السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
Saye sangat percaya dengan kata-kata " We Are What We Eat ".
yup! kita akan jadi apa yang kita makan... maksudnya tahap kesihatan kita, tahap prestasi otak kita, tahap kecerdasan minda kita, berlaku selari dengan apa yang kita makan.
i believe that.
Rasulullah s.a.w. mempunyai badan yang tegap dan sihat. Di samping menjaga pemakanan, Baginda suka bersukan terutamanya sukan memanah dan menunggang kuda dan unta.
saye nak share dengan rakan seperjuangan sekalian tentang diet Rasulullah s.a.w... info ni saye dapat mase dengar ceramah daripada Ustaz Izhar Ariff dalam bulan Ramadhan baru-baru ni.
1. Buah zaitun.
2. Daging kambing.
3. Delima.
4. Lemon.
5. Daging bakar.
6. Bawang.
7. Cuka.
8. Garam.
9. Air Kosong.
10. Susu.
11. Tamar / kurma.
12. Buah-buah segar - Tembikai
makanan-makanan inilah yang Rasulullah s.a.w. gemar. Kebanyakan makanan kegemaran Rasulullah dinyatakan di dalan al-Quran.
Allah berfirman yang bermaksud :
" Dan Dialah ( Allah ) yang menjadikan ( untuk kamu ) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar ; dan pohon-pohon tamar dan tanam-tanaman yang berlainan ( bentuk, rupa, dan ) rasanya ; dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan ( warnanya atau daunnya ) dan tidak bersamaan ( rasanya ). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya ( zakatnya ) pada hari memetik atau menuainya ; dan janganlah kamu melampau-lampau ( pada apa jua yang kamu makan atau belanjakan ) ; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau-lampau. ".
( Surah al-An'aam : 141 )
Rasulullah s.a.w. mempunyai prinsip pemakanannya sendiri iaitu makan makanan yang HALAL dan tidak makan terlalu banyak.
Walaupun makanan2 yang tersenarai di atas itu adalah makanan kegemaran Nabi, tapi Nabi hanya makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
" Makan apabila lapar dan Berhenti sebelum kenyang "
takdela macam kita kan,, mentang2 lah ayam goreng tu favourite food kite,, makan seekor ayam pon x cukup lagi,, haa,, itu dah lebih.. macam dalam ayat di atas : Allah tak suka kepada orang yang melampau-lampau.
Menariknya, semua makanan2 kegemaran Baginda Rasulullah s.a.w. ini apabila dikaji oleh saintis2 sekarang,, khasiatnya sangat banyak !
contohnya buah kurma, seorang saintis telah melakukan kajian tentang buah kurma ni dan menjadikan dirinya sendiri sebagai sampel kajian. Semasa mengandung, beliau telah mengamalkan makan buah kurma 7 biji sehari sehinggalah beliau melahirkan, dan menakjubkan bayi yang dikandung sihat dan mempunyai kulit yang sangat halus dan putih tanpa sebarang cela.
Apabila mengandung untuk kali kedua, beliau tidak mengamalkan makan buah kurma dan bayi yang dilahirkan tidaklah secantik dan sesihat bayi yang pertama.
Selain tu, buah kurma juga mengandungi protein, serat, glukosa yang tinggi, zat besi, vit A dan vit C. Kurma juga dapat mengurangkan risiko penyakit strok, masalah usus, dan sembelit.
No wonder lah kurma menjadi makanan yang paling digemari Baginda, khasiatnya sungguh menakjubkan.
macam mana dengan kita? try amal pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. ni,, insyaAllah kesihatan terjamin. dan cube elakkan makanan seperti fast food ( KFC & mcD ) , maggi, junkfood, dan yang sewaktu dengannya.
ingatlah " Mencegah lebih baik daripada Merawat ". so, jangan tunggu dah sakit terlantar kat hospital baru nak jage makan..sila start drp sekarang.
akhir kata --->> MAKAN UNTUK HIDUP..BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN
wassalam..
senyuuummmm sokmo deh. =))))
makanlah secara berhemah. :)
ReplyDeleteyup.. dan makan mengikut sunnah =)
Deletesayang rasul
ReplyDeleteselawat ke atas nabi Muhammad selalu =)
Delete