:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Friday, 21 September 2012

bersyukurlah dengan apa yang ada


السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap kali aku melihat apa sahaja di sekeliling ku,, ku bisikkan dalam hatiku,, 

ALHAMDULILLAH


bersyukurlah kita masih mempunyai hati. 
kita masih mempunyai badan, 
kita masih mempunyai keluarga,
kita masih mempunyai sahabat,
kita masih mempunyai alam sekitar,
kita masih mempunyai negara yang aman,
dan macam2 lagi yang kita ada,

tapi yang paling penting kita masih ada dan akan sentiasa ada ALLAH. 
insyaAllah ~ 

atau mungkin kita terlupa akan semua itu? hingga lupa untuk memanjatkan kesyukuran pada Illahi.

dalam fikiranku, tidak pernah ku padam satu ayat ini : 

" if we want to be the happiest person in the world,
just appreciate everything in our life. " 


Dimana jua kita berada, dengan siapa kita berada, bagaimana keadaan kita, 
cuba untuk bersyukur,
walaupun kita sedang dilanda masalah atau tidak puas hati dengan apa sahaja,,
cuba untuk bersyukur, 
then baru kita akan rasa tenang dan gembira. 

believe it. 

Bisik dalam hatimu bahawa ALLAH sedang menguji mu dengan situasi ini. 
Allah ingin melihat sejauh mana tahap kesabaranmu dan keimananmu.

Satu lagi ayat yang selalu aku ingat : 

" Kita yang perlu menguasai suasana bukan suasana menguasai kita. "  

Aku ingin bagi contoh hubungan manusia dengan manusia. ( Hablu minannas ) 

Kemana sahaja kita pergi, hargailah semua orang.
ye aku tahu, kadang2 sesetengah orang ni sangatlah tidak disukai perangainya. 
mungkin dia biadap, banyak merungut, banyak songeh, mulut bising, garang, mudah melenting, pengotor, pemalas, atau apa je sifat yang tidak disenangi, 

ingatlah bahawa : 

" satiap satu keburukan seseorng, tersembunyi seribu kebaikan " 

kita nampak keburukan seseorang sebab kita dah set minda kita bahawa dia bersifat begitu begini. ( yang negatif ). tapi kita lupa untuk memandang mereka dari sudut positif, Itu kesilapan diri kita sendiri dalam menilai seseorang. Kita tak layak untuk menilai sesiapa dari segi fizikal, kerana yang layak menilai hanyalah ALLAH. hanya ALLAH yang tahu apa isi hati seseorang, siapa yang hipokrit dan siapa yang ikhlas. 

so, why not we just appreciate everyone aroud us,
sebab diri kita sendiri pon tak sempurna dan banyak keburukan,
terimalah seadanya.
Kita tidak boleh nak semua orang terima kita dengan perangai kita sedangkan kita tidak boleh terima perangai orang. 
please lah bertolak ansur dengan semua orang. 
hayati ayat ni betol2... 

TAPI still kita tak boleh terima?
still benci dan geram dengan perangai seseorang?
penyelesaiannya :
 Tunjukkanlah contoh yang baik kepada si dia.

kalau kita tak suka dia pemalas, tunjukkanlah kerajinan kita.
kalau kita tak suka dia suka cakap kasar, tunjukkanlah kelembutan cara kita bercakap. 
Tunjukkan sifat mahmudah dan hindari sifat mazmumah.
ya! itulah penyelesaiannya. 
mungkin dia hati keras sangat sehingga cara ini pon tak berkesan? nasihatilah dia dan doakanlah semoga ALLAH lembutkan hati dia dan memberi kesedaran kepadanya.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana kita mungkin akan hanya menyedari betapa pentingnya sesuatu ketika kita sudah kehilangannya. 
masa itu menyesal pon dah tak berguna.
ingatlah bahawa masa tidak boleh di undur kembali. 


Wallahu'allam..
kalau ada apa2 yang kurang atau silap.. sila kongsi, 

senyuummm skmo deh =)))) 


10 comments:

  1. segala kurniaan yg diberi, merupakan anugerah yg bernilai buat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb itu kita perlu bersyukur padaNYA

      Delete
  2. yup. kadang dalam kita mengejar hal duniawi, tp kita terlupa untk bersyukur dgn segla nikmat yg kita ade.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu haz, same2 kite muhasabah diri balik.. =)))

      Delete
  3. alhamdulillah..masih lagi mampu bernafas dan diberi petunujuk daripadaNya...

    namun, terkadang...salah dalam percaturan....tindakan...perilaku....

    ReplyDelete