:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Monday, 9 January 2012

mujarabnye H2O



assalamualaikum...
hari ni tibe2 mood nk berblogging dtg..
nk release stress kejap..
aku nk share pasal H2O..atau AIR..
air diperbuat drp 2 atom hydrogen dan satu atom oxygen...
when these three atoms comes together, they form a strong bond that is difficult to break. the strength of these bond keeps a water molecule together for milliions or even billions of years!!
waaauuuu.....subhanallah!


air sebenar adalah molekul y sgt ajaib,,
pernah terfikir x knape org selalu buat air yasin dan minum bile nk exam??
knape kalau pergi jumpa pakar perubatan kt darul syifa'..doktor bagi air tawar y dibace ayat al-quran?
knape kalau ade orang histeria atau meracau..kite sapukan air y dibaca ayat al-quran ke mukanya??
dan etc.....
semua AIR..

dulu..umi aku pon pernah bagi taw..
air ni faham ape yang kite nak..so,,setiap kali minum air..umi ak suruh jgn lupa bace bismillah dan niatkan ape yang kita hajati..
umi kate..air ni ubat yang paling mujarab..asalkan kita yakin...
yakin dgn ALLAH..kerana setiap zarah yang bergerak adalah kerana suruhan ALLAH..

aku ikut ape yang umi kate..
dan bile aku belajar kt matrik perak..aku terjumpa satu artikel tentang air...subhanallah..ak teruja.
ni artikel nyer.......
-------------------------------------------------------------------------

Seorang ilmuan Jepun Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah merintis kajian saintifik tentang molekul air. Beliau dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molukel air. Hasil kajiannya mendapati air ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “memba-ca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti krsital yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkapkan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.

Beliau juga telah telah membuat kajian ke atas air-air yang dibacakan ayat-ayat suci Quran dan mendapati hasilnya molekul air tadi seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.
Mengikut hasil kajiannya juga, antara molukel air yang paling cantik bercahaya ialah air zam-zam. Molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebihi dua belas warna! Tidak hairanlah air zam-zam menjadi begitu berkhasiat kerana ianya menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Demikianlah juga dengan air kolah masjid yang telah merakam suara azan, bacaan ayat-ayat Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut.

Semakin kuat konsentrasi orang yang berkata-kata atau berdoa pada air, semakin kuat kesannya yang terhasil pada molekul air. Air boleh memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan kenapa air biasa yang dioakan boleh menyembuhkan penyakit.


-------------------------------------------------------------------------------


ni lah molekul air zam zam....subhanallah...cantik sgt..x sangka kita minum molekul yang sgt cantik..
nk tahu knape air zam zam adalah air yang paling cantik??
sbb air ni mengandungi jutaan doa daripada umat islam yang dtg ke mekah..dan air ni jgk mendengar azan 5 kali sehari..

salah seorang saintis jepun yang turut mengkaji tentang molekul air..
memeluk agama islam apabila mengetahui bahawa air zam zam ni hanya ada di mekah...alhamdulillah..

jom tengok molekul air dalam keadaan yang berbeza...





menarik kan ciptaan ALLAH....

oh yaa...dalam badan kita pon ade banyaaakkk air....
60% dalam badan manusia adalah air..
so,,setiap hari,,kita perlulah hanya mengucapkan kata2 yang indah shj..supaya molekul air dalam badan kita jadi cantik..bayangkan kalau setiap hari kita mngaji al-quran,,mendengar azan,,berzikir,,berkata kata baik..dan berdoa..betapa cantik air yang ada dlm badan kita...
that's why orang yang beriman,,warak,,mukanya bercahaya seperti air zam zam tadi.....

dan bayangkan pula kalau setiap hari kita berkata kata kesat..dengar muzik rock..x smayang..x mengaji..betapa hodohnye molekul air yang ade dlm badan kite..
that's why org yang ''tersesat'' macam ni wajahnye kusam dan gelap,,walaupun org nye sebenarnye cantik atau hensem..tp x nmpak sbb tiada cahaya keimanan.....
tapi org yang sbenar nye x cantik atau hensem pon...tapi nmpak sgt cantik disebabkan oleh cahaya keimanan...masyaALLAH...

alhamdulillah~~~

No comments:

Post a Comment