Ya Allah lamanya tak update blog. Maaf ye. Tapi sekarang timbul kembali semangat untuk berblogging. Semoga semangat ni berterusan. Inshaa Allah ^_^ Jadi, saya nak mulakan blog ni dengan kongsi pengalaman saya menggunakan produk Zarraz Paramedical.
Muka saya dlu memang banyak jerawat, Jerawat kecil2 dan kadang2 timbul jerawat besar. Lepas tu kulit muka pulak sensitif sangat, kulit merah2. Kulit berminyak, whiteheads dan blackheads y banyak. Haa banyak nye masalah. Jadi cuba beli macam2 produk untuk sembuhkan kulit ni. Saya rasa dah lebih sepuluh produk yang sy try. Ada yang jadi tapi sekejap je lepas tu 'immune'. Ada juga yang tak jadi langsung. So, i keep changing my skincare products tanpa menyedari bahawa perbuatan ni salah sama sekali.
Bahaya sebenarnye main tukar2 produk muka ni. Mana lah tahu mana2 produk yang kita dah guna tu ada bahan kimia berbahaya seperti merkuri dan hydroquinon. Merkuri tu boleh menyebabkan kanser kulit dan hydroquinon tu bertindak sebagai 'bleaching agent' yang boleh memberi kesan pemutihan dalam masa singkat. So, kalau produk yang cakap boleh putih dalam masa 2/3 hari tu, jangan lah mudah terpedaya. Memang la sekejap je boleh jadi putih tapi untuk kesan jangka panjang? Kesan die lagi teruk dan timbul pelbagai masalah.
Ok berbalik kepada kes saya ni, sebenarnya hampir putus asa gak cari produk yang sesuai ngan kulit muka ni. Yela sebab masalah ni kan bergantung kepada metabolisma badan masing2 gak. Ada yang ok dengan produk dotdotdot tapi tak ok dengan saya. Susah nak cari. Orang yang sama masalah dengan saya ni je yang boleh faham situasi ni. Betapa rasa putus asa nya nak cari produk yang sesuai. Tapi, jangan putus asa lagi kawan2... berdoa dan usaha. Inshaa Allah kalau kita usaha mesti dapat kan.
Jadi, suatu hari (iaitu 2 tahun lepas) auntie saya syorkan produk ZARRAZ PARAMEDICAL ni kat saya. Macam biase la.. cuba jelah kan. Kot2 la jadi. Saya guna yang trial set dulu la sebab takut tak jadi kan. Trial set dia harga RM150 dan tahan dalam 3 minggu. Tekstur pencuci muka die sangat lah lembut. Sesuai sangat lah dengan kulit muka saya yang sensitif ni. Pakai seminggu rasa macam best sangat. Dalam masa 2 minggu, jerawat2 dah kecut. Kesan yang paling nampak adalah whiteheads saya dah smakin kurang.
Zarraz ni bersifat 100% natural taw. Takde langsung bahan kimia. So, biase lah kalau natural kesan dia akan lambat sikit tapi selamat dan berkesan dalam jangka masa panjang. Saya mase tu jenis yang tak sabar kan, nak terus sembuh.. pakai beberapa bulan saya berhenti pakai zarraz dan tukar kepada produk lain. 2/3 bulan pakai produk lain, masalah2 saya timbul kembali. Saya kembali kepada zarraz balik... bila muka mula nak sembuh saya tukar pula produk. Tak silap saya 3 kali saya buat macam ni tapi last2 saya akan kembali kepada zarraz gak sebab produk2 lain tidak sehebat dan selembut produk zarraz. Selepas 2 tahun duk main tukar2 macam ni, saya tekad akan setia dengan zarraz seorang je.
Sekarang memang kulit saya jauh lebih baik daripada dulu. Kawan2 semua tegur dah makin elok. Memang la tak 100% elok. tapi lebih licin daripada dulu. Lebih baik kita pilih produk yang selamat tapi sedikit lambat proses penyembuhan berbanding dengan produk yang cepat penyembuhan tapi bahaya untuk jangka masa panjang.
Tapi sebenarnya, proses penyembuhan tu bergantung kepada tahap metabolisma badan masing2. Ada yang 2 minggu pon dah nampak kesan. Ada yang berbulan-bulan baru nampak kesan. Tapi secara klinikal nya, produk ini akan berkesan dalam masa 7-14 hari.
Produk zarraz ni adalah produk spa, jadi kawan2 semua memang tak akan jumpa produk ni kat mana2 farmasi atau kedai jamu. Hal ini kerana sebelum pakai produk ni, pengguna akan diberi konsultasi percuma daripada pakar kecantikan zarraz untuk mengenali jenis kulit masing2, selepas itu barulah boleh beli produk berdasarkan yang disyorkan oleh pakar. Konsulatasi memang akan diberikan secara percuma sepanjang menggunakan produk zarraz dan pakar kecantikan zarraz akan membantu sepenuh hati sehingga sembuh.
Ini lah dia sebahagian daripada produk zarraz.
Ini buktinya bahawa produk ini selamat dan halal.
Untuk balas budi zarraz yang dah membuatkan kulit saya lebih baik daripada dulu, saya decide untuk jadi agent produk ni. Selepas 2 tahun baru yakin nak jadi agent. Saya ni jenis yang kalau sesuatu produk tu tak jadi dengan saya, saya takkan promote kat orang lain.
Saya nak nasihatkan kawan2 semua, pilihla produk yang selamat dan natural, Jangan terlalu taksub dengan produk yang menjanjikan kesan dalam masa singkat. Jadilah pengguna bijak. Alhamdulillah setakat ni ZARRAZ PARAMEDICAL adalah pilihan saya.
Di bawah ni adalah sebahagian daripada testimoni zarraz.
Untuk info lanjut, silalah Message atau Whatsapp saya di 013-9585 104 (Farhana)
Thanks sebab sudi bace review ni. Semoga ia dapat membantu anda yang masih lagi tercari-cari produk yang sesuai dengan kulit muka anda.
Salam.. Nk tnya.. Knp background kaler glap n text warna mcm ni.. Silau. Bg Org rabun mcm akk ni.mmg hardly to read
ReplyDelete