:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Saturday 11 August 2012

Lailatul Qadr vs hari raya

Assalamualaikum,,

Hari ni 23 Ramadhan 1433.. brape hari lagi baki hari di bulan Ramadhan?? cpat amik kalkulator...kira2! dapat brape??

hah... WHAT????

ade baki 6 hari lagi..

;(
sedih.. Ramadhan dah nk abis.. rase cam cepat sgt....
apa y kita dh buat dalam bulan Ramadhan ni? dah berjaya capai ape di target?
ok, soalan tu sendiri jawab lah... jawab dlm hati ekk..

ermm ok! ... berbalik pd tajuk entri kali ni.. Lailatul Qadr..
Lailatul Qadr adalah malam y dicari-cari oleh setiap umat Islam,, cuma usaha untuk mencari je y berbeza.. ade y usaha sikit.. ade y usaha banyak..
ape beza usaha SIKIT dan usaha BANYAK tu?

usaha sikit tu....
tahu tentang Lailatul Qadr.. rasa teruja untuk bertemu dgn malam itu.. tp malas nak bangun Qiamullail.. pergi solat trawih pon dah start jarang2.. sbb sekarang dah nak raye... so, preparation utk raye lebih penting???? itulah orang Melayu,, smakin nk abis Ramadhan, semakin rancak persiapan raye.. dan bukan semakin rancak persiapan mempertingkatkan amalan.. kat masjid pon dah semakin berkurang jemaah terutamanya yang wanita..  abis segala perabot n langsir2 ditukar, cari baju raya yang ke-10, nak cat rumah, wat kad jemputan open haouse n macam2 lagi... am i right??


-gambar hiasan-

orang Melayu jauh berbeza dgn orang Arab di mana bulan Ramadhan adalah ' raya ' bagi mereka.. smakin nk dekat syawal semakin ramai di masjid.. beriktikaf, qiamullail, zikir dan segala bagai pengisian untuk rohani.. malam di Mesir seperti bertukar menjadi siang dek kerana terlalu ramai yang menghidupkan malam2  Ramadhan..
berbeza dgn org Melayu,, orang arab lebih menyediakan persiapan utk bulan Ramadhan drp bulan Syawal... perabot2 dan langsir akan ditukar baru bila hampir Ramadhan.. manakala bulan Syawal hanya disambut secara sederhana..



sebenarnya x salah nak buat persiapan raya,, asalkan jangan membazir dan jangan pula sampai lupa untuk mengejar Lailatul Qadr dan lupa juga utk mengumpul sebanyak mungkin pahala..

usaha banyak tu pula..
setiap malam dalam 10 malam terakhir Ramadhan akan buat Qiamullail,, bersungguh-sungguh berdoa pada Allah supaya dapat bertemu Lailatul Qadr..

jadi.. kita ni dalam golongan orang yang usaha banyak atau usaha sikit???
golongan orang yang lebih mengutamakan Lailatul Qadr atau Hari Raya??

Rasulullah saw pernah bersabda :
" malanglah bagi umatku yang apabila datangnya Ramadhan dia berdosa, dan setelah perginya Ramadhan, dia masih lagi berdosa "

Pada 10 malam terakhir, Rasulullah saw menangis. Sahabat bertanya kenapa Rasulullah menangis? Rasulullah saw menjawab " aku sedih jika tidak dapat bertemu lagi dengan Ramadhan ". Lalu sahabat Baginda turut menangis.


Nabi Muhammad saw yang begitu banyak ibadatnya pada Allah pun menagis...kita yang amalan seciput kalau nak dibanding dgn Baginda ni tak sedih pulak..lagi happy ada lah sebab dah nak raye.. betol x? semoga kita tak macam tu..

pagi tadi, aku dengar ceramah daripada Ustaz Haslin Baharim dlm rancangan Tanyelah Ustaz.. katanya, semalam bersamaan 23 Ramadhan adalah Lailatul Qadr,,
bila fikir balik..solat subuh pagi tadi memang langit gelap je.. Wallahu'alam..
beruntunglah sesiapa yang banyak amalan pd malam tersebut..

ok lah,, rasenye ni entri last utk bulan Ramadhan ni.. nanti bersambung lepas raye plak okeyyy,,
manfaatkan hari2 akhir Ramadhan,, sbb kite x tahu boleh bertemu lagi ke tidak dengannya..

Assalamualaikum
senyuuummm sokmo deh ^__^

 



5 comments:

  1. so perlu bnyak amik iktibar dalam setipa apa yg kita dah lakukan sepanjang ramadahn yg hmpir pada penghujungnya nie

    ReplyDelete
  2. ye.. semoga kita x termasuk dalam golongan yang lalai =)

    ReplyDelete
  3. Allah menyembunyikan malam al-qadr itu kerana Dia ingin umatnya Muhammad untuk menambahkan lebih banyk ibadat di samping mendekatkan diri kepada Nya , Allah marah jika kita tidak berdoa kepadanya, kadang2x manusia itu lupa bahawa Allah itu sentiasa memerhatikannya, bi tauufiq ya ukht

    ReplyDelete