:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Tuesday 30 July 2013

X-ray gigi ku yang senget

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم


Apekebendenye ni?
that is my dental x-ray.

Semalam saya pergi buat dental check-up sebab sakit gigi. Ada gigi yang tumbuh di bawah gigi lain. Erk.. cam pelik je kan. So, kenalah x-ray sebab doktor nak tengok gigi tu tumbuh macam mana. First time x-ray gigi.. tak sakit pun.. huhu. ( ada ke x-ray yang sakit?? -_- )

Yang manakah gerangan gigi yang telah melakukan masalah tu? Dia adalah Cik gigi yang paling kiri dalam gambar di atas. Nampak tak betapa sengetnye gigi tersebut tumbuh? Dah la tumbuh bawah gigi lain. So, agak besar jugak lah masalah di situ. Terpaksa lah kena pergi buat pembedahan dengan doktor pakar kat Kuala Krai, Kelantan pada 13/8/2013... Erm, orang lain tengah beraya lagi mase tu kan. huuu.

Dr. gigi tu iaitu Dr. Arifah cakap ni bukan pembedahan biasa lah sebab maybe pakar akan buang sedikit gusi dan tulang gigi. Then, jahit balik. Ok, saya dah cuak.. Gulp. Mulalah aku nak cari alasan sebab gerun pulak dengar dr. cakap macam tu. 

" Bakpo x bue gigi hok aleh atah tu Dr? Sebab key gigi lek atah tu key lamo doh. Gigi bowoh tu baru lagi. Biar la dio tumbuh. " Kate aku sambil tersengih-sengih. 

What??? tak faham bahasa klate? ok2 saya translate yee..  aku cakap nape Dr. tak buang gigi yang atas? Sebab gigi atas kan dah lame, so biarlah gigi yang baru tumbuh kat bawah tu ganti gigi lame tu. 

Then Dr. Arifah cakap yang gigi bawah tu maybe tak akan tumbuh dengan sempurna sebab akarnya senget. Tambahan pula, Atas gigi yang senget tu ada lebihan simen. So, simen tu akan menyekat pertumbuhan gigi bawah tu. Terang Dr. Arifah sambil menunjukkan filem x-ray gigi tu. OK. saya anguk2 tanda faham. 

So? terpaksalah buat pembedahan gak. Takpelah, demi kebaikan diri sendiri jugak. 

Apa2 pun doakan keselamatan saya dalam pembedahan tu nanti. Semoga pembedahan berjalan lancar. In shaa Allah. 

Terima kasih kepada Dr. Arifah yang baik dan kecik molek itu kerana sudi meluangkan masa bersama saya di bulan puasa yang mulia ni.


Ni la pemandangan di hadapan Hospital Gua Musang. 
Sempat lagi snap gambar sambil tungu abah datang ambil. >_< 
Cantik kan.. best tingal kat kawasan bukit.. sejukkk dan nyamannn


Ok.
Senyum sokmo =))))) 

2 comments:

  1. beraya tanpa gigi pun boleh. janji dapat duit raya.

    ReplyDelete
  2. org lain dpt duit raye..aku dapat gigi raye.. huhu

    ReplyDelete