepat. Then, kita pon gembira lah kan. Tapi sebenar nya kesan jangka masa panjang nye yang bahaya. Biasanya bila dah umur 35 ke atas, jeragat mula muncul. Ini sebenarnya hasil daripada produk merbahaya tadi lah. That's why awal2 lagi kita kena pilih produk yang berkualiti dan natural.

P/s: Post ini hanyalah bertujuan untuk share pengalaman sahaja. Tiada langsung niat untuk menyuruh sesiapa ban sape2. Peace =)

Ok lah.. berakhirlah sudah tulisan saya kali ni. Sape2 nak tahu info lebih lanjut Silalah follow IG saye @misshana_zarraz , like FB page saya iaitu Stockist Zarraz Paramedical ataupun boleh terus whtsapp saya di 013-9585104. ^_^

Sunday, 29 March 2015

Testimoni terbaru produk kulit paling berkesan

Assalamualaikum

Hari ni 29 Mac 2015, rasa bersyukur sebab dapat testimoni meletops daripada salah seorang pengguna baru produk Zarraz paramedical. Akak ni contact saya minggu lepas untuk tanye pasal produk zarraz ni, so lepas saya terangkan segala kebaikan zarraz ni, akak ni nak try la sebab kulit die sensitif dan kering. Kulit die sensitif pon sebab tersalah pakai produk kosmetik sebelum ni. Kulit jadi nipis dan kering sangat. Jerawat dan parut jerawat pon ada kat muka.

Jadi, selepas 6 hari pakai produk yang disyorkan iaitu Calming cleansing milk dan krim spf50 for acne and sensitive skin, saya contact akak ni balik untuk tanya keadaan kulit die. Dan inilah hasilnya setakat ni (baru 6 hari ye).



Alhamdulillah, Produk ni memang akan menyembuhkan kulit yang dah tersalah guna produk secara perlahan-lahan, secara lembut dan natural. Macam akak kt atas cakap.. "soft heal" gittuww. Biar lambat asalkan SELAMAT, HALAL, LEMBUT, dan NATURAL. Walaupun lambat sikit, tapi setiap hari anda akan rasa perubahan yang positif. Kalau result cepat sangat tu kite jadi khuatir pula kan sebab takut ada bahan kimia merbahaya. 

Sebenarnye, lambat atau cepat tu bergantung kepada tahap metabolisma badan pengguna. Ada yang cepat ada yang lambat. Kalau saya memang jenis metabolisma badan lambat sikit. Apa2 pun, banyakkan minum air dan bedoa supaya kita sentiasa sihat. 

Inshaa Allah, akak ni akan terus gunakan produk dan saya akan update segala feedback daripada akak ni. Inshaa Allah. Tak nak cakap banyak sebab sy dah tulis tentang produk ni dalam entri sebelum ni, boleh klik sini dan sini untuk baca. 

Kepada anda di luar sana, tak kira lelaki atau perempuan yang tersalah guna produk atau pun sedang mencari produk muka yang sesuai, boleh la cuba zarraz, Whatsapp saya di 013-9585 104 untuk maklumat lanjut. (Farhana, Agent Zarraz Paramedical) 

Wassalam

Sunday, 22 March 2015

Bahaya sering bertukar-tukar produk kecantikan

Assalamualaikum

Sekarang ni dah terlalu banyak produk2 kecantikan kat pasaran kan. Ada yang menjanjikan gebu dalam masa 7 hari, halus dalam masa 3 hari, putih dalam masa sehari dan macam2 lagi. Pening nak pilih yang mana. Konfiusssss.......


Sape konfius? Kite satu geng. Dulu saya macam ni lah, Asyik tukar2 produk sebab pakai yang ni tak jadi, pakai yang tu tak jadi. Dalam keghairahan kite duk try macam2 produk tu,, kadang2 ada jugak yang tersilap langkah terpakai produk yang ada merkuri atau hydroquinon. Iyelah, mane lah kite taw kan ade bahan2 tu sebab bukan owner produk tu akan announce pon. Kalau die cakap ada bahan kimia tu, dah sah2 kite tak nak beli. Ye dakkk. Kalau beli jugak tu tak taw lah nak cakap ape. 

Biase nye, produk yang ade bahan kimia merbahaya seperti merkuri dan hydroquinon ni memang akan memberi kesan sepantas kilat kepada pengguna. Sekejap je boleh jadi putih gebu halus mulus fulus dan yang sewaktu dengannya. Dalam jangka masa yang singkat boleh jadi cantik. Tapi kite ade fikir ke kesan bahaya bahan2 ni dalam jangka masa panjang? Merkuri adalah bahan yang sangat carcinogenic di mana ia boleh menyebabkan kanser. Hydroquinon pula bertindak seperti bleach yang boleh menghakis kulit. That's why lah cepat sangat jadi putih. 

Kesan bahan kimia dalam produk kecantikan. (Gambar hiasan)


So, nanti lama2 dah tak jadi cantik dah malah semakin buruk pulak kesan daripada bahan kimia tadi. Lepas tu terpaksa tanggung kos rawatan kat hospital yang beribu-ribu, Padahal beli produk tu rm30 je. Sangat tak berbaloi kan. Nauzubillah.. jangan lah kite tersilap pilih produk ye. Tengok dulu bahan2 die, ade KKM ke x.. ade GMP ke x.. halal ke x.. 

Ok berbalik pada cerita konfius nak pilih produk mane tadi,. pengalaman saya setelah bertukar banyak produk sampai menyebabkan kulit saya sangatlah sensitif berakhir bila saya terjumpa produk ZARRAZ PARAMEDICAL dua tahun lepas. Alhamdulillah muka makin ok sekarang. Kawan2 and adik2 tegur makin ok daripada dulu. Zarraz ni memang bukan produk kecantikan biase yang ada di pasaran sekarang that's why anda tak akan jumpa produk ni kat mana2 farmasi atau kedai jamu. Sebab produk ni adalah bersifat paramedical. Ini adalah produk spa yang 100% natural, teksturnya lembut, dan merawat secara perlahan-lahan (ini bukan produk ajaib yang menjanjikan kulit gebu dalam masa 3 hari). 

Saya nasihatkan janganlah kita terlalu teruja untuk cantik dalam masa yang cepat tanpa fikir kesan pada masa akan datang. Biarlah kita cantik secara perlahan-lahan tetapi 100% selamat dan natural. Produk Zarraz ni lah yang akan menyembuhkan kembali kulit kite yang telah terkena merkuri dan hydroquinon sebelum ni. 

Hanya inilah satu-satunya produk yang menjadi dengan saya dan akan kekal setia bersama Zarraz. Inshaa Allah. Kepada yang masih lagi konfius tengah cari produk apa yang sesuai dengan kulit, try lah Zarraz paramedical ni. Inshaa Allah tak rugi. 

Ini adalah packaging terbaru zarraz. 


Setelah 2 tahun pakai produk zarraz ni, sekarang baru rasa konfiden nak promote kat orang sebab dah tahu keberkesanan produk ni. Saya memang jenis yang kalau tak menjadi, takkan promote kat orang. So, saya jadi agent Zarraz sekarang. Untuk info lanjut tentang pengalaman saya dan tentang produk2 zarraz ni, Whatsapp saya di 013-9585 104. Boleh la borak2 lagi. Jangan risaw saya takkan paksa anda beli. Hanya berkongsi pengalaman dan pendapat. =) Nak pilih atau tak tu hanya terletak pada keputusan anda. 

Kepada yang belum baca review penuh saya tentang produk zarraz, sila klik sini

Wassalam. 



Wednesday, 11 February 2015

Duit Masyukkkk dan berpeluang menang Iphone 6 hanya dengan kongsi resepi !!!

Assalamualaikum

Nak tanye korang la kan,, kalau cuti2 biase korang suke buat ape? kalau saya,, memang kejenye masak, masak, dann masak.. Boring2 asyik resepi same je saya cuba cari resepi kat Let's Masak. Macam2 resepi kat situ taw. Saya ni bukan lah pro pon masak2 ni.. tapi sebab suke kan, so, jadi ke x jadi, pandai ke x pandai,, nak cube masak jugak. 

Hari ni nak kongsi pasal Let's Masak.com ni sebenarnye.. tahu pasal website ni pon sebab suka sangat cari resepi2 kat instagram. Tup2 hari tu jumpa pasal let's masak ni..apa lagi terus la daftar. Memang tak rugi habaq hang. hehe. 

Haa ni la die resepi pertama yang saya kongsi dalam lets masak ni. Popia Rangup Umi. Nak taw macam mana cara nak buat ni.. kena la daftar dulu. Pastu usha2 la timeline saya kat situ yerr... Farhana Ruslan. \(^_^)/


Kat Letsmasak.com ni, kita bukan sahaja boleh kongsi resepi kite kat semua warga komuniti let's masak, malah kite boleh cari dan cuba masak macam2 resepi yang telah dikongsi oleh ribuan ahli komuniti lets masak. Macam2 kategori masakan ada dalam website ni, contohnya kategori appetizers, beverages, bread & pastry, cakes, chiken, desserts, eggs, fish & seafood,  pasta & noodles, rice, sambal, soup & stew, dannn banyak lagi!! Jadi,, memang puas hati lah sebab nak cari apa2 resepi pon ade kat sini. 

Tambahan pula, resepi2 yang kreatif dan menarik akan di post kat instagram let's masak ni. Haaa,, famous kaww jahh. Resepi kaw masuk instagram,, semua orang boleh tengok. Tapi kat instagram tu,, gambar masakan dan ingredients je yang akan dikongsi, cara2 masak pula hanya orang yang daftar sahaja yang boleh tengok. Hurmm rugi la kan. Jom DAFTAR

Kalau anda rasa anda boleh masak, ingin masak, suka masak, mahu masak. Jom la same2 kite kongsi ilmu masakan kat let's masak. Apa guna kalau pandai masak, tapi pandai sorang2 kan. Kita kongsi ilmu, kita pon akan dapat ilmu dengan chef2 yang lain juga. Itu yang best tu. Masterchef Izyan pon daftar taw. Lepas ni boleh la hari2 stalk timeline Masterchef Izyan kat Lets Masak tu.. boleh la cube masakan chef terkenal ni haa, 

Ada lagi benda yang lebih best. Let's masak ni ada LetsMasak Rewards System. Jadi, setiap kali kite kongsi resepi kat lets masak, dapat redeem cash!! Dengan itu, sambil kite berkongsi ilmu, kite dapat jana pendapatan. Best ke x best? Mestila best kan. dapat duit tu. Kite kumpul points banyak2,, nanti kite boleh tebus wang tunai. At least, duit masyukkkk. 

Ade lagi benda yang best kat lets masak ni. Brape kali best daaa.. Sekarang tengah ade pertandingan dalam lets masak ni haa.. hadiah no 1 iphone 6. Apa lagi jom la cube nasib. klik la banner contest yang ada kat tepi blog sy tu haa. 

Kesimpulannya, marilah sama2 kita berkongsi ilmu masakan sambil menimba ilmu di letsmasak.com

" Contest ini dianjurkan oleh LetsMasak.com dan disokong bersama kelab komuniti Hai Blogger! http://www.haiblogger.com "

Sekian ^_^

Wednesday, 4 February 2015

Review jujur produk muka paling berkesan, selamat, dan halal.

Assalamualaikum

Ya Allah lamanya tak update blog. Maaf ye. Tapi sekarang timbul kembali semangat untuk berblogging. Semoga semangat ni berterusan. Inshaa Allah ^_^ Jadi, saya nak mulakan blog ni dengan kongsi pengalaman saya menggunakan produk Zarraz Paramedical.

Muka saya dlu memang banyak jerawat, Jerawat kecil2 dan kadang2 timbul jerawat besar. Lepas tu kulit muka pulak sensitif sangat, kulit merah2. Kulit berminyak, whiteheads dan blackheads y banyak. Haa banyak nye masalah. Jadi cuba beli macam2 produk untuk sembuhkan kulit ni. Saya rasa dah lebih sepuluh produk yang sy try. Ada yang jadi tapi sekejap je lepas tu 'immune'. Ada juga yang tak jadi langsung. So, i keep changing my skincare products tanpa menyedari bahawa perbuatan ni salah sama sekali.

Bahaya sebenarnye main tukar2 produk muka ni. Mana lah tahu mana2 produk yang kita dah guna tu ada bahan kimia berbahaya seperti merkuri dan hydroquinon. Merkuri tu boleh menyebabkan kanser kulit dan hydroquinon tu bertindak sebagai 'bleaching agent' yang boleh memberi kesan pemutihan dalam masa singkat. So, kalau produk yang cakap boleh putih dalam masa 2/3 hari tu, jangan lah mudah terpedaya. Memang la sekejap je boleh jadi putih tapi untuk kesan jangka panjang? Kesan die lagi teruk dan timbul pelbagai masalah.

Ok berbalik kepada kes saya ni, sebenarnya hampir putus asa gak cari produk yang sesuai ngan kulit muka ni. Yela sebab masalah ni kan bergantung kepada metabolisma badan masing2 gak. Ada yang ok dengan produk dotdotdot tapi tak ok dengan saya. Susah nak cari. Orang yang sama masalah dengan saya ni je yang boleh faham situasi ni. Betapa rasa putus asa nya nak cari produk yang sesuai. Tapi, jangan putus asa lagi kawan2... berdoa dan usaha. Inshaa Allah kalau kita usaha mesti dapat kan.

Jadi, suatu hari (iaitu 2 tahun lepas) auntie saya syorkan produk ZARRAZ PARAMEDICAL ni kat saya. Macam biase la.. cuba jelah kan. Kot2 la jadi. Saya guna yang trial set dulu la sebab takut tak jadi kan. Trial set dia harga RM150 dan tahan dalam 3 minggu. Tekstur pencuci muka die sangat lah lembut. Sesuai sangat lah dengan kulit muka saya yang sensitif ni. Pakai seminggu rasa macam best sangat. Dalam masa 2 minggu, jerawat2 dah kecut. Kesan yang paling nampak adalah whiteheads saya dah smakin kurang.

Zarraz ni bersifat 100% natural taw. Takde langsung bahan kimia. So, biase lah kalau natural kesan dia akan lambat sikit tapi selamat dan berkesan dalam jangka masa panjang. Saya mase tu jenis yang tak sabar kan, nak terus sembuh.. pakai beberapa bulan saya berhenti pakai zarraz dan tukar kepada produk lain. 2/3 bulan pakai produk lain, masalah2 saya timbul kembali. Saya kembali kepada zarraz balik... bila muka mula nak sembuh saya tukar pula produk. Tak silap saya 3 kali saya buat macam ni tapi last2 saya akan kembali kepada zarraz gak sebab produk2 lain tidak sehebat dan selembut produk zarraz. Selepas 2 tahun duk main tukar2 macam ni, saya tekad akan setia dengan zarraz seorang je.

Sekarang memang kulit saya jauh lebih baik daripada dulu. Kawan2 semua tegur dah makin elok. Memang la tak 100% elok. tapi lebih licin daripada dulu. Lebih baik kita pilih produk yang selamat tapi sedikit lambat proses penyembuhan berbanding dengan produk yang cepat penyembuhan tapi bahaya untuk jangka masa panjang.

Tapi sebenarnya, proses penyembuhan tu bergantung kepada tahap metabolisma badan masing2. Ada yang 2 minggu pon dah nampak kesan. Ada yang berbulan-bulan baru nampak kesan. Tapi secara klinikal nya, produk ini akan berkesan dalam masa 7-14 hari.

Produk zarraz ni adalah produk spa, jadi kawan2 semua memang tak akan jumpa produk ni kat mana2 farmasi atau kedai jamu. Hal ini kerana sebelum pakai produk ni, pengguna akan diberi konsultasi percuma daripada pakar kecantikan zarraz untuk mengenali jenis kulit masing2, selepas itu barulah boleh beli produk berdasarkan yang disyorkan oleh pakar. Konsulatasi memang akan diberikan secara percuma sepanjang menggunakan produk zarraz dan pakar kecantikan zarraz akan membantu sepenuh hati sehingga sembuh.


Ini lah dia sebahagian daripada produk zarraz.


Ini buktinya bahawa produk ini selamat dan halal. 


Untuk balas budi zarraz yang dah membuatkan kulit saya lebih baik daripada dulu, saya decide untuk jadi agent produk ni. Selepas 2 tahun baru yakin nak jadi agent. Saya ni jenis yang kalau sesuatu produk tu tak jadi dengan saya, saya takkan promote kat orang lain.

Saya nak nasihatkan kawan2 semua, pilihla produk yang selamat dan natural, Jangan terlalu taksub dengan produk yang menjanjikan kesan dalam masa singkat. Jadilah pengguna bijak. Alhamdulillah setakat ni ZARRAZ PARAMEDICAL adalah pilihan saya.

Di bawah ni adalah sebahagian daripada testimoni zarraz.





Untuk info lanjut, silalah Message atau Whatsapp saya di 013-9585 104 (Farhana)

Thanks sebab sudi bace review ni. Semoga ia dapat membantu anda yang masih lagi tercari-cari produk yang sesuai dengan kulit muka anda.

Wednesday, 28 August 2013

Novel Cinta High Class

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah! 

Indahnya cinta tanpa noda. 

Indahnya bercinta berlandaskan syariat Islam. 

Indahnya cinta apabila tahu cara mengurus fitrah. 

Indahnya cinta jika sama2 bermujahadah. 

Indahnya cinta jika jauh daripada maksiat. 

Itulah kata2 yang dapat aku ucapkan apabila selesai membaca buku novel karya Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. farhan Hadi. Uniknya novel ini kerana ia adalah novelet tarbiah 2 dalam 1. Means, 2 cerita dalam 1 novel dan mempunyai 492 muka surat. 

Haa itu diaa novelnye.. siap ade bunga2 cinta lagi. hehe

Secara ringkas, novel ini menceritakan perjalanan hidup seorang yang soleh dan solehah sehinggalah mereka dijodohkan oleh Allah. Betullah firman Allah :

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

( Surah an-Nur : 26 ) 

Secara jujur, watak soleh dan solehah dalam novel ni hampir betul2 sempurna. Susah nak jumpa manusia yang betul2 perfect lebih2 lagi pada akhir zaman ni. Mungkin 1 dalam sejuta. Tapi kita jangan jadikan alasan mustahil itu untuk menyekat kemaraan kita untuk menjadi soleh dan solehah. 

Cuba renung kata2 ni 

Nampak tak.. kata2 ni la yang terpampang dalam bilik ak selama setahun. 
" Always Aim For The Moon, Even If You Miss, You Will Land Among the Stars "

Apa yang aku cuba nak katakan di sini adalah.. Kita kena " AIM " untuk jadi soleh dan solehah. Kena try jugak dengan cara menambah ilmu agama. Walaupun nanti kita takdelah sehebat seorang ulama', kita mungkin dapat jadi anak buah ulama'. Betul tak? 

Sama jugak macam kehidupan belajar kita, jangan takut untuk aim dapat 4 flat. Jangan jadikan alasan "tidak mampu " untuk menghalang matlamat kita. Kalau kita aim untuk dapat 4 flat, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkannya. Dan walaupun x dapat 4 flat pun at the end tu, kita akan dapat hampir-hampir 4 flat. 

Macam tulah!

Haa itu diaa salah seorang idola aku. 

Nak taw apa yang Fatimah Syarha dan suaminya tulis dalam novel tu,, silalah beli. tak rugi bagi yang mencari cinta yang diredhai Allah. So sweet <3

okey.. Sekian sahaja bebelan pada hari ni. Semoga bermanfaat.

Senyuuumm sokmo deh =))))

Monday, 26 August 2013

2 Kisah menarik

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni saya nak kongsi 2 kisah menarik yang berlaku dalam hidup Sultan Muhammad Al-Fateh. 

Kisah #1

Abu Ayub al-Ansari adalah sahabat Nabi Muhammad SAW dan beliau masih hidup ketika Sultan Beyazid memerintah di Turki. Ketika itu beliau berumur 81 tahun dan sudah uzur. Sultan beyazid dan tenteranya ingin pergi berperang untuk menakluk Kota Konstantinopel yang berada di Rom. Tiba2 Abu Ayub al-Ansari ingin menyertai peperangan tersebut. Ramai yang menentang kerana beliau sudah tua dan tak mampu untuk berperang malah dikhuatiri akan membebani tentera lain. Beliau tetap bertegas dengan pendiriannya dan menyatakan tujuannya untuk memburu syahid. Akhirnya mereka akur dengan keinginannya itu. 

Setelah perang bermula, Abu Ayub al-Ansari turut berperang untuk menawan Kota Konstantinopel itu. Pada waktu malam, perang dihentikan buat seketika dan pada malam tersebut Abu Ayub al-Ansari sakit tenat dan meninggal dunia. Sultan Beyazid menunaikan permintaan terakhir Abu Ayub al-Ansari untuk dikuburkan di tepi benteng Kota Konstantinopel. Sultan memberi amaran kepada Rom supaya tidak mengacau kubur sahabat Rasulullah SAW itu. 

Setelah beberapa bulan, Maharaja Rom berdegil dan ingin merosakkan kubur Abu Ayub al-Ansari. Dia menyuruh tentera menggali kubur beliau dan alangkah terkejutnya Maharaja Rom apabila mayat Abu Ayub al-Ansari masih sempurna walaupun dah ditanam berbulan-bulan lamanya. Kerana kagum, Maharaja Rom memindahkan kuburnya ke dalam kota dan kubur itu menjadi tempat memuja orang Rom kerana dipercayai mempunyai kuasa. 

Gambar hiasan

Selepas beberapa ratus tahun, Sultan Muhammad al-Fateh  berjaya menawan Kota Konstantinopel dan Baginda mencari semula kubur sahabat Nabi itu. Apabila digali semula, ternyata mayatnya masih sempurna seperti baru sahaja ditanam. Orang Turki yang bersama Baginda ketika itu bergilir-gilir mencium kaki Abu Ayub al-Ansari untuk mendapat berkat. Apabila tiba giliran Baginda Sultan, kaki itu mengelak beberapa kali kerana tidak mahu dicium oleh Baginda. Syeikh Bayram  iaitu seorang ulama' mengatakan bahawa Abu Ayub al-Ansari malu untuk dicium oleh Sultan. 

The end~~~ 
Menarikkan cerita sahabat nabi kita. Mengagumkan.. Ohsem..
Begitulah cara Allah SWT menunjukkan kekuasaannya untuk menguatkan iman di dada kita. Adakah kita berfikir? Renungkanlah.. 

Kisah #2

Kisah ini berlaku setelah Sultan Muhammad al-Fateh sudah berjaya menawan Kota Konstantinopel dan ditukar namanya menjadi Istanbul. 

Pada suatu malam, seperti biasa Baginda akan menjadi rakyat biasa dan berjalan di sekitar kota untuk melihat aktiviti rakyat. Ketika Baginda berjalan di tepi sebuah rumah, Baginda terdengar suara perempuan membaca al-Qur'an. Baginda tertarik dengan bacaan itu dan berhenti di situ lalu mendengar bacaan itu hingga selesai. Tiba2, Baginda terdengar perbualan antara perempuan itu dengan ibunya. .

" Ibu, air susu ini telah tumpah "

" Malangnya, kalau macam ni hasil jualan kita esok hanya sedikit sahaja. "

" Erm, tak apalah ibu. Kita redha jelah. "

" Haa apa kata kita tambah air ke dalam susu ini. Orang tak akan perasan. "

" Tak nak lah ibu. Sultan berpesan supaya kita jujur dalam jualbeli. Saya tak nak kita melakukan dosa. Biar hasil jualan itu sedikit tapi berkat di sisi Allah. "

" Baiklah nak. Ibu minta maaf. "

Baginda kagum dengan kejujuran perempuan tersebut. Esoknya, Baginda menjemput ibu dan anak itu ke istana. Baginda bertanya adakah anak perempuannya sudah berkahwin atau masih dara. Ibunya menjawab bahawa anaknya masih belum berkahwin lalu Baginda melamarnya untuk dijadikan isteri alang2 Baginda pun masih bujang. 

Gambar hiasan

The end~~~~
Mulia sungguh cara Baginda melamar gadis tersebut. Cara pertemuan mereka juga mulia. Kan?? Hebat sungguh peribadi Sultan Muhammad al-Fateh. Semoga keperibadian Baginda dicontohi oleh umat Islam masa kini. Amin,, 

okey. sudah siap coretan kali ini. Semoga bermanfaat. 
senyuummmm sokmo =))))


Tuesday, 13 August 2013

Potret 1 Syawal 1434 H

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم


Keluarga tercinta <3 =)

Sunday, 11 August 2013

Penakluk Konstantinopel

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, siap sudah saya baca sebuah novel sejarah karya Abdul Latip Talib yang berjudul Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel. Novel yang mempunyai 336 muka surat ini sememangnya mempunyai banyak pengajaran dan dapat meniup semangat jihad ke dalam diri anak muda. 


Inilah novel tersebut.

Saya akan berkongsi sedikit sebanyak cerita dan ilmu yang saya dapat daripada novel ini. Semoga Allah memberkati kita kerana menghayati perjuangan pahlawan Islam yang hebat ini. In shaa Allah. 

Secara ringkasnya, 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di komandonya adalah sebaik-baik pasukan. " 
(H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Ramai pejuang2 Islam yang tampil dan cuba menakluk Kota Konstantinopel untuk membuktikan kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW. Antara mereka adalah Saidina Ali, Muawiyah bin Abu Sufian, Sultan Sulaiman, Harun al-Rasyid, Sultan Beyazid, Sultan Sulaiman, Sultan Musa, Sultan Mehmed Halabi, dan akhir sekali Sultan Murad. Tapi usaha mereka menemui kegagalan. Percubaan ini berlaku selama lebih 800 tahun. 

Selepas itu lahirlah Sultan Muhammad iaitu anak Sultan Murad. Beliau dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan sejak berusia 5 tahun lagi. Ketika berusia 16 tahun, beliau menjadi pemangku Sultan bagi mengganti ayahandanya yang pergi bercuti ke Pulau Magnesia. Beliau dapat memerintah kerajaan Turki Usmaniah yang luas tanah jajahannya itu dengan baik walaupun masih muda. 

Setelah Sultan Murad mangkat ketika beliau berusia 19 tahun, Muhammad menjadi Sultan kepada Turki. Dia meneruskan perjuangan ayahandanya untuk menakluk Kota Konstantinopel yang berada di bawah Kerajaan Rom. Sultan Muhammad yakin bahawa dia dapat mengalahkan Maharaja Konstantine dan menakluk kota tersebut.

Ketika berusia 21 tahun, baginda berjaya menakluk Kota Konstantinopel setelah berperang selama 53 hari. Pada hari yang bersejarah itu, iaitu pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah, Baginda menukar nama Konstantinopel kepada Istanbul. Baginda juga digelar sebagai Al-Fateh yang bermaksud Sang Penakluk. 

Sultan Muhammad Al-Fateh mangkat ketika berusia 49 tahun akibat terminum racun. Pemerintahannya diteruskan oleh anaknya, Beyazid III. 

Begitulah kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Kalau nak tahu secara terperinci kenalah beli buku ni sendiri. Tak rugi pun membeli novel sejarah ni. Nanti boleh diceritakan pada anak cucu pula. >_< 

Terdapat beberapa sifat terpuji Sultan Muhammad Al-Fateh yang dapat kita ambil i'tibar ;

1. Baginda belajar ilmu agama dan ilmu peperangan bermula seawal 5 tahun. Jadi ajarlah anak kita seawal usia itu juga. 

2. Bagi Baginda, nikmat dunia adalah beribadat kepada Allah, bukannya harta, pangkat dan wanita. Oleh itu, rancangan Maharaja Konstantine ingin memperdaya Baginda gagal. 

3. Baginda sentiasa berdamping dengan ulama yang tinggi ilmunya iaitu Syeikh Bayram dan Syeikh Syamsudin al-Wali. Jadi, carilah sahabat yang tinggi ilmu agamanya. In shaa Allah kita akan berjaya di dunia dan akhirat. 

4. Baginda tidak suka dipuji. Baginya, puji-pujian hanyalah untuk Allah. Jadi, janganlah kita melakukan sesuatu kerana ingin dipuji oleh manusia. Niatlah kerana Allah. 

5. Baginda memberi hak bersuara kepada semua orang ketika mesyuarat tidak mengira pangkat dan keturunan. 

6. Baginda mencontohi sikap dan strategi peperangan Nabi Muhammad SAW. Baginda seorang yang pemaaf. 

7. Baginda memilih calon isteri yang solehah. 


Gambaran ketika peperangan. 


Sekian sahaja yang dapat saya coretkan dalam entri kali ini. Semoga beroleh kebaikan. In shaa Allah.

Senyuuum sokmo. =))))



Monday, 5 August 2013

Sempatkah kita kembali kepada fitrah?

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

FITRAH.
Apa yang dimaksudkan dengan fitrah sebenarnya?
Fitrah adalah sifat batin semulajadi yang diberi oleh Allah sejak azali lagi. Sebagai manusia, kita juga mempunyai fitrah. Salah satunya adalah fitrah beragama. Semua orang memang sedang beragama, pernah beragama, dan akan beragama. Ini menunjukkan terbuktilah bahawa manusia memang tidak dapat lari daripada perasaan ingin beragama. 

Tapi anak muda sekarang sepertinya tidak beragama lagi? Macam mana pula tu? 
Cuba kita bandingkan antara orang muda dan orang tua. Orang muda selalu pergi shopping mall, lepak, clubbing, archade dan macam2 aktiviti hiburan lagi manakala orang tua selalu pergi masjid, mengaji al-Qur'an, dan sentiasa melakukan aktiviti untuk mendekatkan diri pada Allah SWT. 

Orang muda sebenarnya bukan telah hilang fitrah beragama tapi mereka lupa dan sedang enak dibuai nikmat duniawi yang bersifat sementara. Oleh kerana memegang kata2 'Muda hanya sekali, so kita enjoy duluuu', mereka jadi lalai dan tidak takut pada Allah. Mereka yakin bahawa mati hanya akan terjadi apabila umur mereka sudah lanjut dan itulah waktu yang sesuai untuk bertaubat. 

Bro!
Sis!
That is totally wrong!

Setiap hari ketika bangun dari tidur, kita tidak boleh yakin bahawa kita akan masih bernyawa sehingga malam. MELAINKAN Allah mengizinkannya. Jadi bersyukurlah jika kita sempat merasa umur tua. Kata Ustaz Azhar Idrus ; Orang yang paling bahagia adalah orang yang panjang umur dalam ketaatan pada Allah. 

Persoalannya, sempatkah kita kembali kepada fitrah?

Aku yakin bahawa sejahat mana pun seseorang itu, dia akan tetap kembali kepada Allah. Buktinya, Firaun yang memang terkenal dengan sifat kufurnya itu juga kembali beriman ketika hampir mati lemas dalam Laut Merah. Tapi apakan daya, dia sudah terlambat. 

Renungkanlah kembali kisah Firaun ini.

Dan Kami bawakan Bani Isra'il ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Fir'aun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Fir'aun hampir tenggelam berkatalah ia ( pada saat yang genting itu ) : "Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai Bani Isra'il, dan aku adalah dari orang2 yang berserah diri (menurut perintah)". 

( Surah Yunus : 90 )

(Allah berfirman) : "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang2 yang melakukan kerosakan?"

( Surah Yunus : 91 )

" Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Fir'aun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang2 yang dibelakangmu (supaya mereka mengambil i'tibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda2 kekuasaan Kami! ".

( Surah Yunus : 92 ) 

Sebab itulah mayat Fir'aun atau dikenali juga sebagai mumia masih lagi dapat dilihat dan dipamerkan untuk tontonan umat manusia. Jadi, adakah kita mengambil i'tibar? Ask ourselves.



Akhir kalam, sebelum terlambat, kembalilah!
Kembalilah kepada fitrah manusia. 
Ya'ni agama islam. 

Senyummm sokmo =)))) 

Tuesday, 30 July 2013

X-ray gigi ku yang senget

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم


Apekebendenye ni?
that is my dental x-ray.

Semalam saya pergi buat dental check-up sebab sakit gigi. Ada gigi yang tumbuh di bawah gigi lain. Erk.. cam pelik je kan. So, kenalah x-ray sebab doktor nak tengok gigi tu tumbuh macam mana. First time x-ray gigi.. tak sakit pun.. huhu. ( ada ke x-ray yang sakit?? -_- )

Yang manakah gerangan gigi yang telah melakukan masalah tu? Dia adalah Cik gigi yang paling kiri dalam gambar di atas. Nampak tak betapa sengetnye gigi tersebut tumbuh? Dah la tumbuh bawah gigi lain. So, agak besar jugak lah masalah di situ. Terpaksa lah kena pergi buat pembedahan dengan doktor pakar kat Kuala Krai, Kelantan pada 13/8/2013... Erm, orang lain tengah beraya lagi mase tu kan. huuu.

Dr. gigi tu iaitu Dr. Arifah cakap ni bukan pembedahan biasa lah sebab maybe pakar akan buang sedikit gusi dan tulang gigi. Then, jahit balik. Ok, saya dah cuak.. Gulp. Mulalah aku nak cari alasan sebab gerun pulak dengar dr. cakap macam tu. 

" Bakpo x bue gigi hok aleh atah tu Dr? Sebab key gigi lek atah tu key lamo doh. Gigi bowoh tu baru lagi. Biar la dio tumbuh. " Kate aku sambil tersengih-sengih. 

What??? tak faham bahasa klate? ok2 saya translate yee..  aku cakap nape Dr. tak buang gigi yang atas? Sebab gigi atas kan dah lame, so biarlah gigi yang baru tumbuh kat bawah tu ganti gigi lame tu. 

Then Dr. Arifah cakap yang gigi bawah tu maybe tak akan tumbuh dengan sempurna sebab akarnya senget. Tambahan pula, Atas gigi yang senget tu ada lebihan simen. So, simen tu akan menyekat pertumbuhan gigi bawah tu. Terang Dr. Arifah sambil menunjukkan filem x-ray gigi tu. OK. saya anguk2 tanda faham. 

So? terpaksalah buat pembedahan gak. Takpelah, demi kebaikan diri sendiri jugak. 

Apa2 pun doakan keselamatan saya dalam pembedahan tu nanti. Semoga pembedahan berjalan lancar. In shaa Allah. 

Terima kasih kepada Dr. Arifah yang baik dan kecik molek itu kerana sudi meluangkan masa bersama saya di bulan puasa yang mulia ni.


Ni la pemandangan di hadapan Hospital Gua Musang. 
Sempat lagi snap gambar sambil tungu abah datang ambil. >_< 
Cantik kan.. best tingal kat kawasan bukit.. sejukkk dan nyamannn


Ok.
Senyum sokmo =))))) 

Saturday, 27 July 2013

Kisah 2 Nelayan

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Ramadhan, 

Kali ni saya nak tulis tentang kisah dua nelayan. Saya dengar kisah ini dalam radio dan kisah ni memang memberi kesan pada saya supaya jangan berputus asa dan bersangka baik lah pada Allah Azza wa jalla. 

Pada suatu masa dahulu, tinggallah dua orang nelayan di dalam sebuah kampung. Mereka mempunyai kepercayaan yang berlainan. Nelayan A menganut agama Islam manakala Nelayan B menyembah berhala. 

Pada waktu petangnya,, seperti biasa mereka akan ke laut untuk menangkap ikan untuk menyara hidup. Nelayan A menebar jala sambil berkata "Bismillahirrahmannirrahimm".. selepas itu dia berzikir mengingati Allah sebelum mengangkat jalanya kembali. 

Seperti nalayan A,, nelayan B juga menebar jalanya sambil menyebut nama-nama berhala yang dia sembah iaitu Latta dan Uzza. Mereka sama-sama menunggu. 

Setelah sekian lama, kedua-dua nelayan itu menarik jala masing-masing. Nelayan A tidak mendapat walau seekor ikan pun tetapi nelayan B mendapat banyak ikan. Nelayan A pulang dengan tangan kosong. 

Malaikat yang melihat peristiwa ini merasa pelik dan terus bertanya Allah, "Allah azza wa jalla, kenapa kau tidak mengurniakan rezeki kepada hambaMU yang taat kepadaMU sedangkan hambaMU yang menyekutukanMU diberi rezeki yang banyak?" 

Allah menjawab pertanyaan malaikat, " Aku ingin memasukkan dia ke dalam syurgaKU, jadi Aku ingin menguji kebenaran imannya." 

The end ~~~ 



Cerita ni pendek je tapi sangat mendalam maknanya. Moralnya, apabila kita merasa kita sudah berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah dengan sepenuh hati, tetapi Allah tetap tidak memakbulkan apa yang kita mahu. Janganlah berputus asa. Bersangka baiklah pada Allah. Sesungguhnya Allah sedang menguji keimanan kita. Sebagai umat Islam, kita tidak akan sunyi daripada ujian drp Allah.. Buktikanlah bahawa kita layak menghuni syurgaNYA..

In shaa Allah. Amin.. 

Improve yourself to be a better muslim. 

Senyumm sokmo. =)

Thursday, 25 July 2013

Isteri itu bidadari, bukan orang gaji.

 السلام عليكم

          بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ni saya nak kongsi cerita yang saya copy paste je dari fb. 

Tersebutlah kisah ~~~~~

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."



Wallahualam

Friday, 22 February 2013

Sayur dan Buah yang berlainan warna untuk mengelak kanser


       السلام عليكم
          بسم الله الرحمن الرحيم

Ape khabar? sihat? =)
Hari ni aku just nak share satu info kepada anda2 semua info tentang makanan untuk mencegah kanser. 
Info ni aku dapat daripada Fakulti Perubatan Universiti malaya. 
Selamat membaca risalah ni dan selamat mengamalkan gaya hidup sihat.  


sekian sahaja.. 
senyuuummm sokmo. =) 

Monday, 18 February 2013

Bukan kegagalan tapi percubaan


       السلام عليكم
          بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni iaitu 18/2/2013 bersamaan dengan hari isnin, bermulalah sem baru ya'ni sem 4 untuk course aku ni.. means ade 3 sem lagi untuk diredah sebelum tangan menggenggam erat segulung ijazah. 

Result final exam sem lepas pon dah keluar beberapa hari yang lalu. Bagi yang berjaya mendapat keputusan yang baik, tahniah saya ucapkan. Bagi yang mendapat keputusan yang kurang enak, tahniah juga saya ucapkan.

 Dan please jangan panggil 'keputusan yang kurang enak' itu adalah kegagalan. Panggillah ia percubaan. Jadi, kalau percubaan itu belum berjaya, keep on trying. And never give up. 

Sebab aku sangat percaya dengan pepatah Arab ni, iaitu "Man jadda wajada, wa man zaro'a hasoda", means siapa yang berusaha dia akan berjaya, dan siapa yang menanam dia akan dapat hasilnya. Kalau percubaan kita masih belum berjaya sem ni, bermaksud usaha kita masih belom cukup, so? Double or triple kan usaha tersebut. There's no shortcut to  success. 



Awal2 sem ni, sangat molek lah kalau kita muhasabah diri. Cuba cari kelemahan diri sendiri yang menyebabkan kita kurang berjaya. Perbaiki kelemahan tersebut. Yang penting, carilah tips2 berguna daripada orang yang sudah merasai kejayaan dalam hidup mereka, contohnya Prof Muhaya. Prof Muhaya adalah salah seorang ilmuan yang aku amat hormati. Setiap kali dengar ucapannya, aku rasa sangat positif. 

Orang kata, benda dah lepas usah dikenang, jadikan sebagai pengajaran. Sebab "There's no mistakes in our life, just lessons". and We walk forward, not backward. right? 
Dalam dunia ni tiada orang bodoh, hanya ada orang yang malas. I like this phrase. So, jangan sesekali kata diri sendiri or orang lain 'bodoh'. 

Orang yang berada di bawah, tak semestinya gagal dan orang yang berada di atas tak semestinya berjaya. 


Kejayaan sebenar adalah kejayaan di akhirat, kejayaan abadi yang diiktiraf oleh Allah. Dan kejayaan di dunia yang hanya diiktiraf oleh manusia cumalah sebagai ujian untuk menguji keimanan kita. Iaitu SIAPA kita selepas berjaya?? Adakah seorang yang bongkak dan sombong? Megah dan berbangga dengan kejayaan?

Allah berfirman :
" Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong ; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
( Surah Luqman : 18 )  

Allah juga nak uji SIAPA kita selepas gagal? Adakah seorang yang lemah, putus asa dan tidak redha? 

Allah berfirman :
" Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh ; dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan."
( Surah Luqman : 22 )

Kesimpulannya, jadilah orang yang bersyukur apabila mendapat ni'mat daripada Allah, dan redhalah dengan ketentuanNya apabila mendapat musibah. Sesungguhnya Allah itu Pencipta kita, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. =)

Sekian,
senyuummmm sokmo deh =))))))

by : Farhana Ruslan