:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Saturday 17 November 2012

aku tahu aku tak baik


         السلام عليكم
          بسم الله الرحمن الرحيم


Diri ini pernah berdosa
Diri ini pernah merasa jauh daripada Allah
Bisik hati kecil ini
" Siapa yang menjauh?? aku atau Allah? "
Jawapan itu tidak perlu dijawab
Aku tahu, aku yang menjauh
Allah sentiasa ada bersamaku
cuma..
diri ini lupa.

Diri ini pernah merasa betapa resahnya
Gelisahnya
Risaunya
bila diri terasa berdosa

Dosa itu perkara ghaib kan?
Jadi bisakah kita merasa berdosa?
Jawapanku.. 
YA!
Tiada ketenangan dalam diri
Semua perkara dirasakan salah
Jiwa tidak tenteram
Itu tandanya dosa

Aku selalu terfikir
Jika dosa itu berbau busuk
Inginkah manusia lain berada dekat denganku? 
Astaghfirullah..
Ya Allah..ampunkan dosaku!

Aku tahu aku banyak dosa
Aku tahu aku tak baik
Sebab itu setiap hari
Aku cuba untuk mencari kebaikan
Mengisi masa lapangku dengan perkara berfaedah

Aku tahu aku tak baik
Sebab itu aku ingin berkawan dengan orang yang baik
Supaya tempias kebaikan itu dapat juga aku rasai

Aku tahu aku tak baik
Sebab itu aku mencari idola yang baik
Supaya mereka sentiasa membimbing aku ke arah kebaikan
Supaya mereka sentiasa mengingatkan aku pada Allah.

Aku tahu aku tak baik
Sebab itu aku ingin menyebarkan kebaikan yang aku dapat
Supaya orang yang tak baik seperti aku dapat bangkit dan sedar untuk mencari kebaikan
Kebaikan itu perlu disebar
Bak kata Fatimah Syarha :
Sebarkan bahagia

Aku tahu aku tak baik
Sebab itu aku tak ingin terus menjadi tak baik
Aku ingin berubah
Sekurang-kurangnya aku ada usaha untuk jadi lebih baik
sekurang-kurangnya aku ada niat ke arah itu
Semoga dipermudahkan oleh Allah

Aku tahu
menjadi baik itu mudah
tapi untuk istiqomah itu susah
hati ini perlu kuat
terlalu banyak kekurangan diri ini

Aku tak minta untuk jadi sempurna
Kerna ku tahu fitrah manusia itu tidak ada yang sempurna
Aku cuma ingin jadi baik
lebih baik daripada sekarang
Aku cuba
Pasti !

Sekurang-kurangnya hayatku ini tidak sia-sia
Semoga matiku husnul khatimah
Semoga matiku kelak ketika menyebarkan kebaikan
Semoga matiku dalam cahaya keimanan
In Shaa Allah

by : Farhana Ruslan

p/s : bersyukur jika kita sedar kita berdosa berbanding orang yang melakukan dosa tapi tidak punya rasa bersalah langsung. 
bersyukur kita masih dibangkitkan oleh Allah pada hari ini untuk bertaubat dan menyebarkan kebaikan. 

senyuummm sokmo ^ ^

Monday 12 November 2012

1st time memanah


     السلام عليكم
          بسم الله الرحمن الرحيم




Dah lame nak try sukan memanah ni,,last2 tercapai gak hasrat di hati ni.. Alhamdulillah diberi peluang untuk cuba sukan memanah ni kat kolej,, 1st time belajar cara2 nak memanah..rupa2 nya susah gak prosedur nye.. ingat ke main tarik and lepas je anak panah tu.. huhu

memanah ni bukan calang2 sukan gak, sebelum diberi peluang untuk cuba memanah,, kena pamping dulu,, ikut jelah aturan nye,, sambil pamping tu kena cuba belokkan tulang lengan,, part ni agak susah la bagi aku yang baru kali pertama,,, kena belokkan lengan tu sebab nanti nak angkat busur, kena belokkan tulang lengan, actually aku pon x taw kenapa kena wat camtu,, tak sempat nak tuntut ilmu sampai habis hari tu...mungkin nak bagi stabil kot.. hee

lepas pamping baru la dapat try memanah... rupa2 nya nak tarik anak panag tu bukan guna tulang lengan tapi guna tulang kipas ( belakang bahu ), lepas tu tulang kat tapak tangan plak kena lurus dan bahagian hujung jari plak kena cangkuk untuk tarik anak panah.. banyak involve tulang.. serius kekok sangat.. mase tarik anak panah,, fuhh susah gak..tp try untuk fokus pada titik tengah board yang kaler kuning tu.. tp apakan daya.. dapat garisan paling luar je... itu jela yang cek mampu..



sebenarnye nak try beberapa anak panah lg..tp disebabkan latihan bola tampar dah nak start. terpaksa lah aku pergi membawa diri..

Tapi serius best sgt leh try sukan ni.. insyaAllah ade mase,, aku akan turun dan semoga aku terpilih untuk mewakili kolej dalam sukan ni dalam SUKMUM..hopefully.. i'll try my best.. buat mase ni aku fokus untuk sukan yang memang aku jadi 'main player' iaitu bola tampar.

Kalah menang adat permainan.. yang penting puas hati. =)

Sebenarnye sangat teruja untuk masuk sukan memanah. Rasa bangga sebab dapat cuba sukan yang Rasulullah dan tenteranya selalu berlatih untuk perang.  

k wassalam
senyuuummm sokmo deh =))

Friday 2 November 2012

Mencegah lebih baik daripada merawat


         السلام عليكم
          بسم الله الرحمن الرحيم

ALHAMDULILLAH, kalau kita masih mempunyai badan yang sihat wal afiat, masih boleh melangkah mencari ilmu yang Maha Pencipta. Alhamdulillah hari ni kita sihat, tapi kita tak tahu esok kita masih lagi sihat atau tidak.  Tubuh badan adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jika diberi pilihan sama ada segunung emas atau badan yang sihat. Semestinya kita akan pilih tubuh yang sihat. Kerana,, apa gunanya segunung emas kalau hidup terlantar di katil hospital. Apa gunanya duit berjuta kalau hidup seperti tiada makna. Tiada nikmat makan, berjalan, bermain, berkomunikasi, dan lain2. 



Kesihatan adalah amanah Allah terhadap hambanya. Dengan kesihatan yang baik, akan memudahkan kita melakukan ibadat kepada-NYA. Lagipun qawiyyul jismi ( sihat tubuh badan ) termasuk dalam 10 muwassafat tarbiyah. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita perlu menjaga kesihatan untuk menunjukkan betapa Islam menitik berat tentang kesihatan umatnya. Umat Islam adalah umat yang kuat, jangan kita menjadi lemah dek kerana kesihatan yang tidak terjaga.



 Jika kita imbas kembali betapa kuatnya tentera2 Salahuddin al-Ayubi dalam peperangan, betapa beraninya tentera Islam dalam pertempuran demi menegakkan agama Allah. Bayangkan jika Salahuddin al-Ayubi ingin memilih tenteranya dalam kalangan kita sekarang,, adakan kita akan terpilih??? tanye diri sendiri.  Nabi Muhammad mempunyai tubuh badan yang cergas, badan nabi gagah dan tegap kerana Baginda menjaga pemakanan dan selalu bersukan. Ikutilah sunnah nabi. Bukan sunah nabi dalam poligami je yang beriya nak ikut. ( Ops, tetibe lari topik.. haha. poligami2 ) . Nabi selalu menunggang kuda, memanah, berpedang, berlumba unta dan macam2 lagi. Makanan yang nabi suka makan plak telah saye ulas dalam entry sebelum ni  

Jika kita masih lagi sihat wal afiat, KEKALKAN. Jika kita sudah sakit. RAWAT. tapi of course lah mencegah lebih baik daripada merawat. Kebanyakan daripada kita lupa untuk jage kesihatan ketika sihat, sudah sakit baru insaf dan mula nak jage kesihatan, tapi mase tu dah terlambat. Tapi walaubagaimanapun, ikhtiar lah untuk mendapat kesihatan yang baik. Selagi kita masih bernyawa. Hargailah tubuh badan kita. 

Saye sangat percaya bahawa WE ARE WHAT WE EAT. 
lihatlah apa yang kita makan setiap hari........................ 


cek balik kualiti dan kuantiti makanan harian kita. Menepati piramid makanan tak? Mungkin r orang cakap benda ni remeh la.. tapi tidak bagi saye. Jangan sesekali pandang ringan terhadap piramid makanan. 

Secara ringkasnya, setiap hari makanan kita mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan lain2 sebab kita makan nasi, ayam, ikan, minyak, sayur dan buah. Kualiti makanan kita bergantung kepada kuantiti makanan yang kita ambil. Untuk mencapai diet yang seimbang, kuantiti makanan mesti mengikut piramid makanan. 

Karbohidrat yang kita makan ( nasi, roti dll ) akan ditukar kepada tenaga dalam badan kita, kita menggunakan tenaga untuk segala proses seharian seperti bergerak, berfikir, bernafas, dll. Tetapi, lemak tidak digunakan sepenuhnya di dalam badan, lemak akan disimpan di bawah permukaan kulit kita. lemak inilah yang dipanggil 'Adipose tissue' yang menyebabkan kita nampak gemuk. Lemak ni hanya akan ditukar kepada tenaga jika karbohidrat sudah habis di dalam badan, contohnya ketika kita berpuasa. Sebab itulah kita digalakkan untuk berpuasa 2 kali seminggu iaitu hari isnin dan khamis, salah satu sebabnya adalah untuk kesihatan di samping ibadat pada Allah. 

Kalau kita tak senaman dan tak pula berpuasa, macam mane lemak dalam badan nak dikurangkan? Jadi, setiap hari kita hanya akan menambah lemak. Semakin hari semakin banyak adipose tissue underneath our skin. ( eh tetibe berkencek BI..hewhew ).  Sebab tu semakin hari badan makin gemuk. Bila badan banyak sangat lemak, maka akan timbullah pelbagai jenis penyakit seperti diebetes, darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang rosak, heart attack, strok dan macam2 lagi. Hal ini kerana lemak telah menyempitkan atau block terus salur darah kita, and trust me this situation is really dangerous. 

so.. ape yang saye nak tekan dalam entry ni adalah mencegah lebih baik daripada merawat. Lebih baik kita prepare jage kesihatan awal2 daripada kite prepare duit untuk buat pembedahan. Bila dah sakit, semua nikmat dunia hilang, makan kena berpantang, stress sebab tak boleh nak bersosial dengan masyarakat, sedih sebab terasa diri menjadi beban kepada yang menjaga di rumah dll. 

Salah satu daripada nafsu manusia adalah nafsu makan. Mukmin yang kuat adalah yang berjaya mengalahkan nafsunya. Makanan yang tak berkhasiat macam kek, pizza, air gas dll boleh je nak makan, tapi terlalu jarang, Jangan berlebihan sampai setiap hari makan sudah. 


Nauzubillah. saye tak nak SAYE dan AWAK sakit, jadi same2 lah kita jage kesihatan demi menjaga anugerah ALLAH yang sangat berharga ni. SAYE sedih kalau saye sakit and saye sedih kalau tengok orang di sekeliling saye sakit. Sebagai anak, isteri, ibu, sahabat, coursemates, roomates, same2 lah kita ingat mengingati antara satu sama lain. SAYA SAYANG KAMU SEMUA SEBAB KAMU SEMUA SAUDARA SAYA JUGA. 

sekian sahaja untuk entry kali ni.
senyuuummm sokmo dehhh =)))))
wassalam