:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Thursday 28 June 2012

novel sebarkan cinta-MU karya Fatimah Syarha

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah semalam telah habis aku bace buku novel tauhid berjudul 'Sebarkan cinta-MU' karya Fatimah Syarha binti Hj. Mohd Noordin.. 
Fatimah syarha merupakan graduan UIAM. Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan. Pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Turut memiliki Ijazah Bacaan al-Qur'an bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan Master di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh... 

aku sentiasa mengikuti forum2 yang diadakan bersama Fatimah Syarha melalui internet shj.. setakat ini masih belum berpeluang berjumpa dgn nya secara langsung.. insyaALLAH suatu hari nanti Fatimah Syarha akan dijemput ke UM utk mendidik warga UM dalam forum2 nya.. 

melihatkan peribadi Fatimah syarha yang baik, sopan, lembut, kata2 yang penuh hikmah dan berilmiah... kata2 nya yang sgt memberi kesan kpd jiwa remaja terutamanya.. membuatkan hati aku menjadikan dia salah seorang daripada role model dlm hidup ku.. 

novel tauhid karyanya ini penuh dgn didikan... 
aku kagum membaca setiap ayat yang ditulis.. bagai sungguh memahami kehidupan.. sungguh tinggi ilmunya.. 

sebenarnya novel ini adalah novel BM pertama yang aku baca.. sebelum ni memang jangan harap la aku nk bace novel.. serius tak minat.. ntah kenapa hati aku terpaut pada novel ni.. sekali pegang susah nk dilepaskan.. novel ni adalah novel pertama yang aku dapati tak boring.. walaupun pertama kali bace novel BM.. novel yang mempunyai halaman 874 muka surat itu tidak terasa beban bagi aku..malah aku dapat membacanya hanya dalam masa 4 hari... ok,, aku sendiri rase terkejut.. mgkin sebab minatnya kpd isi novel ini menyebabkan aku x puas2 membacanya.. baru je habis semalam..rase nk khatam sekali lagi je buku ni... huhu.. 

novel ni bukan novel biasa... ia adalah novel tauhid.. novel ilmiah yang mengajar tentang ilmu fiqh, hadis, sirah.. dgn novel ini.. Alhamdulillah aku lebih mengenali ALLAH SWTdan Rasulullah saw.. 
isu utama dlm novel ni adalah tentang poligami.. 
sub2 isu nya adalah tentang hijab, cinta. hubungan antara ALLAH dan manusia.. sirah2 anbia.. 
tidak rugi bace novel ni... byk ilmu yang dapat.. byk kajian2 yang diselit dlm buku ni.. byk tokoh2 yang diperkenalkan dlm buku ni.. 
novel ni bukan hanya sekadar menceritakan kisah hidup seseorang.. tp byk diselitkan ilmu2 lain.. 
semoga buku2 seperti novel ni byk lg akan terhasil lepas ni.. 

ok,, x boleh cerita byk2 sgt... nanti x laku plak novel ni..haha... gurau2..
tak rugi pon beli buku ni.. harga nya sgt berpatutan.. hanya RM 38.. 
terkejut jgk tgk harganya.. sbb halaman nya byk... aku tgk di pasaran novel y hanya 300 muka surat pon dh mencecah RM 40.. cerita mengarut-ngarut plak tuh.. OPS !! sori2.. aku bukan peminat novel.. bole la ckp mengarut kan.. x pasal2 lepas ni kena serang ngn org y fanatik novel.. maafin dong.. 
setiap buku pon ada ilmu nya yang tersendiri... kita yang perlu menilai.. cuma novel tauhid seperti sebarkan cintaMU ni lebih banyak ilmunya.. =)   




terima kasih kepada sahabatku Nur Atiqah Md Akhir yang sudi meminjamkan novel ilmiah ni kepadaku... ALHAMDULILLAH dapat memenuhi masa lapang ku dgn perkara bermanfaat.. 


ok wassalam..
senyum sokmo ^___^

No comments:

Post a Comment