Assalamualaikum wbt...
Allah swt itu Maha Mengetahui...
Allah tahu setiap keperluan hambanya dari segi zahir dan batin..
salah satu keperluan manusia adalah kasih sayang... iaitu CINTA
cinta adalah lumrah manusia..
cinta adalah ftrah dan suci tapi ia boleh bertukar menjadi fitnah bergantung kepada cara pelaksanaannya...
cinta suci hanya wujud selepas perkahwinan..
selain daripada cinta selepas kahwin iaitu couple adalah cinta terkutuk yang hina tetapi dianggap indah oleh pelakunya..
kenapa?
sebab cinta itu buta..
ia membutakan hati pelakunya..
pada masa ini..tanpa disedari cinta menjadi tuhan...
apa saja sanggup dilakukan demi cinta..
sanggup bergaduh,,,sanggup membunuh,,sanggup berzina,, dan lain2..
dalam keadaan buta hati ini,,, syaitan cepat sahaja menjalankan tugasnya
urusan mereka bertambah mudah dan cepat..
syaitan menusuk jarum-jarum zina ke dalam hati pelakunya tanpa sedar..
menyebabkan pelaku merindui pasangannya...
berlakulah zina mata,,zina tangan,,zina mulut,,zina hati,,n so on
dan lebih mudah lagi..cinta pada zaman penuh dengan teknologi canggih ini membuatkan cinta dapat berputik di mana2 sahaja.. di alam maya contohnya..
cinta fb...cinta tweeter...cinta myspace....
kalau macam tu.. adakah bercinta ini salah?
macam mana seorang manusia yang memang ingin berkasih dapat meluahkan kasih sayang itu?
ya,, secara lumrah.... manusia memang ingin menyayangi dan disayangi..
tapi betulkah cara kita melaksanakannya?
bercinta tidak salah asalkan pelaksanannya betul di sisi syarak..
pelaksanaan yang betul hanyalah dengan cara berkahwin..
tapi saya tahu,,
remaja terutamanya yang masih belajar mungkin tidak berani atau tidak mampu untuk berkahwin semasa belajar kerana ada banyak risiko kan..
yup.. risikonya memang banyak...tapi hikmahnya pon tak kurang banyaknya..
adakah kita sanggup menghadapi risiko2 itu?
saya rasa mencegah lebih baik daripada merawat..
tidak perlu tergesa-gesa untuk berkahwin keranan ada banyak lagi perkara yang masih belum tercapai.. antaranya adalah ilmu terutamanya ilmu agama..
sudah cukupkah ilmu di dada??
berkualitikah ilmu kita??
supaya nanti ilmu itu akan diturunkan kepada zuriat kita..
kalau belum lagi.. jangan ambil risiko untuk membesarkan anak dalam keadaan tidak berilmu..
melakukan persiapan rapi terlebih dahulu adalah cara yang terbaik dalam perkahwinan..
ada banyak lagi risikonya.. fikirlah sendiri..
tapi,, hikmah nya juga ada,,
hikmah yang paling ketara adalah dapat mengelak daripada melakukan zina..
ye..memang betul..ramai yang ingin kahwin kerana alasan tersebut..
cuba fikir kembali..
biasenye org yang perlu mengelak daripada melakukan zina ( berkahwin ) sebenarnya adalah org yang hidupnya memang dekat dengan jalan2 zina..
Allah berfirman dalam ayatnya :
" dan janganlah kamu mendekati zina : sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk "
( surah al-Israa : 32 )
jalan2 zina itu adalah couple, sms tanpa urusan penting, dating tanpa mahram, calling tanpa urusan... ini semua adalah dosa..
dosa ini akan dihimpun dalam perjalanan cinta yang indah dan penuh romantik..
kata Ustaz Azhar Idrus,, walaupun perjalanan cinta ini diakhiri jua dengan perkahwinan..pasangan ini tetap juga perlu bertaubat dengan dosa-dosanya yang lalu...
tapi sanggupkah kita bergelumang dengan dosa sepanjang perjalanan itu.?.
kalau 10 tahun bercinta? sepuluh tahun itu hidup dalam keadaan yang tidak berkat..
tidak takutkah kita kalau dalam diri penuh dosa itu..tiba2 malaikat maut datang menjemput?
tidak terfikirkah kita akan hal ini? dan bila ajal datang.. bertubi-tubi malaikat raqib dan atid menyoal didalam kubur.. dan lebih takut Allah yang menyoal akan perbuatan kita di dunia..
tidak salah bercinta..
tetapi biarlah pada masa yang sesuai..
bila mana kita yakin dengan ilmu di dada..
bila mana kita yakin dengan persiapan diri..
bila mana ekonomi sudah stabil untuk berkeluarga..
bila masa itu tiba..
dirikanlah masjid.. insyaAllah bahagia sepanjang hayat..
itulah cinta atas jalan yang betul..
ada yang kata..
" takpelah couple pon.. akhirnya kahwin juga kan? kalau takde jodoh cari la org lain plak"
bila sudah berkahwin..
suami isteri yang kerap bertukar pasangan sebelum berkahwin...akan membanding-bandingkan pasangan mereka yang dulu..
mungkin pasangan yang dulu lebih romantik.. lebih baik.. lebih hensem atau macam2 lagi..
pada masa itu.. suami/isteri itu seperti tidak dapat menerima kekurangan pasangannya.. walhal semua manusia ada kekurangan dan kelebihan masing2...
bukankah hal ini lebih menyakitkan?
ataupun tiba2 suami/isteri berputik kembali cintanya kepada bekas pasanagnnya yang dulu..
bukankah hal ini lebih susah untuk diurus keranan ia soal hati.. ?
akhirnya..............penceraian juga yang terjadi..
akan tetapi..
lihatlah pasangan yang tidak pernah mempunyai bekas kekasih...
dan tidak mempunyai kenangan silam...
mereka menerima suami/isteri seadanya...
mereka bersyukur atas setiap pemberian-NYA....
kerana bagi mereka cinta yang lebih utama adalah cinta pada Allah..
bukankah mereka jauh lebih bahagia daripada pasangan yang bercinta sebelum berkahwin??
hal ini kerana asas masjid yang dibina adalah mengikut jalan yang benar..
Allah Maha Mengetahui segalanya... Subhanallah!
kita sebenarnye lebih suka menganggap bercinta sebelum kahwin itu harus kerana bagi kita orang pada akhir zaman ini susah untuk cari yang baik..so,, couple adalah cara untuk lebih mengenali pasangannya..
tapi sebenarnye kita silap.. yang haram tetap haram..
istighfarlah..kembalilah ke pangkal jalan...
jangan menghalalkan perkara yang terang haram.. Allah Maha Penyayang.. Dia mengetahui apa yang akan berlaku sekiranya couple diharuskan..
sungguh dahsyat..
mungkin budaya menbuang anak semakin berleluasa..
nasab keturunan yang kacau bilau..
masalah sosial yang bermaharajalela..
penyakit2 sosial yang tersebar....
saye tahu... setiap orang tidak mahu tersalah pilih kan..
sebab itu kerap bertukar pasangan kerana dianggap tidak serasi dan macam2 lagi..
percayalah..
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu jugalah sebaliknya..
jadi??
persiapkanlah diri menjadi menjadi insan yang soleh dan solehah...
jika kita baik..
kita sebenarnya tidak perlu mencari cinta malah cinta yang akan mencari kita..
yakinlah..
persiapkan diri dan banyak berdoa..
Allah Maha Mendengar..
saye lebih suka meletakkan tanda soal dalam tulisan saye supaya hal ini dapat difikir dengan lebih mendalam secara individu.. setiap orang berbeza pendapat.. tulisan ini sebenarnya sangat umum..
bagi saya..
lihatlah pada APA yang ditulis bukan pada SIAPA yang menulis..
sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang masih mencari-cari ilmu untuk menguatkan cinta saye pada Pencipta..yakni ALLAH SWT..
semoga tulisan ini dapat menghasilkan buah fikiran yang lebih wajar...
wallahu'allam....
senyum sokmo ^__^
No comments:
Post a Comment