:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Friday 21 September 2012

bersyukurlah dengan apa yang ada


السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap kali aku melihat apa sahaja di sekeliling ku,, ku bisikkan dalam hatiku,, 

ALHAMDULILLAH


bersyukurlah kita masih mempunyai hati. 
kita masih mempunyai badan, 
kita masih mempunyai keluarga,
kita masih mempunyai sahabat,
kita masih mempunyai alam sekitar,
kita masih mempunyai negara yang aman,
dan macam2 lagi yang kita ada,

tapi yang paling penting kita masih ada dan akan sentiasa ada ALLAH. 
insyaAllah ~ 

atau mungkin kita terlupa akan semua itu? hingga lupa untuk memanjatkan kesyukuran pada Illahi.

dalam fikiranku, tidak pernah ku padam satu ayat ini : 

" if we want to be the happiest person in the world,
just appreciate everything in our life. " 


Dimana jua kita berada, dengan siapa kita berada, bagaimana keadaan kita, 
cuba untuk bersyukur,
walaupun kita sedang dilanda masalah atau tidak puas hati dengan apa sahaja,,
cuba untuk bersyukur, 
then baru kita akan rasa tenang dan gembira. 

believe it. 

Bisik dalam hatimu bahawa ALLAH sedang menguji mu dengan situasi ini. 
Allah ingin melihat sejauh mana tahap kesabaranmu dan keimananmu.

Satu lagi ayat yang selalu aku ingat : 

" Kita yang perlu menguasai suasana bukan suasana menguasai kita. "  

Aku ingin bagi contoh hubungan manusia dengan manusia. ( Hablu minannas ) 

Kemana sahaja kita pergi, hargailah semua orang.
ye aku tahu, kadang2 sesetengah orang ni sangatlah tidak disukai perangainya. 
mungkin dia biadap, banyak merungut, banyak songeh, mulut bising, garang, mudah melenting, pengotor, pemalas, atau apa je sifat yang tidak disenangi, 

ingatlah bahawa : 

" satiap satu keburukan seseorng, tersembunyi seribu kebaikan " 

kita nampak keburukan seseorang sebab kita dah set minda kita bahawa dia bersifat begitu begini. ( yang negatif ). tapi kita lupa untuk memandang mereka dari sudut positif, Itu kesilapan diri kita sendiri dalam menilai seseorang. Kita tak layak untuk menilai sesiapa dari segi fizikal, kerana yang layak menilai hanyalah ALLAH. hanya ALLAH yang tahu apa isi hati seseorang, siapa yang hipokrit dan siapa yang ikhlas. 

so, why not we just appreciate everyone aroud us,
sebab diri kita sendiri pon tak sempurna dan banyak keburukan,
terimalah seadanya.
Kita tidak boleh nak semua orang terima kita dengan perangai kita sedangkan kita tidak boleh terima perangai orang. 
please lah bertolak ansur dengan semua orang. 
hayati ayat ni betol2... 

TAPI still kita tak boleh terima?
still benci dan geram dengan perangai seseorang?
penyelesaiannya :
 Tunjukkanlah contoh yang baik kepada si dia.

kalau kita tak suka dia pemalas, tunjukkanlah kerajinan kita.
kalau kita tak suka dia suka cakap kasar, tunjukkanlah kelembutan cara kita bercakap. 
Tunjukkan sifat mahmudah dan hindari sifat mazmumah.
ya! itulah penyelesaiannya. 
mungkin dia hati keras sangat sehingga cara ini pon tak berkesan? nasihatilah dia dan doakanlah semoga ALLAH lembutkan hati dia dan memberi kesedaran kepadanya.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana kita mungkin akan hanya menyedari betapa pentingnya sesuatu ketika kita sudah kehilangannya. 
masa itu menyesal pon dah tak berguna.
ingatlah bahawa masa tidak boleh di undur kembali. 


Wallahu'allam..
kalau ada apa2 yang kurang atau silap.. sila kongsi, 

senyuummm skmo deh =)))) 


Wednesday 19 September 2012

Senyumlah Sokmo


السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

senyumlah senyumlah ahhaiii cek mek molek ~~~~ 

saje je nak cakap..
sebenarnye.........
sebenarnye kannnn.... 
kannn,,

SAYE SUKA TENGOK ORANG SENYUM

tak kire la sape,,
dimana
bila
bagaimana..
asalkan senyummm,,,
lagipon senyum ni kan sedekah..
jom bersedekah. =)))) 

senyuman ni memang sangat diperlukan..
especially masa aku tengah stress or sedih,,
bila tengok orang sekeliling aku senyum..
tu pon dah cukup kuat untuk mengubati kesedihan aku.
dan membuat aku senyum semula. 
walaupon orang yang senyum kat aku tu tidak dikenali,, 

contohnya hari ni,, setiap kali aku berselisih dengan rakan se hostel aku,, ( girl je )
sume senyummm,,
rasa happy tetibe wujud dlm hati ni,, haha

ermmm,, ajaib nye senyuman ni kan! 

dulu aku pernah rasa sangat sedih,
biasenye aku aku akan terperap je dalam bilik kalau sedih,
tapi hari tu tetibe je rase nak keluar and aku pergi satu karnival kat U aku.
aku berjalan tanpa tujuan, 
aku lihat semua orang di sekeliling aku,
gembira, ketawa, senyum
their happiness makes me happy.
walaupon mereka gembira bukan bersama aku,
tapi tempiasnya turut dirasa,, 
then, pelik bin ajaib nye aku lupa yang aku sedang sedih..

maybe aku lebih suke tengok orang sekeliling aku gembira berbanding diri aku sendiri..
senyuman orang sekeliling aku lebih penting bagi aku. 
contohnya senyuman family aku, kawan2 aku, 
senyuman  mereka sangat penting bagi aku. 

selama ni mungkin kita tak perasan bahawa senyuman kita sebenarnye mampu untuk mengubati kesedihan seseorang tanpa kita sedar. 
so start dari sekarang, 
" cuba untuk senyum walaupon senyum kepada orang yang tak dikenali. "
statement di atas tidak sesuai untuk yang berlainan jantina. hehe,





see? 
happy kan tengok semua orang senyum. 
semoga keluarga and family aku akan terus senyuummmm n happy sokmo..
insyaAllah..ameen 


Sunday 16 September 2012

Cintakan masalah


السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم


Adakah kita cintakan masalah kita?

erm,,cam pelik je kan,, biasenye mestila kita sangat2 tak suka + stress + benci + serabut + geram + malas peduli + yang sewaktu dengannya apabila ditimpa masalah. Kadang2 kalau dah terlalu stress dengan masalah, ada yang sanggup membunuh diri lantaran kerana tidak sanggup menanggung dan ingin lari daripada masalah.

Contohnya seorang pelajar yang bunuh diri kerana tidak sanggup menduduki SPM.
Ataupon seorang ahli perniagaan yang muflis lalu membunuh diri kerana tidak sanggup hidup dalam kemiskinan.
dan banyak lagi contoh2 lain yang sewaktu dengannya.


Adakah masalah akan selesai dengan cara ini? exactly NOT!
Hopefully we're not one of them, Nauzubillah ~

Masalah adalah ujian daripada Allah swt untuk menguji keimanan dan kesabaran hambaNYA.
Sudah tentu Allah tak akan membebani hambaNYA dengan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh kita. Kerana Allah Maha Mengetahui akan manusia ciptaanNYA.
Semakin besar masalah yang kita hadapi sebenarnya kerana iman kita yang telah meningkat. That's why Allah ingin menguji keimanan tersebut sama ada iman kita kuat atau tidak. Sudah tentu, kalau iman kita lemah sekejap sahaja kita akan gagal dalam menghadapi ujian itu. Manakala kalau iman kita itu kuat, kita akan menang dan berjaya dalam ujian tersebut lalu meningkatkan lagi keimanan kita terhadapNYA. InsyaAllah.

Dan satu perkara yang kita perlu ingat semasa kita sedang menghadapi dan mengharungi ujian itu, ade seseorang yang ingin menjatuhkan kita. SIAPA DIA??

Sudah tentu dia adalah musuh ketat cucu Nabi Adam iaitu SYAITAN laknatullah.

Tatkala kita sedang mengerah tenaga dan fikiran untuk berjaya dalam ujian Allah, syaitan mudah sahaja datang dan berbisik kepada kita,

" Sanggup Allah memberi ujian seberat ini kepadamu walhal kamu tidak mampu untuk mengharunginya. "

" Allah tidak adil, kamu tidak iri hati kah melihat kesenangan orang lain sedangkan kamu dalam kesusahan? "

" Lebih baik kamu mati daripada menghadapi ujian ini. "

Macam itulah antara bisikan2 iblis yang akan kita dengar.


Dear Muslims...
We have to be strong!

Saye ade post satu statement kt FB saye petang tadi yang berbunyi :


.LOVE your problems.
jangan pertikai KENAPA kamu yang mempunyai masalah tu,,tapi fikir BAGAIMANA nak selesaikan masalah tu.
.problems can make you more mature in your way of thinking.

.believe it.

Inilah yang saya nak tekankan dalam entry saya kali ni. Kita kena cintakan masalah kita.
Be Positive.

Cuba kita cari something positive daripada ujian yang kita lalui itu.
Contohnya, kita mempunyai masalah sekian2. Masalah sekian2 inilah yang akan membuatkan kita lebih matang berfikir untuk menyelesaikan masalah kita.
Setiap masalah yang kita berjaya selesaikan, akan meningkatkan tahap kematangan kita berfikir.
Selain itu, setiap masalah yang kita cuba selesaikan dengan bantuan keluarga dan kawan2 akan merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Jangan lari daripada masalah sebab kalau kita lari, masalah tak akan selesai malah akan semakin bertambah. Percayalah.
Dalam dunia ni takkan ada seorang manusia pon yang tak pernah ada masalah, semua akan menghadapi masalah. Cuma yang berbeza adalah cara seseorang 'handle' masalah tersebut.

Adakah kita menghadapi masalah dengan tenang atau dengan keadaan stress?
By the way, stress yang teruk boleh menyebabkan migrain, Tak pasal2 lak dapat penyakit,
Bila dapat masalah, Ingatlah pada Yang Maha Esa, mengadulah padaNYA, insyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan kita.


Mungkin juga Allah memberi kita ujian kerana DIA rindu untuk mendengar rintihan hati kita. Sweet kan <3
Semoga selepas ini kita akan menghadapi ujian dengan hati yang tenang. InsyaAllah. =)

senyuuummm sokmo deh ^__^

Nukilan daripada : Farhana.

Wednesday 12 September 2012

AZAM ini,, ( please be strong )


السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

reformat the brain.............
change the holiday mood to the study mood........................
reset the mind and nawaitu.................
tell the heart to be strong for the whole semester..................
please......
i know ALLAH want me to do the best for the sake of my family and my future................

seriously,,, why i'm nervous???
relax,
take a deep breath.
it's ok,, Allah always be with me, ameen

ok, subjek aku sem ni....
1. Biochemistry
2. Applied Microbiology
3. Microbial Physiology
4. Fundamentals of Biotechnological Techniques
5. Cell & Tissue Culture
6. Metabolite & Secondary metabolisme
7. First Aid

ade 2 course yang ade lab...
huhu..
rase cam tough sangat. jadi pelajar 2nd year ni..
memang wajib jadi seorang pelajar yang serius,,,
yang disiplin,,,
yang sabar,,,
yang tabah,,,
yang berani,,,
yang prihatin,,,
dan 'yang' yang sewaktu dengannya..
HOPEFULLY ~~~~~

ok, pasal AZAM,, azam jadi pelajar 2nd year..
1. tak nak pergi kelas lewat dah..
2. nak dapat dekan,,

boleh ke??? insyaAllah...
aku sangat2 pegang kata2 " HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH " dan " HANYA YANG BERUSAHA AKAN BERJAYA "
so, no more excuses!! study hard and smart..

aku tak nak banyak main dah sem ni.. hihihihihi

ok dah.

aku nak kenalkan coursemate aku yang paling aku sayang.. my bestfren....she's so lovely.. Iranian..

her name is Bahar. it means spring... wahh, no wonder she's so pretty! 

ni la kawan biotech yang paling baik ngan aku. 
aku mengaku,,aku tak pandai pon speaking.. aku main hentam je.. grammar tunggang-langgang..hahaha  
+,,+  but it's ok as long as she can understand me...

ok, from now on, aku akan busy dengan subjek2 aku and aktiviti kolej,, 
semoga berjaya! 

senyuuumm sokmo =))))))))) 









Tuesday 4 September 2012

Heliza Helmi kat skolah Naim??



السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

wah2.. ex-sekolahku.. 
Sekolah Menengah Kebangsaan agama Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan.. 
makin hari makin hebat..Alhamdulillah.. 

Makin banyak lawatan daripada orang yang hebat2.. 
Pelajarnya pula semakin menyerlah dari segi akhlak dan akademik... Alhamdulillah..

rasa bangga.
sekarang Heliza Helmi lak datang sekolah ku untuk shooting.. ceewahh


Heliza Helmi bersama mudirah tersayangku.. 


bersama ngan Ustazah Hachinah.. 




comelnyeeee Heliza pakai uniform pengawas sekolah aku...


Di lokasi penggambaran drama 'Warkah Cinta' 12 episod bersama Imam Muda Nazrul, Nur Heliza Helmi, Riaz Sopian dan beberapa pelakon lain. Ditengah yang berbaju purple pink itu adalah ustazah maimunah, pengetua SMKA Naim Lilbanat yang merupakan jiran di KL suatu masa dahulu. Guru dan pelajar Naim Lilbanat very-very supportive. Jazakallah! (Drama Warkah Cinta akan bersiaran di TV Al-Hijrah pada 27 November nanti, insyaallah =)

rindu lak kat sekolah naim,,, huhu

k la.. senyumm sokmo deh =)) 

Sunday 2 September 2012

apa yang Rasulullah s.a.w. suka makan ?


السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Saye sangat percaya dengan kata-kata " We Are What We Eat ". 
yup! kita akan jadi apa yang kita makan... maksudnya tahap kesihatan kita, tahap prestasi otak kita, tahap kecerdasan minda kita, berlaku selari dengan apa yang kita makan. 

i believe that.

Rasulullah s.a.w. mempunyai badan yang tegap dan sihat. Di samping menjaga pemakanan, Baginda suka bersukan terutamanya sukan memanah dan menunggang kuda dan unta. 

saye nak share dengan rakan seperjuangan sekalian tentang diet Rasulullah s.a.w... info ni saye dapat mase dengar ceramah daripada Ustaz Izhar Ariff dalam bulan Ramadhan baru-baru ni. 

1. Buah zaitun.

2. Daging kambing.

3. Delima.

4. Lemon.

5. Daging bakar.

6. Bawang.

7. Cuka.

8. Garam.

9. Air Kosong.

10. Susu.

11. Tamar / kurma.

12. Buah-buah segar - Tembikai

makanan-makanan inilah yang Rasulullah s.a.w. gemar. Kebanyakan makanan kegemaran Rasulullah dinyatakan di dalan al-Quran.

Allah berfirman yang bermaksud : 

" Dan Dialah ( Allah ) yang menjadikan ( untuk kamu ) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar ; dan pohon-pohon tamar dan tanam-tanaman yang berlainan ( bentuk, rupa, dan ) rasanya ; dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan ( warnanya atau daunnya ) dan tidak bersamaan ( rasanya ). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya ( zakatnya ) pada hari memetik atau menuainya ; dan janganlah kamu melampau-lampau ( pada apa jua yang kamu makan atau belanjakan ) ; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau-lampau. ". 

( Surah al-An'aam : 141 ) 



Rasulullah s.a.w. mempunyai prinsip pemakanannya sendiri iaitu makan makanan yang HALAL dan tidak makan terlalu banyak. 
Walaupun makanan2 yang tersenarai di atas itu adalah makanan kegemaran Nabi, tapi Nabi hanya makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. 

" Makan apabila lapar dan Berhenti sebelum kenyang "

takdela macam kita kan,, mentang2 lah ayam goreng tu favourite food kite,, makan seekor ayam pon x cukup lagi,, haa,, itu dah lebih.. macam dalam ayat di atas : Allah tak suka kepada orang yang melampau-lampau.  



Menariknya, semua makanan2 kegemaran Baginda Rasulullah s.a.w. ini apabila dikaji oleh saintis2 sekarang,, khasiatnya sangat banyak !

contohnya buah kurma, seorang saintis telah melakukan kajian tentang buah kurma ni dan menjadikan dirinya sendiri sebagai sampel kajian. Semasa mengandung, beliau telah mengamalkan makan buah kurma 7 biji sehari sehinggalah beliau melahirkan, dan menakjubkan bayi yang dikandung sihat dan mempunyai kulit yang sangat halus dan putih tanpa sebarang cela. 
Apabila mengandung untuk kali kedua, beliau tidak mengamalkan makan buah kurma dan bayi yang dilahirkan tidaklah secantik dan sesihat bayi yang pertama. 

Selain tu, buah kurma juga mengandungi protein, serat, glukosa yang tinggi, zat besi, vit A dan vit C. Kurma juga dapat mengurangkan risiko penyakit strok, masalah usus, dan sembelit. 

No wonder lah kurma menjadi makanan yang paling digemari Baginda, khasiatnya sungguh menakjubkan. 

macam mana dengan kita? try amal pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. ni,, insyaAllah kesihatan terjamin. dan cube elakkan makanan seperti fast food ( KFC & mcD ) , maggi, junkfood, dan yang sewaktu dengannya. 

ingatlah " Mencegah lebih baik daripada Merawat ". so, jangan tunggu dah sakit terlantar kat hospital baru nak jage makan..sila start drp sekarang.  

akhir kata --->> MAKAN UNTUK HIDUP..BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN

wassalam..
senyuuummmm sokmo deh. =))))