:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Tuesday 31 July 2012

Tolak zina dan harta dunia

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmaanirrahimm..

Watak seorang pemuda penjual kapak selalu bermain di dalam kotak fikiranku. Wataknya yang membuat aku tersentuh dan insaf serta mengagumi keimanannya pada Allah yang Maha Penyayang. Mungkin di dunia akhir zaman ini, sudah terlalu susah untuk menjumpai seorang lelaki yang sanggup menolak zina dan harta kerana takutnya pada Allah swt..

ikuti kisahnya yang telah aku ringkaskan : ---



Pada suatu masa dahulu, ada seorang lelaki yang hidup dengan penuh kesederhanaan. Dia hanya berhijrah dari satu kampung ke kampung yang lain untuk menjual kapak. Oleh kerana wajahnya yang sangat tampan,, ramai wanita yang terpegun dan terpikat dengannya.

Suatu hari, pemuda penjual kapak itu sampai di sebuah perkampungan Israel. Seorang dayang telah terpegun melihat ketampanan pemuda itu lalu dayang itu memberitahu puterinya akan kedatangan pemuda tampan itu di kampung mereka.

macam ni la kot gambaran pemuda tampan tu.. hehe

Puteri Israel itu ingin melihat sendiri pemuda itu lalu menyuruh dayangnya mengajak pemuda itu ke rumahnya untuk membeli kapak. Apabila sampainya pemuda itu ke rumah puteri,, dia terus terpikat dengan ketampanan pemuda itu lalu puteri ingin memperdaya penjual kapak yang tampan itu.

Puteri membawa pemuda itu dari satu bilik ke satu bilik yang lain dengan alasan lebih senang untuk membeli dan menyimpan kapaknya, lalu pemuda itu hanya mengikut tanpa ada perasaan curiga pun, sehinggalah mereka sampai ke bilik puteri itu sendiri. Apabila mereka berdua telah berada di dalam bilik, tuan puteri mengunci pintu lalu menanggalkan pakaiannya satu persatu. Pemuda itu terkejut melihat tuan puteri yang tanpa seurat benang pon pada badannya. Ternyata puteri yang licik itu berniat jahat padanya iaitu ingin berzina dengannya.

Pemuda itu lalu berkata, " Wahai perempuan, pakailah kembali pakaianmu. "

" Tidak. Aku telah terpikat denganmu dan aku tidak dapat menahan nafsuku ini. " jawab Puteri Israel.

Dengan berani pemuda itu menjawab, " Sesungguhnya aku takut pada Allah. "

Puteri pula menjawab, " Kalau kamu tidak mahu berzina denganku, aku akan menjerit meminta tolong dan kau akan dituduh cuba memperkosaku. "

Pemuda itu tiada pilihan lain, dia berdoa kepada Allah supaya menyelamatkannya dari melakukan dosa zina.
Pemuda itu berkata, " Baiklah, aku akan menurut kemahuanmu tapi benarkanlah aku mengambil wudhuk terlebih dahulu. "

Puteri membenarkan pemuda itu mengambil wudhuk. Dia menyuruh dayangnya membawa pemuda itu mengambil wudhuk di tingkat yang paling atas iaitu tingkat 20 supaya pemuda itu tidak dapat melarikan diri.

Selepas mengambil wudhuk, pemuda itu berkata, " Aku lebih sanggup mati daripada melakukan zina. " Lalu dia terjun daripada tingkat 20. Dayang tidak sangka pemuda itu sanggup terjun, dayang terus memberitahu puterinya akan hal itu dan mereka menganggap pemuda itu telah mati.

Padahal ketika pemuda itu terjun, Allah telah mengarahkan malaikat memegang pemuda itu dan menurunkannya secara perlahan-lahan. Sampainya di tanah, pemuda itu terkejut kerana masih hidup lalu dia bersyukur pada Allah yang Maha Kuasa kerana telah menyelamatkannya.

Tetapi sekarang pemuda itu telah hilang mata pencariannya kerana kapak-kapaknya masih berada di rumah Puteri Israel lalu dia berdoa pada Allah supaya membantunya.

Kerana ketaqwaannya yang sanggup menolak zina kerana takut pada Allah, Allah telah membantunya dengan mengurniakan harta. Pemuda itu terkejut apabila seekor demi seekor belalang emas melompat masuk ke dalam poketnya hingga poketnya penuh.



Tiba2 ada suara yang membisik di telinga pemuda tampan itu. " harta itu adalah 1 daripada 15000 hartamu di akhirat sebagai pahala kepada perbuatan mulia yang telah kamu lakukan tadi. "

Pemuda itu berasa terkejut dan bersyukur tetapi dia berdoa kembali kepada Allah supaya menyimpan kembali hartanya itu kerana dia tidak mahu hartanya di akhirat berkurang. Dia memilih kaya di akhirat yang kekal daripada kaya di dunia yang sementara. Dia lebih rela hidup miskin di dunia.

Lalu pemuda itu menghabiskan sisa hidupnya dengan bersungguh-sungguh beribadat kepada Allah kerana dia ingin menambah hartanya di akhirat !

~~ THE END ~~

Subhanallah !
menarikkan cerita ni.. banyak pengajaran yang kita dapat..
Dua perbuatan mulia pemuda itu..
1. sanggup mati daripada melakukan dosa zina.
2. menolak harta dunia supaya harta akhirat tidak berkurang.

kalau kita la kan.. agak2 macam mane? mesti kita nak je terima harta tu sebab baru 1 drp 15000 je kowtt! Haaa..itulah istimewanya pemuda tersebut. Semoga kita dapat jadi sepertinya. Ameen~~ Yang pertama dah tahu iaitu belalang emas penuh poket... yang 14999 lagi tu ape la ek? MasyaAllah..Allah Maha Kaya..tak dapat kita imagine kan..
sangat best story ni,,walaupon dah lame aku bace,,sampai sekarang pon masih berlegar-legar dalam kepala..huhu.. sbb tu aku nk share ngn korang2 cume...

( cerita daripada buku "Dahsyatnya Taubat" )

oteyy,,suda letih tangan ini menaip.. =)) tapi puas hati dan bersyukur kerana berjaya berkongsi sesuatu yang bermanfaat saya kira.. InsyaAllah..

Assalamualaikum..
senyuuuummm sokmo deh ^__^

Friday 27 July 2012

Sweetnye Rasulullah s.a.w. bersama kanak-kanak

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahimm..

suka x baby? suka x kanak2?
suka kan..
sbb budak2 ni comel momel tomel lomel n so on..
dan jgk kiut miut tiut siut n so on..



tapi tak kurag jugak yang tak suka kanak2..
mungkin sbb serabut, rimas, bising n tak tahu la ape lagi sebab nye..
tak suka takpe lagi...
jangan sampai dera kanak2 dah..
ape la salah seorang anak kecil y belum lagi mumaiyiz..
belom tahu mane yang baik dan mane yang buruk..

tempoh menjadi seorang kanak2 adalah tempoh yang amat penting untuk membentuk peribadinya..
bab kata pepatah,, anak2 kecil ibarat kain putih,, ibu bapa lah y perlu mencorakkannya..
anak2 perlu dibelai,, dididik,,dan disayangi..
mendidik anak2 ade caranya.. tidak terlau dimanjakan.. dan tidak pula terlalu garang..



ok di sini,, sy bukan nk kongsi tips2 jage anak..
saye mane la ade pengalaman jage anak pon.. tak boleh nak kongsi..
>__<

sebenarnye saye nk kongi tentang ke'sweet'an Rasulullah s.a.w bersama kanak2..
macam mane kasihnya Rasulullah s.a.w. pada anak kecil..
berbuat baik pada kanak2 ni adalah sunah Baginda..

antara perbuatan Rasulullah s.a.w. melayan kanak2 adalah :

~ Rasulullah saw solat sambil mendukung cucunya,,
apabila sujud,,baginda meletakkan cucunya di tepi dan bile hendak kiam lagi..Baginda terus mengangkat cucunya itu.. ~

~ ketika Rasulullah saw sedang solat,,jika ada kanak2 yang menangis,,
Baginda akan mempercepatkan solatnya.. ~

~ Ketika sedang berkhutbah di atas mimbar,,
tibe2 Rasulullah saw ternampak cucunya iaitu Hasan dan Husain bermain di tepi mimbar..
Baginda terus turun dan mengambil anak kecil itu dan membawa mereka bersama di atas mimbar.. ~

~ Baginda selalu mendukung Hasan dan Husain,
seorang di bahu kanan dan seorang lagi di bahu kiri.. ~

~ Abu Hurairah r.a. bercerita, Nabi s.a.w. pernah mencium cucunya al-Hasan bin Ali r.anhuma dan ketika itu al-Aqra' bin Habis berada di hadapan Baginda. Kemudian al-Aqra' berkata :

" Saya mempunyai 10 orang anak tetapi tidak ada seorang pon yang pernah saya cium. "

Rasulullah s.a.w. menoleh ke arah al-Aqra' seraya bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang tidak mengasihani, tidak akan dikasihani. "
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim ) ~

~ Hasan dan Husain juga pernah hilang.. Rasulullah cemas bila mengetahui tentang kehilangan cucunya itu lalu  menyuruh sahabat2 nya turut mencari.. ketika sedang mencari mereka..Rasulullah terjumpa Hasan dan Husain sedang menggigil ketakutan sambil berpelukan..di hadapan mereka ade seekor ular besar y mengeluarkan api.. Baginda terus mengalih perhatian ular itu dan Hasan dan Husain dpt diselamatkan ~

terlalu banyak lagi kisah macam mane Baginda melayan kanak2..
saye hanya sampaikan beberapa sahaja..point penting je..

sbb mesej sebenar y saye nk utarakan dlm entry kali ini adalah perlunya kita mengasihi kanak2..
sedangkan Rasulullah pon mencintai kanak2.. apatah lagi kita,, sebagai umat Rasulullah s.a.w...
InsyaAllah..



ok lah.. stakat tu jela..
Assalamualaikum wbt..

senyummmm sokmo ^__^






Sunday 22 July 2012

rapatkan SAF,,eratkan UKHUWAH

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..

dah sejauh mane amalan kita untuk bulan Ramadhan setakat ni? tepuk dada tanye iman..
seeloknye di bulan mulia ni..kita kurangkan aktiviti harian dan perbanyakkan ibadat kpd Allah...

hari ni saye nk kongsi pasal saf..

bila pergi solat berjemaah di masjid,,kebanyakan para jemaah tidak merapatkan saf terutamanya kaum wanita.. saye rase sgt janggal bile kita solat berjemaah tapi solat di atas sajadah masing2.. seperti solat sendiri pulak.. padahal semua solat mengikut imam walaupun dalam keadaan jarak2 dan tidak tersentuh bahu.. keadaan macam ni kerap berlaku di Malaysia tak kira lelaki atau perempuan..

bagi saya, merapatkan saf ini adalah simbol penyatuan dan kegagahan umat Islam..ia menunjukkan ukhuwah umat Islam yang erat! dan menunjukkan bahawa kita semua saudara yang saling prihatin kpd satu sama lain.. kalau kita tengok pon, jemaah yang ramai yang solat dalam keadaan saf yang tersusun dan rapat2 nampak sungguh hebat, gagah, dan disiplin.. contohnya ketika solat jemaah di Masjidil Haram di Mekah.. rase bangga bile lihat para jemaah yang begitu ramai solat dgn begitu disiplin dan khusyuk,, dan saya pasti non-Muslim pon akan merasa umat Islam ini hebat bile lihat keadaan yang macam ni..


potrait lukisan Illahi yang sungguh menakjubkan.. hope to be there one day! i will..InsyaAllah

rapat yang dikatakan ni bukanlah bermaksud terlalu rapat..ia sekadar tersentuh bahu.. untuk lelaki perlu ditambah satu lagi iaitu tersentuh kaki..
sesetengah orang yang tak merapatkan saf mungkin kerana 2 faktor..
1. kerana jahil
2. kerana ego - mungkin ingin space yang luas untuk solat atau tidak mahu dekat dgn org sebelah yang berbau..
keegoan yang tinggi menandakan hati yang telah rosak, ego hingga dalam solat pon masih berkira-kira..padahal solat itu untuk Allah...
(( makruh org yang berbau pergi solat jemaah kerana akan mengganggu jemaah lain.. that's why Islam menyuruh kaum lelaki untuk memakai pakaian yang bersih dan memakai wangian ketika solat terutama solat jemaah ))

saf yang salah

saf yang betul

nampak kan perbezaannya...

kajian saintifik pon telah membuktikan kelebihan solat berjemaah..bahu2 dan tapak kaki yang bersentuh dpt menyebabkan berlakunya pertukaran cas seterusnya dpt menyeimbangkan cas di dalam badan kita.. so, badan akan lebih sihat dan cergas.. bacaan lanjut untuk kelebihan merapatkan saf ade di http://mohdazri.blogspot.com/2008/07/fakta-sains-solat-jemaah.html


da bace? menakjubkan dan menarik kan?
sesungguhnya Allah yang mencipta kita.. Dia Maha Mengetahui akan ciptaanNya.. jadi yakinlah setiap yang Allah suruh ade kebaikannya dan ape yang Allah larang ada mudaratnya.. Subhanallah.. beruntunglah hamba yang mengikut suruhan Allah.. be the one of them ok,, JOm  =)))

sedikit nasihat drp Ustaz Don tentang saf :

sepatotnye sebelum solat, Imam memainkan peranan penting untuk memastikan saf rapat di setiap penjuru dan sudut..bukan hanya sekadar berkata "rapatkan saf,,,betulkan saf" sahaja.. lebih baik Imam sendiri yang memastikan saf jemaahnya betul2 dlm keadaan tersusun dan kemas..atau yang lebih baik Imam berjalan di setiap saf untuk pastikan saf betul2 rapat..dan tersentuh bahu dan kaki..

sahabat Rasulullah..
ketika beliau menjadi Imam, dia mengambil sedikit mase untuk memastikan saf betul dan rapat dengan berjalan di setiap saf sambil mengheret pedangnya di belakang tumit para jemaah nya..
hebatkan??
kita kena contohi sahabat nabi dan jangan memandang remeh hal ini..

Alahamdulillah,,semasa di sekolah naim dulu,, kami memang diajar untuk merapatkan saf.. setiap ruang kosong akan dipenuhi dan bahu2 kami memang tersentuh.. ketika solat pon, kita boleh bergerak untuk merapatkan saf.. ini menunjukkan bahawa saf ini sgt penting dalam solat jemaah..
terima kasih kpd Murabbi2 yang hebat yang telah mendidik kami..

jka kita salah seorang drp jemaah yang tidak suka merapatkan saf atau belum tahu akan hal ini,, berubahlah dan jom UP kan solat jemaah kita dgn merapatkan saf.. InsyaAllah..

ok,, sekian terima kasih
assalamualaikum wbt
senyuummmmm sokmo deh! >__<


Friday 20 July 2012

1 Ramadhan..

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim..

1 Ramadhan telah bermula... dah set ke target2 yang ingin dicapai pada bulan yang mulia ni? semoga berjaya ...harap2 Ramadhan kali ini lebih baik drp Ramadhan yang lepas ye..JOM same2 upgrade IMAN kita...InsyaAllah..

Alhamdulillah semalam kami sekeluarga telah mengadakan majlis membaca Yasin di rumah... majlis berjalan lancar dan ramai yang datang untuk memeriahkan majlis ni.. mcm biasalah kalau nak buat ape2 majlis..kami sekeluarga masak sendiri..gotong royong beramai-ramai.. rasa happy sgt walaupun letih... ade yang membakar ayam,,memasak daging gulai...buat air oren,,kemas rumah,,basuh pinggan.. n mcm2 lagi.. takde la rasa penat sgt sbb semua kerja dibuat ramai2,, sama gembira sama penat.. =)))

Alhamdulillah kami masak memang cukup2 dengan tetamu yang datang.. so,,takdela yang membazir kan..

yang menyayat hatinye.. kawan2 umi aku yang x pernah knl aku tanye... "yang ni tingkatan brape ye?'' aku------->> eh tak makcik,saye blaja kt UM..hehe....
" ooo yeke,,nampak macam sama besar je semua "
ok,, tahulah ak kecik...  haha.. ataupun adik2 aku yang terlebih besar ( tak nak mengaku )
ermmm,,takdela menyayat hati pon sebenarnye..sajeje..rasa nk tergelak ade la.. btw,, happy jgk dapat2 kenal ngan semua kawan2 umi aku semalam..
almaklum lah...aku jarang balik rumah..n kalo balik pon,, jarang bebenor keluar..

yang betol2 menyayat hati sebenarnye..............................
kucingku, che putih telah meninggal tadi... =(((
sedih sgt.. walaupun aku tak suka sgt pegang kucing sbb bulu die mudah gugur..
tapi aku sayang kt che putih sbb die dh lame ngan keluarga kami..
dah lame die sakit.. x lalu makan,,,so badan die jadi kurus tak bermaya..
semalam die naik atas rumah..meninjau persekitaran rumah,,pastu tgk semua org.. itu tanda die nak mati kot... dah sampai ajal.. redha jela..

ok,takpelah.. yang dah pergi jangan dikenang....huhu

oh yaa,, semalam pergi terawih kan.. kami sekeluarga sampai lambat kt masjid sbb baru lepas buat majlis kan..so,kelam kabut...
terpaksa la duk kt beranda masjid..
amboi bising bukan main lagi budak2....susah aku nk khusyuk..
macam biasa la budak2 laki..time solat..kalo tok imam sebut amin.. bukan main kuat lagi dorg sebut "AAAAMMIIINNNNNN "
macam bertanding sape paling kuat plak.. sabo je aku  +__+
lepas tu,, mase solat... main batuk sabung menyabung plak..alahai..
bunyi ehemmm3 sahut menyahut...
sabo je aku..
tp nasib baik la..lepas kena marah kt pakcik mane ntah.. dorg balik.. lega aku.. XD padan muka beliau2 tersebut

sajeje tulis story sbb tataw nk update ape...almaklumlah sejak kebelakangan ni sangat lah busy.. huu

di kesempatan ini.. patik nak memohon seribu kemaafan jika ade yang tersinggung perasaan selama mengenali patik.. patik ni pon manusia.. kadang 2 ade membuat kesilapan tanpa sedar.. takpe2,,kalo patik ade buat salah..tegur je patik..sbb patik ni suka memberi nasihat dan juga suka menerima nasihat.. tp tegur scra private lah.. =))

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN INI..
selamat beramal  ^__^



Assalamualaikum wbt
senyummmm sokmo...


Tuesday 17 July 2012

Jom upgrade wudhuk

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim..



'' Apabila seorang hamba yang beriman berwudhuk, lalu dia berkumur, gugurlah segala dosa daripada mulutnya. "
( Hadis riwayat Abdullah bin al-Shunabihiy r.a. )

Kita rasa bahawa wudhuk ini perkara senang, lalu kita tidak meneliti bahawa adakah wudhuk kita sebenarnya telah sempurna?
mengambil wudhuk dengan sempurna adalah dengan mengikut cara Rasulullah SAW berwudhuk..

diriwayatkan bahawa Uthman r.a. mendengar Rasulullah bersabda :
" Seiapa yang berwudhuk dengan sempurna, kemudian bersolat, pasti diampunkan segala dosa yang dilakukannya di antara ( solat tersebut ) dan solat yang berikutnya, sehingga dia mendirikannya. "
( Riwayat al-Nasa'i )

Wudhuk yang sempurna senbenarnya dapat menghapus dosa dan membersihkan rohani dan jasmani... jadi bagaimana caranya wudhu' yang sempurna? Saya akan kongsikan cara2 nya hasil daripada pemerhatian saya dalam demo berwudhuk TV alhijrah semalam.. dan yang menakjubkan Alhamdulillah selepas saya sendiri yang mengamalkannya.. dapat rase perbezaan yang amat ketara dalam jiwa.. suatu perasaan yang sukar untuk diluahkan dengan kata2... iaitu perasaan tenang yang lebih tenang drp biase dan solat yang lebih khusyu'..

Rukun wudhuk ade 6 iaitu niat, basuh muka, basuh tangan hingga ke siku, sapu kepala, basuh kaki, dan tertib.. simple kan? tapi perlu dilakukan dengan sempurna supaya wudhuk itu sah..

Jom baca kaedah wudhuk yang sempurna :



sebelum berwudhuk,, sunat untuk bersiwak, mengadap kiblat, membaca Basmalah, dan membuka air secara perlahan.

1. sunat : membasuh pergelangan tangan
- selat jari2 dan kuku

2. sunat : berkumur
- bukan sekadar memasukkan air ke dalam mulut dan buang.. perlu berkumur dengan kuat supaya keseluruhan mulut dapat dibersihkan.

3. sunat : Istinsyaq iaitu memasukkan air ke dalam hidung
- masukkan air ke dalam hidung dengan menggunakan tangan kanan dan megeluarkan air itu dengan tangan kiri.

4. rukun : basuh muka serentak dengan niat
- perlu membasuh seluruh muka dengan mengalirkan air daripada atas dahi ( tempat tumbuh rambut ) hingga ke bawah dagu, dari anak telinga kanan hingga anak telinga kiri.. semua rambut termasuklah side burn, janggut, misai, dan bulu kening perlu diselat supaya air terkena pada kulit.
- makruh untuk menepuk-nepuk muka dengan air.
- niat untuk mengangkat hadas kecil jika diri dalam keadaan berhadas tapi jika sekdar ingin memperbaharui wudhuk sedangkan wudhuk yang awal masih belum batal, hanya niat untuk berwudhuk iaitu "nawaitul wudhu'a"

5. rukun : basuh tangan daripada hujung jari hingga ke atas siku.
- selat jari2 dan kuku..pastikan air kena pada semua tempat termasuk bahagian atas siku.

6. rukun : menyapu sebahagian kepala
- letak ibu jari di antara mata dan atas telinga, manakala jari2 yang lain menyapu keseluruhan kepala daripada atas dahi hingga ke belakang tengkuk. ( juga memadai hanya sebahagian kepala ATAU hanya basuh beberapa helai rambut yang ada dlm kawasan kepala )

7. sunat : menyapu telinga
- masukkan jari telunjuk di dalam telinga dan bersihkan bahagian dalam telinga manakala ibu jari diletakkan di belakang telinga dan digerakkan daripada bawah telinga hingga ke atas.
- selepas basuhan yang ke-3, masukkan jari kelingking ke dalam lubang telinga.

8. rukun : basuh kedua-dua kaki
- jari kaki mestilah lebih diteliti daripada jari tangan kerana ruang di antara jari kaki lebih sempit. pastikan membasuh tumit.
- basuh kaki hingga ke tengah betis.

9. rukun : tertib

selepas berwudhuk.. dalam keadaan masih mengadap kiblat, Rasulullah mengangkat tangan sehingga menampakkan ketiaknya lalu berdoa. ( doa selepas wudhuk )

dengan cara ini maka sempurnalah wudhuk kita mengikut cara Rasulullah SAW.

InsyaAllah lebih tenang dan lebih khusyuk dalam solat..

sekian entry pada kali ini..
walaupun sebahagian besar sudah tahu cara berwudhuk tapi bolehlah upgrade wudhuk itu dengan mengikut cara Rasulullah berwudhuk =)



wassalam..
senyumm sokmo ^__^

Monday 16 July 2012

Bertuahnya Khadam Rasulullah SAW

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...

Khadam sama maksud dgn orang gaji, orang suruhan, driver, tukang kebun, tukang masak, pengasuh, hamba, bibit, amah...dan yang sewaktu dengannya....



jika dilihat di zaman globalisasi ni.. terlalu susah untuk menemui seorang majikan yang memuliakan khadamnya..yang mengasihani dan sentiasa membuat kebaikan terhadap khadamnya..
biasenya..kita sering mendengar dan melihat,, kebanyakan khadam dilayan dengan buruk dan hina oleh majikannya..nilai2 murni tidak diamal kepada khadamnya hanya kerana manusia itu berstatus khadam..

Majikan seperti ini sebenarnya sebenarnya lupa untuk menilai khadamnya pada hatinya.. keikhlasannya bekerja kerana Allah demi untuk menyara keluarga.. majikan ini lupa akan ketekunannya bekerja dan beribadah.. majikan ini lupa bahawasanya khadam ini juga seorang manusia... mempunyai 2 telinga. 2 mata, 2 tangan dan kaki. 1 hidung dan 1 mulut.. sama sahaja dengan majikannya..
tapi hanya 1 yang berbeza !
hati mereka berbeza.. hati majikan yang bongkak jauh berbeza dgn hati khadam yang rendah diri.. walaupun khadam dimuliakan oleh MANUSIA di dunia..siapa tahu di akhirat nanti khadamnya dimuliakan oleh ALLAH..

kite kena igt..
kaya didunia tak semestinya kaya di akhirat.. kerana sumber harta di akhirat adalah amalan kita di dunia.. siapa tahu di akhirat nanti khadamnya jauh lebih kaya berbanding majikannya... harta yang bertimbun di dunia.. lepas mati satu sen pon tak boleh bawa masuk kubur.. harta tu akan diwariskan pd saudara2 juga kan..

saya pantang betul melihat seorang khadam yang dipukul atau dimaki hamun hanya kerana melakukan kesalahan yang kecil...
contohnya dalam situasi di bawah :
~ seorang khadam yang secara tak sengaja memecahkan tembikar mahal milik majikannya...terus, majikan itu memaki hamun dengan mengatakan duit gaji untuk setahun pon khadam tu takkan mampu bayar balik harga tembikar itu...lalu khadam tadi dipecat,, hanya kerana tembikar, si khadam hilang mata pencarian ~

sebagai seorang manusia.. sesiapa pon takkan sunyi drp melakukan kesilapan drp orang yang mempunyai sebesar-besar darjat hinggalah sekecil-kecil darjat.. sedangkan ALLAH pon sudi memaafkan hambaNYA.. siapa kita yang tak mahu memaafkan orang lain??

ok, balik kepada tajuk asal......
kenapa saya kata khadam Rasulullah bertuah? hayati kisahnya...........

seorang khadam Rasulullah telah terselak kainnya ketika bekerja untuk Rasulullah..lalu  menampakkan betisnya yang kecil.. para sahabat Rasulullah ketawa melihat kejadian itu,, Baginda bertanya " kenapa kamu ketawa ? " para sahabat menjawab " betisnya terlalu kecil "
" betisnya itu lebih besar daripada Bukit Uhud di sisi Allah " jawab Baginda.. 
Rasulullah tidak suka orang mngetawakan khadamnya... 

selain itu,,

Khadam Rasulullah selalu diberi ilmu oleh Baginda... sehingga khadamnya menjadi seorang ulama yang terkenal.. 

next,

seorang bertanya kpd Rasulullah tentang khadamnya.. " berapa kalikah aku perlu memaafkan hambaku? "
baginda menjawab " 70 kali dalam masa sehari" 

MasyaAllah,, begitu sekali Rasulullah memuliakan seorang khadam,,  
bertuanya khadam seorang nabi Muhammad saw..



sekarang, manusia lebih suka memandang hina seorang khadam.. Allah telah menetapkan takdir dia menjadi khadam..dan dia redha.. walaupun ketika kecil dulu dia bercita-cita utk menjadi seorang doktor atau peguam.. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.. 

cuba bayangkan kita sendiri berada di tempat si khadam itu.. adakah kita mahu dicaci, dihina, dimaki, atau dipukul? 
tentu sekali tidak! 
jadi hormatilah khadam mu seperti mana kamu mahu dihormati.. 

sekian wassalam
senyuummm sokmo ^__^ 


Thursday 12 July 2012

Kit Pengesan Babi

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim,,,,

kali ni nk cakap pasal isu yang sgt penting yakni berkaitan isu HALAL...
kita tahu bahawa mencari yang halal itu fardhu bagi setiap org Islam..
oleh itu.. pelbagai usaha perlu dilakukan utk melaksanakan fardhu ini..
Alhamdulillah,,, yang terbaru kini di Malaysia adalah Kit Pengesan Babi..

 Alat yang kecil, ringan. murah dan mudah dibawa kemana-mana sahaja ini dicipta khas untuk mengesan kehadiran DNA babi di dalam makanan,, ia sangat sensitif sehingga dapat mengesan walau 0.1% kehadiran DNA babi di dalam makanan..

kalau sebelum ini,,kita memerlukan alat2 teknologi yang canggih yang hanya ada di makmal untuk menguji kandungan DNA babi di dalam makanan..tetapi kini orang yang tak pernah belajar kimia pon boleh menggunakan alat ini tanpa perlu menjalankan eksperimen yang rumit..

yang paling best.. alat ini hanya berharga RM10 sahaja.. mampu dimiliki oleh sesiapa shj.. jadi.. belilah segera!!!  ( ermm ada bakat promoter jgk aku ni =P )

steps untuk guna benda ni pon sgt mudah..
1. bawa Kit Pengesan Babi ke restoran yang anda ingin beli makanan
2. masukkan sedikit air ke dalam botol Kit Pengesan Babi
3. pastu masukkan cebisan makanan anda ke dalam botol itu
4. goncang botol tersebut
5. ambil penguji yang disediakan dan masukkan ke dalam botol
6. tunggu dalam 10-15 minit untuk dapatkan result
7. slepas itu,, lihat penguji tersebut,,jika ada 2 jalur merah yang terpalit pada penguji itu,, maknanya ada DNA babi di dalam makanan tersebut... 
8. apa lagi,, buang la makanan itu.. hehehe

sekarang,, disebabkan alat ini masih baru.. pengedar diperlukan untuk edar alat ini.. 

Stokis & Ejen diperlukan di seluruh negara.

Assalamualaikum Tuan/ Puan

Kami ingin mengajak sama-sama menjana pendapatan,menunaikan fardhu kifayah sebagai Stokis & Ejen Kit Pengesan Babi (dalam makanan) !!

Hubungi kami di talian 03-8925 7919 / 03-8912 7919 atau emelkan ke halalkit@iftitah.com.my

Hubungi talian/ sms mobil kami di 019-2266 210

( copy paste drp fb halalkit di http://www.facebook.com/halal.kit )

ni gambar2 mase demo alat ini..





disebabkan alat ini masih baru.. saya hanya nak tolong promote je.. rase bertanggungjawab sbg seorang Islam utk menyampaikan pd y belom tahu..

sekarang isu halal sgt dititikberat di Malaysia..Alhamdulilah.. mana2 agensi yang menggunakan cop halal selain drp cop halal JAKIM akan didenda..
untuk pertubuhan..denda akan dikenakan tidak lebih 5 juta untuk kesalahan kali pertama dan 10 juta untuk kali kedua..
manakala untuk individu..denda akan dikenakan sebanayak 1 juta serta penjara untuk kesalahan kali pertama dan 5 juta dan penjara untuk kali kedua..

sebagai umat Islam kita tidak boleh memandang remeh tentang isu halal kerana makan makanan haram akan menjejaskan kesihatan dan ibadah kita.. maka dengan itu..sama2 lah kita mencari yang halal.. =)))



sebenarnya tercetus untuk tulis di blog tentang Kit Pengesan Babi ni setelah tgk EJEN HALAL di TValhijrah tadi.. info ni sgt berguna utk umat Islam.. terima kasih ejen halal.. ALHAMDULILLAH..

semoga mendapat kebaikan drp info ini..
ok Assalamualaikum
senyum sokmo deh ^__^

Wednesday 11 July 2012

sahabatku sahabat selamanya

assalamualaikum..
bismillahirrahmanirrahim...

ma ma'na sodiqati au sohabati?
apa mksd sahabat?
bagiku.. mksdnya adalah seseorang yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.. yang menjaga aib dan rahsia kita.. dan juga sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan di dunia dan akhirat..
hal ini kerana ketidaksanggupannya melihat sahabat sendiri berdosa..
kwn baik akan sentiasa bersedia dan prihatin akan sahabatnya.. baik sahabatnya dipuji dan buruk sahabatnya ditegur dlm keadaan private..
hal ini kerana dalam memberi teguran pon.. mestilah bukan di khalayak ramai.. spy sahabat itu tidak tersinggung krn malu..

menjaga hati sahabat adalah tanggungjawab kita.. kerana kita sendiri ingin dijaga hati oleh sahabat kita juga kan.. so, janganlah lakukan pd org lain perkara yang kita sendiri tak mahu berlaku pd kita..

semua orang boleh bergelar kawan...tp x semua boleh digelar sahabat sejati.. sbb itu sahabat sejati susah dicari..
kata Ustaz Pahrol bin Juoi.. JADILAH KAWAN..BUKAN CARILAH KAWAN.. maksudnya kita perlu menjadikan diri kita layak digelar kawan terlebih dahulu seperti mempunya sifat amanah, jujur, mematuhi janji, setia dll.. dgn ini, secara otomatik org lain akan suka berkawan dgn kita..
so, adakah kita layak digelar kawan y sebenar? tanyelah diri sendiri...

demikian hal yang sering terjadi dlm persahabatan...

bergaduh?

dalam persahabatan..
kemungkinan besar kdg2 akan berlaku perselisihan faham.. itu adalah perkara biasa.. dimana cara meng'handle' perkara ini akan menampakkan sejauh mana kematangan diri kita dlm menjalin hubungan persahabatan..
hal selisih faham adalah perkara kecil yang boleh diselesaikan dgn cara musyawarah.. berbincanglah.. dlm perbincangan tersebut.. MENDENGAR adalah perkara penting.. dengarlah keluhan sahabat.. beri pendapat y wajar dan adil.. krn kita manusia.. tak perfect,, pasti akan melakukan kesalahan sama ada secara sedar atau tidak.. sahabat lah y akan menarik tangan kita jika kita terjatuh drp landasan yang benar.. itu fungsinya sahabat.. igt.. satu jari menuding pd org lain,,4 lagi jari menuding pd diri sendiri..

iri hati?

iri hati atau jeles pon sering berlaku dlm persahabatan..
jeles sebenarnye ade 2 kategori sama ada jeles sihat atau jeles tidak sihat.. jeles sihat ini adalah memandang kejayaan sahabat dgn mengambil iktibar daripadanya tanpa menyinggung perasaan sahabat.. kejayaan sahabat menjadi pencetus semangat utk meraih kejayaan bersama..
jeles yang tidak sihat pula adalah dengan melihat sudut negatif pd kejayaan sahabatnya.. kejayaan org lain menyebabkan dia tidak mahu lagi berkongsi ape2 ilmu dgn sahabatnya supaya sahabatnya itu tidak dpt markah y lebih tinggi daripadanya.. malah membuat muka x puas hati apabila melihat kejayaan sahabat sehingga menyinggung perasaan sahabat..
sebenarnya kejayaan itu adalah rezeki drp ALLAH.. tidak perlu jeles.. bersyukur dan berusahalah lagi.. rezeki ALLAH itu sgt luas..

tersinggung tp dipendam?

sesetengah sahabat lebih suka memendam perasaan tersinggung pd sahabatnya demi utk menjaga hati.. hal ini baik jg kerana menunjukkan sifat sabar y ada pada diri.. tp kalau terlalu dipendam smpai bengkak.. bersuaralah.. mksdnya luahkanlah ape y terpendam,,

perkara seperti cemburu, ego, pentingkan diri, berburuk sangka, susah diajak berbincang, sukar mnerima pendapat org lain adalah perkara y akan berlaku jika persahabatan dijalin bukan krn ALLAH..
persahabatn y terjalin krn ALLAH akan menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya sendiri malah ada y lebih drp diri sendiri..

seseorang yang bergelar sahabat..
tidak sanggup melihat kesedihan sahabatnya malah akan berganda lebih sedih drp sahabatnya..
sentiasa menyebut nama sahabatnya dlm doanya supaya sama2 berjaya didunia dan akhirat..
berusaha membantu dlm menyelesaikan masalahnya setakat termampu..
menunjukkan wajah gembira walau pon sebenarnya dlm keadaan sedih semata-mata tidak mahu melihat sahabatnya sedih..

kawan dtg dan pergi tetapi sahabat bersama selamanya.. insyaALLAH



love your friendship..
jadilah seperti tom&jerry.. walaupon selalu bergadoh tp tetap bersama =))  
k wassalam.. senyum sokmo ^__^