:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Sunday 11 August 2013

Penakluk Konstantinopel

 السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, siap sudah saya baca sebuah novel sejarah karya Abdul Latip Talib yang berjudul Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel. Novel yang mempunyai 336 muka surat ini sememangnya mempunyai banyak pengajaran dan dapat meniup semangat jihad ke dalam diri anak muda. 


Inilah novel tersebut.

Saya akan berkongsi sedikit sebanyak cerita dan ilmu yang saya dapat daripada novel ini. Semoga Allah memberkati kita kerana menghayati perjuangan pahlawan Islam yang hebat ini. In shaa Allah. 

Secara ringkasnya, 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di komandonya adalah sebaik-baik pasukan. " 
(H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Ramai pejuang2 Islam yang tampil dan cuba menakluk Kota Konstantinopel untuk membuktikan kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW. Antara mereka adalah Saidina Ali, Muawiyah bin Abu Sufian, Sultan Sulaiman, Harun al-Rasyid, Sultan Beyazid, Sultan Sulaiman, Sultan Musa, Sultan Mehmed Halabi, dan akhir sekali Sultan Murad. Tapi usaha mereka menemui kegagalan. Percubaan ini berlaku selama lebih 800 tahun. 

Selepas itu lahirlah Sultan Muhammad iaitu anak Sultan Murad. Beliau dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan sejak berusia 5 tahun lagi. Ketika berusia 16 tahun, beliau menjadi pemangku Sultan bagi mengganti ayahandanya yang pergi bercuti ke Pulau Magnesia. Beliau dapat memerintah kerajaan Turki Usmaniah yang luas tanah jajahannya itu dengan baik walaupun masih muda. 

Setelah Sultan Murad mangkat ketika beliau berusia 19 tahun, Muhammad menjadi Sultan kepada Turki. Dia meneruskan perjuangan ayahandanya untuk menakluk Kota Konstantinopel yang berada di bawah Kerajaan Rom. Sultan Muhammad yakin bahawa dia dapat mengalahkan Maharaja Konstantine dan menakluk kota tersebut.

Ketika berusia 21 tahun, baginda berjaya menakluk Kota Konstantinopel setelah berperang selama 53 hari. Pada hari yang bersejarah itu, iaitu pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah, Baginda menukar nama Konstantinopel kepada Istanbul. Baginda juga digelar sebagai Al-Fateh yang bermaksud Sang Penakluk. 

Sultan Muhammad Al-Fateh mangkat ketika berusia 49 tahun akibat terminum racun. Pemerintahannya diteruskan oleh anaknya, Beyazid III. 

Begitulah kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Kalau nak tahu secara terperinci kenalah beli buku ni sendiri. Tak rugi pun membeli novel sejarah ni. Nanti boleh diceritakan pada anak cucu pula. >_< 

Terdapat beberapa sifat terpuji Sultan Muhammad Al-Fateh yang dapat kita ambil i'tibar ;

1. Baginda belajar ilmu agama dan ilmu peperangan bermula seawal 5 tahun. Jadi ajarlah anak kita seawal usia itu juga. 

2. Bagi Baginda, nikmat dunia adalah beribadat kepada Allah, bukannya harta, pangkat dan wanita. Oleh itu, rancangan Maharaja Konstantine ingin memperdaya Baginda gagal. 

3. Baginda sentiasa berdamping dengan ulama yang tinggi ilmunya iaitu Syeikh Bayram dan Syeikh Syamsudin al-Wali. Jadi, carilah sahabat yang tinggi ilmu agamanya. In shaa Allah kita akan berjaya di dunia dan akhirat. 

4. Baginda tidak suka dipuji. Baginya, puji-pujian hanyalah untuk Allah. Jadi, janganlah kita melakukan sesuatu kerana ingin dipuji oleh manusia. Niatlah kerana Allah. 

5. Baginda memberi hak bersuara kepada semua orang ketika mesyuarat tidak mengira pangkat dan keturunan. 

6. Baginda mencontohi sikap dan strategi peperangan Nabi Muhammad SAW. Baginda seorang yang pemaaf. 

7. Baginda memilih calon isteri yang solehah. 


Gambaran ketika peperangan. 


Sekian sahaja yang dapat saya coretkan dalam entri kali ini. Semoga beroleh kebaikan. In shaa Allah.

Senyuuum sokmo. =))))



2 comments:

  1. Sultan Muhammad al-Fateh merupakan seorang pemimpin negara yang tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud (Qiamullail) semenjak Baginda akil baligh lagi. Seorang pemimpin peneraju kejayaan duniawi & ukhrawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita dapat mencontohi baginda. amin

      Delete