:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Saturday 27 July 2013

Kisah 2 Nelayan

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Ramadhan, 

Kali ni saya nak tulis tentang kisah dua nelayan. Saya dengar kisah ini dalam radio dan kisah ni memang memberi kesan pada saya supaya jangan berputus asa dan bersangka baik lah pada Allah Azza wa jalla. 

Pada suatu masa dahulu, tinggallah dua orang nelayan di dalam sebuah kampung. Mereka mempunyai kepercayaan yang berlainan. Nelayan A menganut agama Islam manakala Nelayan B menyembah berhala. 

Pada waktu petangnya,, seperti biasa mereka akan ke laut untuk menangkap ikan untuk menyara hidup. Nelayan A menebar jala sambil berkata "Bismillahirrahmannirrahimm".. selepas itu dia berzikir mengingati Allah sebelum mengangkat jalanya kembali. 

Seperti nalayan A,, nelayan B juga menebar jalanya sambil menyebut nama-nama berhala yang dia sembah iaitu Latta dan Uzza. Mereka sama-sama menunggu. 

Setelah sekian lama, kedua-dua nelayan itu menarik jala masing-masing. Nelayan A tidak mendapat walau seekor ikan pun tetapi nelayan B mendapat banyak ikan. Nelayan A pulang dengan tangan kosong. 

Malaikat yang melihat peristiwa ini merasa pelik dan terus bertanya Allah, "Allah azza wa jalla, kenapa kau tidak mengurniakan rezeki kepada hambaMU yang taat kepadaMU sedangkan hambaMU yang menyekutukanMU diberi rezeki yang banyak?" 

Allah menjawab pertanyaan malaikat, " Aku ingin memasukkan dia ke dalam syurgaKU, jadi Aku ingin menguji kebenaran imannya." 

The end ~~~ 



Cerita ni pendek je tapi sangat mendalam maknanya. Moralnya, apabila kita merasa kita sudah berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah dengan sepenuh hati, tetapi Allah tetap tidak memakbulkan apa yang kita mahu. Janganlah berputus asa. Bersangka baiklah pada Allah. Sesungguhnya Allah sedang menguji keimanan kita. Sebagai umat Islam, kita tidak akan sunyi daripada ujian drp Allah.. Buktikanlah bahawa kita layak menghuni syurgaNYA..

In shaa Allah. Amin.. 

Improve yourself to be a better muslim. 

Senyumm sokmo. =)

No comments:

Post a Comment