:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Wednesday 8 June 2011

mencari CINTA ISLAM




CINTA....
adalah anugerah drp ALLAH kpd hambanya...
ianya bukanlah perkara yang senang untuk dikendalikan oleh seorang insan...
tanpa ilmu dan iman...
cinta boleh menjadi pemusnah kpd hidup kita....
jangan sesekali kita benarkan cinta yang tidak berlandaskan taqwa kpd allah hadir dalam jiwa kita..
jagalah kesucian hati kita drp segala zina..

CINTA...
itu memang buta...
hanya manis pada bibir dan sejuk di mata yang menghalang kita daripada melihat kebenaran di sebalik cinta..
hanya hidayah darp allah yang dapat membawa kita kpd cinta yang sebenar...

CINTA....
bila ia bersatu...
bermakna ada satu matlamat yang perlu kita capai..
yakni menuju ke jalan syurga allah..
dan membina mahligai emas di syurga allah dan hidup bahagia abadi..
demi membina mahligai emas,,,pengorbanan dan kesabaran amat diperlukan...

CINTA...
adalah lumrah bagi setiap insan...
hanya cinta yang berlandaskan taqwa kpd allah sahaja yang akan berkekalan....
akan tetapi cinta kpd allah dan rasulullah saw perlulah semadi dalam jiwa kita sblm kita mencintai manusia...

CINTA..
yang membabi buta hanya akan membinasakan kita dari segi rohani dan jasmani...
dan membuatkan hati kita gelap dan jauh dari nur allah....
nauzubillah....

CINTA ...
pada zaman sekarang amat menakutkan...
ada yang cinta pada paras rupa yang cantik sehingga berani mengubah ciptaan ilahi....
lupakah kita bahawa allah melaknat manusia yang melakukan demikian...
terlalu taksub utk menjadi secantik bidadari sehinggagolongan ini terlepas drp menjadi bidadari syurga kelak....
lupakah kita bahawa allah tidak menilai kita dari paras rupa?
tapi pada kebajikan yang kita lakukan setiap hari..
astaghfirullahalaziim....

CINTA..
ada juga yang cinta pada harta benda sehingga sanggup berbunuhan...
mengapa begitu taksub mengejar kekayaan?
sedangkan kita tahu bahawa kita tidak membawa harta tersebut pabila kita terbaring kaku di dalm kubur...
orang kaya dan orang miskin tiada bezanya apabila mati...
kita semua dikafan dengan kain putih...
lupakah kita bahawa org yang paling kaya di akhirat adalah org yang paling banyak melakukan kebajikan di dunia..

CINTA..
kepada manusia juga tidak boleh terlalu taksub...
sehingga sanggup menggadai maruah..
dan melakukan zina...
untuk mengelak diri kita drp cinta yang sia2 ini..
cinta kpd allah dan rasulullah saw perlu didahulukan...
insyaALLAH....
cinta yang berlandaskan taqwa akan dapat kita kecapi..
alangkah indahnya cinta islam..

setelah cinta pada allah dan rasulullah saw sempurna..
barulah cinta manusia bermula,,,
untuk memilih cinta manusia yang beriman bukanlah mudah...
kerana iman tidak tertulis pada dahi...
dan juga tidak terpancar di mata...
hanya solat istikharah dan doa yang berpanjangan yang dapat membantu kita mendapat hidayah drp allah...

adakalanya allah memberi kita ujian tanpa kita sedari untuk menguji keimanan kita pada Nya...
hanya kesabaran dan kepatuhan kita kpn allahyang dapat membantu kita melapasi ujian tersebut..
hanya insan yang berfikir yang akan menyedari akan kekuasaan allah dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..
insyaALLAH....

akhir kata..
carilah CINTA islam..
bukan CINTA nafsu semata..

2 comments:

  1. Binalah cinta ats keredhaan sbb Allah yg menciptakan cinta utk kita bahagia dunia dan akhirat..bencilh cinta jika utk kemurkaan..cinta itu normal sesuai dgn fitrah manusia sbg mana diciptakan Adam dan Hawa

    ReplyDelete
  2. yer..setuju...
    nikmat cinta hanya utk hambaNYA yang betul2 menjaga cintanya kpd ALLAH....insyaallah..

    ReplyDelete