:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Friday 22 February 2013

Sayur dan Buah yang berlainan warna untuk mengelak kanser


       السلام عليكم
          بسم الله الرحمن الرحيم

Ape khabar? sihat? =)
Hari ni aku just nak share satu info kepada anda2 semua info tentang makanan untuk mencegah kanser. 
Info ni aku dapat daripada Fakulti Perubatan Universiti malaya. 
Selamat membaca risalah ni dan selamat mengamalkan gaya hidup sihat.  


sekian sahaja.. 
senyuuummm sokmo. =) 

Monday 18 February 2013

Bukan kegagalan tapi percubaan


       السلام عليكم
          بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni iaitu 18/2/2013 bersamaan dengan hari isnin, bermulalah sem baru ya'ni sem 4 untuk course aku ni.. means ade 3 sem lagi untuk diredah sebelum tangan menggenggam erat segulung ijazah. 

Result final exam sem lepas pon dah keluar beberapa hari yang lalu. Bagi yang berjaya mendapat keputusan yang baik, tahniah saya ucapkan. Bagi yang mendapat keputusan yang kurang enak, tahniah juga saya ucapkan.

 Dan please jangan panggil 'keputusan yang kurang enak' itu adalah kegagalan. Panggillah ia percubaan. Jadi, kalau percubaan itu belum berjaya, keep on trying. And never give up. 

Sebab aku sangat percaya dengan pepatah Arab ni, iaitu "Man jadda wajada, wa man zaro'a hasoda", means siapa yang berusaha dia akan berjaya, dan siapa yang menanam dia akan dapat hasilnya. Kalau percubaan kita masih belum berjaya sem ni, bermaksud usaha kita masih belom cukup, so? Double or triple kan usaha tersebut. There's no shortcut to  success. 



Awal2 sem ni, sangat molek lah kalau kita muhasabah diri. Cuba cari kelemahan diri sendiri yang menyebabkan kita kurang berjaya. Perbaiki kelemahan tersebut. Yang penting, carilah tips2 berguna daripada orang yang sudah merasai kejayaan dalam hidup mereka, contohnya Prof Muhaya. Prof Muhaya adalah salah seorang ilmuan yang aku amat hormati. Setiap kali dengar ucapannya, aku rasa sangat positif. 

Orang kata, benda dah lepas usah dikenang, jadikan sebagai pengajaran. Sebab "There's no mistakes in our life, just lessons". and We walk forward, not backward. right? 
Dalam dunia ni tiada orang bodoh, hanya ada orang yang malas. I like this phrase. So, jangan sesekali kata diri sendiri or orang lain 'bodoh'. 

Orang yang berada di bawah, tak semestinya gagal dan orang yang berada di atas tak semestinya berjaya. 


Kejayaan sebenar adalah kejayaan di akhirat, kejayaan abadi yang diiktiraf oleh Allah. Dan kejayaan di dunia yang hanya diiktiraf oleh manusia cumalah sebagai ujian untuk menguji keimanan kita. Iaitu SIAPA kita selepas berjaya?? Adakah seorang yang bongkak dan sombong? Megah dan berbangga dengan kejayaan?

Allah berfirman :
" Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong ; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
( Surah Luqman : 18 )  

Allah juga nak uji SIAPA kita selepas gagal? Adakah seorang yang lemah, putus asa dan tidak redha? 

Allah berfirman :
" Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh ; dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan."
( Surah Luqman : 22 )

Kesimpulannya, jadilah orang yang bersyukur apabila mendapat ni'mat daripada Allah, dan redhalah dengan ketentuanNya apabila mendapat musibah. Sesungguhnya Allah itu Pencipta kita, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. =)

Sekian,
senyuummmm sokmo deh =))))))

by : Farhana Ruslan

Wednesday 6 February 2013

Hipokrit dengan siapa sebenarnya?


        السلام عليكم
          بسم الله الرحمن الرحيم


" Aku memang nak berubah... ", bisik hati kecil Wardah. 

" Tapi mungkin ini bukan masa yang sesuai... Habis tu bila? Bila masa yang sesuai tu? Kalau ajal datang menjemput sebelum masa yang sesuai itu sampai macam mana? Astaghfirullah. ",

" Erm,,,aku kena berubah sekarang. Secara perlahan-lahan pun dah ok asalkan aku istiqomah. Aku tahu aku tak boleh terima perubahan mendadak. Yang paling penting, niat berubah itu hanya kerana Allah, bukan untuk menarik perhatian sesiapa. Ya Allah, kuatkan hatiku untuk istiqomah dalam perubahanku!", Wardah berfikir sendiri.

Esoknya, Wardah memakai jubah, tudung bidang 50, dan stokin. Wardah bagaikan tak percaya bahawa insan yang berada di dalam cermin itu adalah dirinya. Nampak ayu dan sopan. Sejuk mata memandang. Betullah seindah perhiasan itu adalah wanita solehah. Memang indah! Tanpa disedari, mutiara jernih mengalir dari mata Wardah. Air mata keinsafan.

" Masya Allah. Subhanallah. Cantiknya pakaian yang ditetapkan syariat. Cantik pada mata Allah, maka cantiklah pada mata makhluknya. Alhamdulillah. Aku nak pakai macam ni selalu, Nak solat pon senang sebab pakaian ni dah menepati syarat. ", bisik hati Wardah sambil tersenyum sendiri. Matanya masih berair. Dia mula sedar akan indahnya Islam. Manisnya Iman.



Tiba-tiba ada suara yang menyentap hati Wardah, rasa seperti ditusuk sembilu. 

" Eh Wardah ke ni? Kenape tiba-tiba je pakai macam ni? Buang tabiat ke? Hurm, kau tak perlulah nak hipokrit, Wardah. Jadi diri sendiri je.", sampuk Tasnim.

Tasnim ialah teman sebilik Wardah. Wardah tak berkata apa-apa. 

" Ermm hipokritkah aku? Mungkin betul ape yang dikatakan Tasnim tu. Kalau aku tiba-tiba pakai macam ni, mesti ramai yang akan kata aku hipokrit la, perasan warak lah, control ayu lah. Aduss.", rungut Wardah dalam hatinya. 

" Allah. Banyaknya halangan untuk aku ke jalanMU. Syaitan durjana menghasutku untuk kembali menjadi rakannya. Tidak! aku mesti melawan. Syaitan sedang menghasutku.A'uzubillahiminash shaitonir rojim. Biar hipokrit di mata manusia asalkan aku ikhlas di mata Allah. Aku tak mampu untuk menutup mulut manusia. ", hati Wardah berbisik.

Wardah teringat ayat al-Quran yang bermaksud : 
Allah berfirman :
 " Dan jika kamu diganggu dengan godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
( Surah al-A'raf : 200 )

Sekali lagi Tasnim bersuara, " Buat apa pakai tutup aurat kalau perangai sama je macam dulu, macam orang yang tak tutup aurat. Perangai gila-gila kau tu tak sesuai dengan jubah tu. ".

" Tas! Aku nak berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai kawan, kau sepatutnya sokong aku. Bukan mematahkan semangat aku. Aku tak hipokrit, Tas. Aku memang masih diri aku yang dulu. Cuma aku bergerak selangkah untuk menjadi 'aku' yang lebih baik. Aku tak kesah apa orang nak kata. Biar aku hilang sesuatu kerana Allah, tapi jangan aku hilang Allah kerana sesuatu. " ujar Wardah tegas.

Tasnim terlopong mendengar hujah Wardah. 

" Aku bukan nak kutuk kau, Wardah. Tapi aku macam boleh tahu je niat kau yang sebenar. kau nak pakai macam ni sebab nak mengorat abang Amir tu kan? Hipokrit la tu namanya. hehe. ", kata Tasnim sambil ketawa kecil. 

Muka Wardah yang putih itu tiba-tiba bertukar menjadi merah. Malu. Tidak dinafikan bahawa daripada tahun pertama lagi Wardah menyimpan perasaan terhadap abang Amir. Wardah menyukainya dalam diam. Wardah amat mengagumi sikap abang Amir yang berkepimpinan tu. Dia sempurna di mata Wardah. Wardah memang sukakan abang Amir. Tapi, perubahan ini bukan kerana dia, Tapi kerana Allah. Ya Allah, jangan pesongkan niatku ini. 

" Tas, aku memang sukakan dia. tapi aku tak tahu sama ada dia tu jodoh aku atau tidak. Jadi aku tak pernah mengharap apa-apa daripada dia. Aku hanya minta pada Allah supaya jodohkan aku dengan lelaki yang soleh. Kalau inginkan suami yang soleh, maka solehahkan diri kita dahulu. In shaa Allah, wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Jadi, perubahan ini hanya kerana Allah. " kata Wardah. 

Tasnim tak menjawab apa-apa kali ni. Wardah menang dalam mempertahankan imannya.

" Alhamdulillah. Aku yakin pakaian ini akan menjaga diriku daripada fitnah manusia, dan pakaian ini juga akan menjaga tingkah laku aku. In shaa Allah.", Wardah berkata di dalam hati. 

Dalam diam, Wardah mendoakan sahabatnya, Tasnim supaya dia juga akan berubah. Amiin. Sesungguhnya kekerasan takkan pernah tewas dengan kelembutan. 

Allah berfirman :
 " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka. "
( Surah ar-Ra'd : 11 )





-----the end-----

coretan daripada: Farhana Ruslan

sekian terima kasih kerana sudi baca. Ni first time saye tulis cerita. So, mungkin tunggang langgang jugak. hehe.. ok, semoga mendapat manfaat. In shaa Allah.

Senyuuummm sokmo dehh ^__^