:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Saturday 28 April 2012

LELAKI idaman kalbu

assalamualaikum...



LELAKI IDAMAN saya adalah lelaki yang beriman
yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada ALLAH
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH

LELAKI IDAMAN saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh

LELAKI IDAMAN saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

LELAKI IDAMAN saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
yang hidup di bawah naungan al-Qur'an dan mencontohi sifat Rasulullah
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari  berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat ALLAH ke atasnya

LELAKI IDAMAN saya tidak pernah mensia-siakan waktu
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena kerana cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kesegaran
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

LELAKI IDAMAN saya sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

LELAKI IDAMAN saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
dan dia ingin membawa saya bersama





copy paste from fb... =)
beautiful words must be shared right.. >_<

Thursday 19 April 2012

KAMI SIASAT : bapuk

assalamualaikum wbt....

'Kecelaruan Identiti Dalam Kalangan Lelaki'
inilah tajuk yang menjadi pilihan kumpulan kami untuk subjek tamadun islam dan tamadun asia (TITAS)..
and smalam kami sudah pon selesai membentangkan hasil kerja kami... kumpulan terbaik lahh!

setelah mengkaji golongan bapuk ni... sedikit sebanyak kami telah tahu tentang dunia mereka.. di mana sebelum ini kami hanya memandang mereka sebelah mata shj.. tidak berminat pon nk amik taw pasai depa,,tup2 nk wt pasai bapuk,,,kena lah kaji jgk pasai depa.. bagos jgk..at least bole tahu ape sebenarnye y terjadi pada masyarakat kite skrg... memang ramai sgt lelaki y nk jadi pompuan skrg,,bilangan mereka semakin bertambah dr semasa ke semasa.. ak pon sedih tgk depa...terdetik kt hati nape lah depa x reti nk bersyukur dgn nikmat ALLAH.. tindakan mcm ni mnunjukkan bahawa golongan bapuk ni 'PROTES' atau x puas hati dgn ape y telah ALLAH tetapkan.. elok2 jadi laki nk tukar jd pompuan..



nape jdik lagu tuh?
ok,, sesetengah dr bapuk ni ckp mereka ni sbenarnye wanita..tp ntah mcm mane bole tersalah badan plak.. ((ehhee...logik nyeee)) ..ni sbb naluri wanita y tersangat kuat dlm diri mereka.. ok,ak percaya sesetengah mereka ni memang sjak dr kecik lg lembut sbb tersalah didikan drp ibu bapa..ni sbb ibu bapa mereka y terlalu inginkan ank perempuan.. tgk2,,mengandung ank lelaki,,so,, disebabkan terlalu frust,,depa layan ank lelaki depa mcm pompuan...pakai bj girl,,aksesori girl,,kwn pon dgn girl...so lame2 ank lelaki depa dh terbiase jadik gegirl.. maka dr situlah terbitnya seorang bapuk.. kt sini boleh nmpak la ibu bapa y bersalah sbb x bersyukur dgn rezeki y ALLAH tetapkan.. dh ank lelaki,,x bole la nk main tukar2 jdi pompuan lak..

sesetengah bapuk ni sebenarnya adalah lelaki sejati dan normal.. tp disebabkan terpengaruh..depa jadi bapuk.. ade jgk y jadi bapuk sbb frust putus cinta,,so,,die dh x percayakan golongan wanita lg n amik kputusan utk jadi bapuk.. " aku dh x pecaya kt girl !!,, bia la aku sendiri y jadi girl n aku nk couple ngan boy...huk3".... err..mcm tu la kot y die ckp mase putus cinta tu..huu..
ok,,putus cinta tu perkara biasa la bg remaja2 y suke bercinta,,sape suh bercinta..lain kali kawen terus.. kan dh frust n merana.. x pasai2 diri y rosak..

ok,tu antara sebab2 lelaki ni jadi bapuk...
biasanya golongan bapuk ni memang dipandang serong lah oleh masyarakat.. y tu x bole nk ckp apa la sbb stiap org ade pendapat masing2..ade fikir positif n ade fikir negatif... depend on how mature their level of thinking is...
aku pula x pndang serong pon kt bapuk ni,,, sbb aku x pandang depa langsong pon..hehe.. skrg sbb aku kaji pasai depa..ak pandang dgn kedua belah mate aku ok..
ape keja diorg ni untuk hidup?? sbb almost all of the bapuk ni sudah x diterima oleh ahli keluarga..so hilang tempat bergantung.. ada jgk y amik jalan mudah utk cari duit..iaitu dgn menjadi Public Relation Officer (PRO).. y ni keja layan pelanggan la.. jgn main2 ngan hasil pendapatan diorang.. mencecah rm1000 utk sehari taw..tp sedihnya duit tu HARAM ! makan duit haram,,darah daging haram..nauzubillah... hope diorg bole kembali ke pangkal jalan... tp sesetengah bapuk y bagus..diorang pndai cari rezeki dgn menjadi mak andam..berniaga brg kosmetik dan sebagainya.. kelass kau jah.. bagus la..at least duit tu ats usaha sendiri.. tp lagi bagos kalo bole jadi lelaki normal balik..huhu

golongan bapuk ni memang sgt ambil berat pasai appearance dorg.. dorg akn selalu keluar dgn mekap y setebal 2 inci kt muka..dgn baju y seksi.. skali tgk mmg mcm pompuan la.. suara je y boleh menkantoikan dorg ni laki sbenarnye.. utk kelihatan persis spt perempuan sejati..bapuk ni sanggup buat pembedahan menukar jantina.. tindakan dorg ni mmg sgt2 berani sbb pembedahan ni berisiko tinggi sbb boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal.. kalo mati mase wt pembedahan?? dah x sempat bertaubat... kesian.. slain tu,pembedahan ni jgk sgt mahal,,rm70000.. x heran la bapuk bole byr sbb pendapatan dorg pon seribu sehari.. mase y paling menyeksakan adalah beberapa bulan slepas wt pembedahan tukar jantina... nk buang air kecil pon sakit mcm nk putus nyawa... hermmm,,inilah pengorbanan golongan ini utk menjadi wanita... aduyai

kt mane leh jumpe bapuk ni? ok biasenya kt lorong haji taib.. kt chow kit n jalan bukit bintang... hati2 kalo pergi sini ye kawan2,, especially laki lah..sbb bapuk ni akn terus memujuk laki utk jadi pelanggan depa.. aku x penah pi pon sini.. never,, n x berminat pon nk p..

ok,,ape lg nk ckp pasai bapuk ni.. tkde dh kot.. kalu nk taw lebih lanjut..p interview depa terus... group kitorg memang ade interview seorang drp bapuk ni.. tp laki jelah y inteview.. girl siapkan folio..

untuk golongan bapuk di luar sana..
bukan kami x menyokong kegiatan anda.. tp ape y anda lakukan adalah salah.. lelaki berkelakuan seperti perempuan adalah haram dan berdosa besar.. apatah lagi y membuat pembedahan menukar jantina.. haram dan berdosa besar sbb mengubah ciptaan ALLAH.. walau ape pon alasan anda utk menjadi perempuan.. haram tetap haram.. no doubt! kalau dlm kes khunsa lain lah..sbb ade dua jantina..

" drp Ibn Anas r.a. berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita"
( Riwayat al-Bukhari)

maksud 'menyerupai' dalam kontes hadis di atas adalah termasuklah dari aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian, dan sebagainya. Ingat! apabila sesuatu larangan dalam nas itu disertai dengan laknat, maka hukumnya adalah berdosa besar dan fasik sehinggalah seseorang itu bertaubat nasuha.

wallahu'allam...
sekian..

terima kasih kdp ahli kump y telah same2 menjayakan penyiasatan terhadap golongan bapuk.. =)
legoo siap dh presentation.. alhamdulillah semua berjalan lancar..

senyumm sokmo ^____^




Tuesday 10 April 2012

::SEGMEN::APA NAK BUAT BILA JADI JUTAWAN???



http://garamitumasin.blogspot.com/2012/04/segmen-apa-nak-buat-bila-jadi-jutawan.html?spref=fb






1. pergi haji satu family

2. bagi sumbangan utk rumah2 kebajikan, pelajar, dan org sakit

3. hantar adik sambung belajar kat Uni al-Azhar, Mesir

4. bagi kat umi and abah

5. beli mini copper, harrier, and rumah banglo

6. duit lebih dijadikan modal untuk buat bisnes ---->> bukak restoran mknn halal

insyaALLAH.... ^__^
ameen ya Rabb....

Monday 9 April 2012

taubat hamba-MU

assalamualaikum wbt...


aku yakin setiap manusia pasti pernah melakukan dosa, kesilapan, dan kesalahan....walau hanya sekali atau berkali-kali... kita bukanlah seperti Rasulullah..
kerana Rasulullah maksum...walaupun Rasulullah itu maksum tp baginda berganda-ganda lebih byk melakukan ibadah drp kita....walaupun kita ini hanyalah hamba Allah..manusia biasa..tidak maksum...kita tidak pula bertungks lumus utk melakukan ibadat pada ALLAH...
kenapa?? adakah kita sombong pd ALLAH? rasa spt sudah byk beribadat walhal amalan kita langsung tidak dpt ditandingi dgn amalan Rasulullah dan para sahabat...
malah lebih teruk..kita sentiasa leka dan alpa dgn duniawi... leka mengejar harta dan pangkat... sepertinya ingin hidup 1000 tahun lg... padahal ajal bakal menjemput pd bila2 masa shj..mungkinkah bulan depan? atau mingu depan? atau esok? atau juga lepas ni????

dalam kita alpa mengejar dunia dan melakukan dosa...sedar atau tidak..keberkatan Illahi dlm hidup kita semakin hari semakin sedikit..
hari y cerah semakin hari semakin malap...
wajah y berseri semakin hari semakin kusam...
titik hitam pada hati juga semakin hari semakin byk....
sedar kah kita??
atau kita sengaja pura2 tidak sedar?
mungkin kerana seronok melakukan dosa..

" aaaahhh..takpelah! Allah tu kan maha Pengampun..hari ni wat dosa..esok2 taubatlah..."

mungkin ramai anak muda sekarang yang berfikiran sebegini...mungkin dia fikir orang tua bangka je yang akan mati...org2 muda enjoy dulu beb..
astaghfirullahalazim.... beristighfarlah kamu jika pernah terlintas di fikiran kamu ucapan seperti ini...



mati itu tidak mengira usia, pangkat, dan harta,,, bila masa untuk mati sudah tiba..malaikat maut yakni Izrail, sesaat pon tidak akan lambat mencabut nyawa kita.. kalau sudah tercatat kita akan mati pada hari esok jam 5:17:34...maka pada masa itu juga nyawa dicabut...
bukan ingin menakut-nakutkan org..tp ini adalah kebenaran... x perlu takut untuk mati kerana setiap yang bernyawa itu pasti akan merasa mati juga...cuma masanya cepat atau lambat... kata Ustaz Azhar Idrus..perkara yang paling lazat didunia adalah mati syahid...sehinggakan seorang sahabat nabi yang syahid dlm peperangan meminta utk hidup semula supaya dia boleh syahid utk kali kedua... masyaAllah... Subhanallah..

tika malaikat Izrail sudah ada di depan mate... jasad kita di ambang kematian... pd ketika itu,,pintu keampunan telah pun ditutup..,, penyesalan x berguna lg... mase tu barulah kita yakin bahawa Allah itu wujud dan Islam itu benar..sejurus selepas itu.. penyeksaan sebagai hukuman terhadap dosa2 kita yang lalu akan tiba... menjerit dan meraung lah kita meminta tolong,,siapa yang akn tolong kita.. umi?? abah?? kakak? abang? adik? kawan? kekasih? suami? isteri?... tiada sesiapa yang mampu menolongmu melainkan amalanmu di dunia...



setiap hari kita, sama ada baby, kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas, Datuk, Dato', Tan Sri, PM, menteri, ulama, tok imam, ustaz, sultan, raja... dan semuanya berkemungkinan besar untuk mati..
oleh itu..jangan kita cuba hampiri dosa..jika sudah terlanjur melakukan dosa...samada dosa kecil atau besar..segeralah bertaubat...taubat nasuha...insyaALLAH...kalu kita betul2 ikhlas. ALLAH akan menerima taubat kita..setelah itu janganlah kita ulangi dosa itu lagi..jadikan pengajaran dan pengalaman..
kerana pengalaman lah yang akan mematangkan kita..

that's why lah org2 islam wajib menuntut ilmu agama...fardu ain dan fardhu kifayah,,hukum-hakam dlm kehidupan supaya kita tidak terleka dan melakukan dosa...
dampingilah org2 alim utk memperoleh ilmu DAN
juga dampingilah org2 yang sesat utk membawa mereka kembali ke pangkal jalan..
ingat! setiap manusia adalah khalifah di muka Bumi...

setiap hari...
ketika bangun drp tidur bersyukurlah kerana ALLAH masih memberi peluang untuk kita hidup dan manfaatkanlah masa yang diberi oleh-NYA... dan
ketika hendak tidur bertaubatlah dan minta maaf pada semua org yang mungkin kita telah sakiti pada hari ini supaya kamu tidak menyesal walaupun malaikat maut dtg kepada kita pd malam ini...

wahai para sahabat..para muslimin dan muslimat...
mengalirnya air mata taubat di pipi menjadi penyelamat kamu daripada seksaan kubur dan api neraka..maka beruntunglah org2 yang mendapat hidayah daripada ALLAH SWT...



~~ there's NO mistake in life,,just lessons ~~

coretan ku ini sekadar peringatan buat diriku dan para sahabat sekalian...insyaALLAH
sekian wassalam
senyum sokmo  ^___^