السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
ALHAMDULILLAH, kalau kita masih mempunyai badan yang sihat wal afiat, masih boleh melangkah mencari ilmu yang Maha Pencipta. Alhamdulillah hari ni kita sihat, tapi kita tak tahu esok kita masih lagi sihat atau tidak. Tubuh badan adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jika diberi pilihan sama ada segunung emas atau badan yang sihat. Semestinya kita akan pilih tubuh yang sihat. Kerana,, apa gunanya segunung emas kalau hidup terlantar di katil hospital. Apa gunanya duit berjuta kalau hidup seperti tiada makna. Tiada nikmat makan, berjalan, bermain, berkomunikasi, dan lain2.
Kesihatan adalah amanah Allah terhadap hambanya. Dengan kesihatan yang baik, akan memudahkan kita melakukan ibadat kepada-NYA. Lagipun qawiyyul jismi ( sihat tubuh badan ) termasuk dalam 10 muwassafat tarbiyah. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita perlu menjaga kesihatan untuk menunjukkan betapa Islam menitik berat tentang kesihatan umatnya. Umat Islam adalah umat yang kuat, jangan kita menjadi lemah dek kerana kesihatan yang tidak terjaga.
Jika kita imbas kembali betapa kuatnya tentera2 Salahuddin al-Ayubi dalam peperangan, betapa beraninya tentera Islam dalam pertempuran demi menegakkan agama Allah. Bayangkan jika Salahuddin al-Ayubi ingin memilih tenteranya dalam kalangan kita sekarang,, adakan kita akan terpilih??? tanye diri sendiri. Nabi Muhammad mempunyai tubuh badan yang cergas, badan nabi gagah dan tegap kerana Baginda menjaga pemakanan dan selalu bersukan. Ikutilah sunnah nabi. Bukan sunah nabi dalam poligami je yang beriya nak ikut. ( Ops, tetibe lari topik.. haha. poligami2 ) . Nabi selalu menunggang kuda, memanah, berpedang, berlumba unta dan macam2 lagi. Makanan yang nabi suka makan plak telah saye ulas dalam entry sebelum ni
Jika kita masih lagi sihat wal afiat, KEKALKAN. Jika kita sudah sakit. RAWAT. tapi of course lah mencegah lebih baik daripada merawat. Kebanyakan daripada kita lupa untuk jage kesihatan ketika sihat, sudah sakit baru insaf dan mula nak jage kesihatan, tapi mase tu dah terlambat. Tapi walaubagaimanapun, ikhtiar lah untuk mendapat kesihatan yang baik. Selagi kita masih bernyawa. Hargailah tubuh badan kita.
Saye sangat percaya bahawa WE ARE WHAT WE EAT.
lihatlah apa yang kita makan setiap hari........................
cek balik kualiti dan kuantiti makanan harian kita. Menepati piramid makanan tak? Mungkin r orang cakap benda ni remeh la.. tapi tidak bagi saye. Jangan sesekali pandang ringan terhadap piramid makanan.
Secara ringkasnya, setiap hari makanan kita mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan lain2 sebab kita makan nasi, ayam, ikan, minyak, sayur dan buah. Kualiti makanan kita bergantung kepada kuantiti makanan yang kita ambil. Untuk mencapai diet yang seimbang, kuantiti makanan mesti mengikut piramid makanan.
Karbohidrat yang kita makan ( nasi, roti dll ) akan ditukar kepada tenaga dalam badan kita, kita menggunakan tenaga untuk segala proses seharian seperti bergerak, berfikir, bernafas, dll. Tetapi, lemak tidak digunakan sepenuhnya di dalam badan, lemak akan disimpan di bawah permukaan kulit kita. lemak inilah yang dipanggil 'Adipose tissue' yang menyebabkan kita nampak gemuk. Lemak ni hanya akan ditukar kepada tenaga jika karbohidrat sudah habis di dalam badan, contohnya ketika kita berpuasa. Sebab itulah kita digalakkan untuk berpuasa 2 kali seminggu iaitu hari isnin dan khamis, salah satu sebabnya adalah untuk kesihatan di samping ibadat pada Allah.
Kalau kita tak senaman dan tak pula berpuasa, macam mane lemak dalam badan nak dikurangkan? Jadi, setiap hari kita hanya akan menambah lemak. Semakin hari semakin banyak adipose tissue underneath our skin. ( eh tetibe berkencek BI..hewhew ). Sebab tu semakin hari badan makin gemuk. Bila badan banyak sangat lemak, maka akan timbullah pelbagai jenis penyakit seperti diebetes, darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang rosak, heart attack, strok dan macam2 lagi. Hal ini kerana lemak telah menyempitkan atau block terus salur darah kita, and trust me this situation is really dangerous.
so.. ape yang saye nak tekan dalam entry ni adalah mencegah lebih baik daripada merawat. Lebih baik kita prepare jage kesihatan awal2 daripada kite prepare duit untuk buat pembedahan. Bila dah sakit, semua nikmat dunia hilang, makan kena berpantang, stress sebab tak boleh nak bersosial dengan masyarakat, sedih sebab terasa diri menjadi beban kepada yang menjaga di rumah dll.
Salah satu daripada nafsu manusia adalah nafsu makan. Mukmin yang kuat adalah yang berjaya mengalahkan nafsunya. Makanan yang tak berkhasiat macam kek, pizza, air gas dll boleh je nak makan, tapi terlalu jarang, Jangan berlebihan sampai setiap hari makan sudah.
Nauzubillah. saye tak nak SAYE dan AWAK sakit, jadi same2 lah kita jage kesihatan demi menjaga anugerah ALLAH yang sangat berharga ni. SAYE sedih kalau saye sakit and saye sedih kalau tengok orang di sekeliling saye sakit. Sebagai anak, isteri, ibu, sahabat, coursemates, roomates, same2 lah kita ingat mengingati antara satu sama lain. SAYA SAYANG KAMU SEMUA SEBAB KAMU SEMUA SAUDARA SAYA JUGA.
sekian sahaja untuk entry kali ni.
senyuuummm sokmo dehhh =)))))
wassalam