:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Monday, 6 August 2012

Andai ini Ramadhan terakhir..

Alhamdulillah Ya Rahman...
Alhamdulillah Ya Rahim....
Alhamdulillah Ya 'Alim...

kerana pada tahun ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasa Ramadhan...bulan mulia dan penuh barakah... penghulu segala bulan y mempunyai keajaiban Lailatul Qadar dan Nuzul Qur'an.. Subhanallah ~



Ramadhan ini.. kita masih diberi peluang keemasan oleh Allah Yang Maha Esa untuk beribadat kepada-NYA..
di kala kita masih berdarah muda..
di kala kita masih gagah perkasa..
di kala kita masih sihat wal afiat..
ambillah kesempatan untuk beribadat sebanyak-banyaknya pada Allah..

Ya Allah,, berikan kami kekuatan untuk terus istikomah dalam menunaikan ibadat kpd-MU.. sesungguhnya kami ingin HIDUP kami, MATI kami, dan segala IBADAT kami hanya kerana-MU Ya Allah.. bantulah kami di kala kami masih bertatih di Bumi ciptaan-MU,,mencari-cari tujuan hidup yang sebenar.. sungguh diri ini kadang2 lupa dan alpa dengan nikmat duniawi...
kami malu menghirup udara-MU secara percuma,,,
kami malu menjejak kaki di Bumi-MU..
kami malu memakan haiwan dan tumbuhan yang telah dihidupkan oleh-MU..
kami malu menerima segala nikmat-MU...
sekiranya kami tidak beribadat kepada-MU !!!
sekiranya kami lupa bahawa KAMU lah yang menjadi tujuan hidup kami yang sebenar...
Astaghfirullahalazim....

Selama kita hidup penuh kesenangan ini,,, sudah banyak kali kita merasa hadirnya Ramadhan.. apa yang kita dapat? hanya lapar dan dahaga atau keampunan?
Kita melihat Ramadhan datang dan pergi begitu sahaja..
tanpa ada pengisian,,tanpa ada penghayatan,,
Andai ini Ramadhan terahir bagi kita? sesal ! kesal ! kerana tidak mengambil peluang yang telah diberi utk mengumpul sebanyak mungkin pahala..
ibarat ternampak segunung emas permata di depan mata tapi membiarkan sahaja kerana menganggap emas dan permata itu pasti akan ada pula tahun depan..



sungguh, Ramadhan ini bagaikan seseorang yang kita cinta..
menunggu ketibaannya dengan penuh rasa teruja.. hadirnya disambut dengan pelukan yang erat seperti tidak mahu dilepaskan lagi.. pemergiannya ditangisi dan dirindui.. Subhanallah! adakah tahun hadapan kita bakal bertemu dengan 'orang yang kita cinta' lagi?

Andai ini Ramadhan terakhir.......
betapa ruginya kita kerana meninggalkan 'orang yang kita cinta' begitu sahaja..
tanpa melakukan apa-apa 'kebaikan' padanya..
Sesal dahulu pendapatan,, sesal kemudian tidak berguna..

La tahzan !
Andai ini Ramadhan terakhir bagi kita,,, kita masih mempunyai peluang untuk melakukan ibadat pada-NYA..
hari ini 19 Ramadhan 1433..  hari2 di bulan Ramadhan masih lagi tersisa..
ayuh tingkatkan amalan... kejar pahala...
InsyaAllah kita akan terus istikomah...ameen Ya Rabb...
MasyaAllah ~



coretan drp Pencarian nur islam
senyum sokmo ^__^

2 comments:

  1. nice! Ya Allah, jangan Engkau biarkan kami berada dlm golongan yang rugi..aminn :)

    ReplyDelete