:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Wednesday 28 August 2013

Novel Cinta High Class

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah! 

Indahnya cinta tanpa noda. 

Indahnya bercinta berlandaskan syariat Islam. 

Indahnya cinta apabila tahu cara mengurus fitrah. 

Indahnya cinta jika sama2 bermujahadah. 

Indahnya cinta jika jauh daripada maksiat. 

Itulah kata2 yang dapat aku ucapkan apabila selesai membaca buku novel karya Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. farhan Hadi. Uniknya novel ini kerana ia adalah novelet tarbiah 2 dalam 1. Means, 2 cerita dalam 1 novel dan mempunyai 492 muka surat. 

Haa itu diaa novelnye.. siap ade bunga2 cinta lagi. hehe

Secara ringkas, novel ini menceritakan perjalanan hidup seorang yang soleh dan solehah sehinggalah mereka dijodohkan oleh Allah. Betullah firman Allah :

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

( Surah an-Nur : 26 ) 

Secara jujur, watak soleh dan solehah dalam novel ni hampir betul2 sempurna. Susah nak jumpa manusia yang betul2 perfect lebih2 lagi pada akhir zaman ni. Mungkin 1 dalam sejuta. Tapi kita jangan jadikan alasan mustahil itu untuk menyekat kemaraan kita untuk menjadi soleh dan solehah. 

Cuba renung kata2 ni 

Nampak tak.. kata2 ni la yang terpampang dalam bilik ak selama setahun. 
" Always Aim For The Moon, Even If You Miss, You Will Land Among the Stars "

Apa yang aku cuba nak katakan di sini adalah.. Kita kena " AIM " untuk jadi soleh dan solehah. Kena try jugak dengan cara menambah ilmu agama. Walaupun nanti kita takdelah sehebat seorang ulama', kita mungkin dapat jadi anak buah ulama'. Betul tak? 

Sama jugak macam kehidupan belajar kita, jangan takut untuk aim dapat 4 flat. Jangan jadikan alasan "tidak mampu " untuk menghalang matlamat kita. Kalau kita aim untuk dapat 4 flat, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkannya. Dan walaupun x dapat 4 flat pun at the end tu, kita akan dapat hampir-hampir 4 flat. 

Macam tulah!

Haa itu diaa salah seorang idola aku. 

Nak taw apa yang Fatimah Syarha dan suaminya tulis dalam novel tu,, silalah beli. tak rugi bagi yang mencari cinta yang diredhai Allah. So sweet <3

okey.. Sekian sahaja bebelan pada hari ni. Semoga bermanfaat.

Senyuuumm sokmo deh =))))

Monday 26 August 2013

2 Kisah menarik

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni saya nak kongsi 2 kisah menarik yang berlaku dalam hidup Sultan Muhammad Al-Fateh. 

Kisah #1

Abu Ayub al-Ansari adalah sahabat Nabi Muhammad SAW dan beliau masih hidup ketika Sultan Beyazid memerintah di Turki. Ketika itu beliau berumur 81 tahun dan sudah uzur. Sultan beyazid dan tenteranya ingin pergi berperang untuk menakluk Kota Konstantinopel yang berada di Rom. Tiba2 Abu Ayub al-Ansari ingin menyertai peperangan tersebut. Ramai yang menentang kerana beliau sudah tua dan tak mampu untuk berperang malah dikhuatiri akan membebani tentera lain. Beliau tetap bertegas dengan pendiriannya dan menyatakan tujuannya untuk memburu syahid. Akhirnya mereka akur dengan keinginannya itu. 

Setelah perang bermula, Abu Ayub al-Ansari turut berperang untuk menawan Kota Konstantinopel itu. Pada waktu malam, perang dihentikan buat seketika dan pada malam tersebut Abu Ayub al-Ansari sakit tenat dan meninggal dunia. Sultan Beyazid menunaikan permintaan terakhir Abu Ayub al-Ansari untuk dikuburkan di tepi benteng Kota Konstantinopel. Sultan memberi amaran kepada Rom supaya tidak mengacau kubur sahabat Rasulullah SAW itu. 

Setelah beberapa bulan, Maharaja Rom berdegil dan ingin merosakkan kubur Abu Ayub al-Ansari. Dia menyuruh tentera menggali kubur beliau dan alangkah terkejutnya Maharaja Rom apabila mayat Abu Ayub al-Ansari masih sempurna walaupun dah ditanam berbulan-bulan lamanya. Kerana kagum, Maharaja Rom memindahkan kuburnya ke dalam kota dan kubur itu menjadi tempat memuja orang Rom kerana dipercayai mempunyai kuasa. 

Gambar hiasan

Selepas beberapa ratus tahun, Sultan Muhammad al-Fateh  berjaya menawan Kota Konstantinopel dan Baginda mencari semula kubur sahabat Nabi itu. Apabila digali semula, ternyata mayatnya masih sempurna seperti baru sahaja ditanam. Orang Turki yang bersama Baginda ketika itu bergilir-gilir mencium kaki Abu Ayub al-Ansari untuk mendapat berkat. Apabila tiba giliran Baginda Sultan, kaki itu mengelak beberapa kali kerana tidak mahu dicium oleh Baginda. Syeikh Bayram  iaitu seorang ulama' mengatakan bahawa Abu Ayub al-Ansari malu untuk dicium oleh Sultan. 

The end~~~ 
Menarikkan cerita sahabat nabi kita. Mengagumkan.. Ohsem..
Begitulah cara Allah SWT menunjukkan kekuasaannya untuk menguatkan iman di dada kita. Adakah kita berfikir? Renungkanlah.. 

Kisah #2

Kisah ini berlaku setelah Sultan Muhammad al-Fateh sudah berjaya menawan Kota Konstantinopel dan ditukar namanya menjadi Istanbul. 

Pada suatu malam, seperti biasa Baginda akan menjadi rakyat biasa dan berjalan di sekitar kota untuk melihat aktiviti rakyat. Ketika Baginda berjalan di tepi sebuah rumah, Baginda terdengar suara perempuan membaca al-Qur'an. Baginda tertarik dengan bacaan itu dan berhenti di situ lalu mendengar bacaan itu hingga selesai. Tiba2, Baginda terdengar perbualan antara perempuan itu dengan ibunya. .

" Ibu, air susu ini telah tumpah "

" Malangnya, kalau macam ni hasil jualan kita esok hanya sedikit sahaja. "

" Erm, tak apalah ibu. Kita redha jelah. "

" Haa apa kata kita tambah air ke dalam susu ini. Orang tak akan perasan. "

" Tak nak lah ibu. Sultan berpesan supaya kita jujur dalam jualbeli. Saya tak nak kita melakukan dosa. Biar hasil jualan itu sedikit tapi berkat di sisi Allah. "

" Baiklah nak. Ibu minta maaf. "

Baginda kagum dengan kejujuran perempuan tersebut. Esoknya, Baginda menjemput ibu dan anak itu ke istana. Baginda bertanya adakah anak perempuannya sudah berkahwin atau masih dara. Ibunya menjawab bahawa anaknya masih belum berkahwin lalu Baginda melamarnya untuk dijadikan isteri alang2 Baginda pun masih bujang. 

Gambar hiasan

The end~~~~
Mulia sungguh cara Baginda melamar gadis tersebut. Cara pertemuan mereka juga mulia. Kan?? Hebat sungguh peribadi Sultan Muhammad al-Fateh. Semoga keperibadian Baginda dicontohi oleh umat Islam masa kini. Amin,, 

okey. sudah siap coretan kali ini. Semoga bermanfaat. 
senyuummmm sokmo =))))


Tuesday 13 August 2013

Potret 1 Syawal 1434 H

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم


Keluarga tercinta <3 =)

Sunday 11 August 2013

Penakluk Konstantinopel

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, siap sudah saya baca sebuah novel sejarah karya Abdul Latip Talib yang berjudul Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel. Novel yang mempunyai 336 muka surat ini sememangnya mempunyai banyak pengajaran dan dapat meniup semangat jihad ke dalam diri anak muda. 


Inilah novel tersebut.

Saya akan berkongsi sedikit sebanyak cerita dan ilmu yang saya dapat daripada novel ini. Semoga Allah memberkati kita kerana menghayati perjuangan pahlawan Islam yang hebat ini. In shaa Allah. 

Secara ringkasnya, 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di komandonya adalah sebaik-baik pasukan. " 
(H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Ramai pejuang2 Islam yang tampil dan cuba menakluk Kota Konstantinopel untuk membuktikan kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW. Antara mereka adalah Saidina Ali, Muawiyah bin Abu Sufian, Sultan Sulaiman, Harun al-Rasyid, Sultan Beyazid, Sultan Sulaiman, Sultan Musa, Sultan Mehmed Halabi, dan akhir sekali Sultan Murad. Tapi usaha mereka menemui kegagalan. Percubaan ini berlaku selama lebih 800 tahun. 

Selepas itu lahirlah Sultan Muhammad iaitu anak Sultan Murad. Beliau dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan sejak berusia 5 tahun lagi. Ketika berusia 16 tahun, beliau menjadi pemangku Sultan bagi mengganti ayahandanya yang pergi bercuti ke Pulau Magnesia. Beliau dapat memerintah kerajaan Turki Usmaniah yang luas tanah jajahannya itu dengan baik walaupun masih muda. 

Setelah Sultan Murad mangkat ketika beliau berusia 19 tahun, Muhammad menjadi Sultan kepada Turki. Dia meneruskan perjuangan ayahandanya untuk menakluk Kota Konstantinopel yang berada di bawah Kerajaan Rom. Sultan Muhammad yakin bahawa dia dapat mengalahkan Maharaja Konstantine dan menakluk kota tersebut.

Ketika berusia 21 tahun, baginda berjaya menakluk Kota Konstantinopel setelah berperang selama 53 hari. Pada hari yang bersejarah itu, iaitu pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah, Baginda menukar nama Konstantinopel kepada Istanbul. Baginda juga digelar sebagai Al-Fateh yang bermaksud Sang Penakluk. 

Sultan Muhammad Al-Fateh mangkat ketika berusia 49 tahun akibat terminum racun. Pemerintahannya diteruskan oleh anaknya, Beyazid III. 

Begitulah kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Kalau nak tahu secara terperinci kenalah beli buku ni sendiri. Tak rugi pun membeli novel sejarah ni. Nanti boleh diceritakan pada anak cucu pula. >_< 

Terdapat beberapa sifat terpuji Sultan Muhammad Al-Fateh yang dapat kita ambil i'tibar ;

1. Baginda belajar ilmu agama dan ilmu peperangan bermula seawal 5 tahun. Jadi ajarlah anak kita seawal usia itu juga. 

2. Bagi Baginda, nikmat dunia adalah beribadat kepada Allah, bukannya harta, pangkat dan wanita. Oleh itu, rancangan Maharaja Konstantine ingin memperdaya Baginda gagal. 

3. Baginda sentiasa berdamping dengan ulama yang tinggi ilmunya iaitu Syeikh Bayram dan Syeikh Syamsudin al-Wali. Jadi, carilah sahabat yang tinggi ilmu agamanya. In shaa Allah kita akan berjaya di dunia dan akhirat. 

4. Baginda tidak suka dipuji. Baginya, puji-pujian hanyalah untuk Allah. Jadi, janganlah kita melakukan sesuatu kerana ingin dipuji oleh manusia. Niatlah kerana Allah. 

5. Baginda memberi hak bersuara kepada semua orang ketika mesyuarat tidak mengira pangkat dan keturunan. 

6. Baginda mencontohi sikap dan strategi peperangan Nabi Muhammad SAW. Baginda seorang yang pemaaf. 

7. Baginda memilih calon isteri yang solehah. 


Gambaran ketika peperangan. 


Sekian sahaja yang dapat saya coretkan dalam entri kali ini. Semoga beroleh kebaikan. In shaa Allah.

Senyuuum sokmo. =))))



Monday 5 August 2013

Sempatkah kita kembali kepada fitrah?

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

FITRAH.
Apa yang dimaksudkan dengan fitrah sebenarnya?
Fitrah adalah sifat batin semulajadi yang diberi oleh Allah sejak azali lagi. Sebagai manusia, kita juga mempunyai fitrah. Salah satunya adalah fitrah beragama. Semua orang memang sedang beragama, pernah beragama, dan akan beragama. Ini menunjukkan terbuktilah bahawa manusia memang tidak dapat lari daripada perasaan ingin beragama. 

Tapi anak muda sekarang sepertinya tidak beragama lagi? Macam mana pula tu? 
Cuba kita bandingkan antara orang muda dan orang tua. Orang muda selalu pergi shopping mall, lepak, clubbing, archade dan macam2 aktiviti hiburan lagi manakala orang tua selalu pergi masjid, mengaji al-Qur'an, dan sentiasa melakukan aktiviti untuk mendekatkan diri pada Allah SWT. 

Orang muda sebenarnya bukan telah hilang fitrah beragama tapi mereka lupa dan sedang enak dibuai nikmat duniawi yang bersifat sementara. Oleh kerana memegang kata2 'Muda hanya sekali, so kita enjoy duluuu', mereka jadi lalai dan tidak takut pada Allah. Mereka yakin bahawa mati hanya akan terjadi apabila umur mereka sudah lanjut dan itulah waktu yang sesuai untuk bertaubat. 

Bro!
Sis!
That is totally wrong!

Setiap hari ketika bangun dari tidur, kita tidak boleh yakin bahawa kita akan masih bernyawa sehingga malam. MELAINKAN Allah mengizinkannya. Jadi bersyukurlah jika kita sempat merasa umur tua. Kata Ustaz Azhar Idrus ; Orang yang paling bahagia adalah orang yang panjang umur dalam ketaatan pada Allah. 

Persoalannya, sempatkah kita kembali kepada fitrah?

Aku yakin bahawa sejahat mana pun seseorang itu, dia akan tetap kembali kepada Allah. Buktinya, Firaun yang memang terkenal dengan sifat kufurnya itu juga kembali beriman ketika hampir mati lemas dalam Laut Merah. Tapi apakan daya, dia sudah terlambat. 

Renungkanlah kembali kisah Firaun ini.

Dan Kami bawakan Bani Isra'il ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Fir'aun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Fir'aun hampir tenggelam berkatalah ia ( pada saat yang genting itu ) : "Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai Bani Isra'il, dan aku adalah dari orang2 yang berserah diri (menurut perintah)". 

( Surah Yunus : 90 )

(Allah berfirman) : "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang2 yang melakukan kerosakan?"

( Surah Yunus : 91 )

" Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Fir'aun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang2 yang dibelakangmu (supaya mereka mengambil i'tibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda2 kekuasaan Kami! ".

( Surah Yunus : 92 ) 

Sebab itulah mayat Fir'aun atau dikenali juga sebagai mumia masih lagi dapat dilihat dan dipamerkan untuk tontonan umat manusia. Jadi, adakah kita mengambil i'tibar? Ask ourselves.



Akhir kalam, sebelum terlambat, kembalilah!
Kembalilah kepada fitrah manusia. 
Ya'ni agama islam. 

Senyummm sokmo =))))