:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Wednesday, 11 July 2012

sahabatku sahabat selamanya

assalamualaikum..
bismillahirrahmanirrahim...

ma ma'na sodiqati au sohabati?
apa mksd sahabat?
bagiku.. mksdnya adalah seseorang yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.. yang menjaga aib dan rahsia kita.. dan juga sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan di dunia dan akhirat..
hal ini kerana ketidaksanggupannya melihat sahabat sendiri berdosa..
kwn baik akan sentiasa bersedia dan prihatin akan sahabatnya.. baik sahabatnya dipuji dan buruk sahabatnya ditegur dlm keadaan private..
hal ini kerana dalam memberi teguran pon.. mestilah bukan di khalayak ramai.. spy sahabat itu tidak tersinggung krn malu..

menjaga hati sahabat adalah tanggungjawab kita.. kerana kita sendiri ingin dijaga hati oleh sahabat kita juga kan.. so, janganlah lakukan pd org lain perkara yang kita sendiri tak mahu berlaku pd kita..

semua orang boleh bergelar kawan...tp x semua boleh digelar sahabat sejati.. sbb itu sahabat sejati susah dicari..
kata Ustaz Pahrol bin Juoi.. JADILAH KAWAN..BUKAN CARILAH KAWAN.. maksudnya kita perlu menjadikan diri kita layak digelar kawan terlebih dahulu seperti mempunya sifat amanah, jujur, mematuhi janji, setia dll.. dgn ini, secara otomatik org lain akan suka berkawan dgn kita..
so, adakah kita layak digelar kawan y sebenar? tanyelah diri sendiri...

demikian hal yang sering terjadi dlm persahabatan...

bergaduh?

dalam persahabatan..
kemungkinan besar kdg2 akan berlaku perselisihan faham.. itu adalah perkara biasa.. dimana cara meng'handle' perkara ini akan menampakkan sejauh mana kematangan diri kita dlm menjalin hubungan persahabatan..
hal selisih faham adalah perkara kecil yang boleh diselesaikan dgn cara musyawarah.. berbincanglah.. dlm perbincangan tersebut.. MENDENGAR adalah perkara penting.. dengarlah keluhan sahabat.. beri pendapat y wajar dan adil.. krn kita manusia.. tak perfect,, pasti akan melakukan kesalahan sama ada secara sedar atau tidak.. sahabat lah y akan menarik tangan kita jika kita terjatuh drp landasan yang benar.. itu fungsinya sahabat.. igt.. satu jari menuding pd org lain,,4 lagi jari menuding pd diri sendiri..

iri hati?

iri hati atau jeles pon sering berlaku dlm persahabatan..
jeles sebenarnye ade 2 kategori sama ada jeles sihat atau jeles tidak sihat.. jeles sihat ini adalah memandang kejayaan sahabat dgn mengambil iktibar daripadanya tanpa menyinggung perasaan sahabat.. kejayaan sahabat menjadi pencetus semangat utk meraih kejayaan bersama..
jeles yang tidak sihat pula adalah dengan melihat sudut negatif pd kejayaan sahabatnya.. kejayaan org lain menyebabkan dia tidak mahu lagi berkongsi ape2 ilmu dgn sahabatnya supaya sahabatnya itu tidak dpt markah y lebih tinggi daripadanya.. malah membuat muka x puas hati apabila melihat kejayaan sahabat sehingga menyinggung perasaan sahabat..
sebenarnya kejayaan itu adalah rezeki drp ALLAH.. tidak perlu jeles.. bersyukur dan berusahalah lagi.. rezeki ALLAH itu sgt luas..

tersinggung tp dipendam?

sesetengah sahabat lebih suka memendam perasaan tersinggung pd sahabatnya demi utk menjaga hati.. hal ini baik jg kerana menunjukkan sifat sabar y ada pada diri.. tp kalau terlalu dipendam smpai bengkak.. bersuaralah.. mksdnya luahkanlah ape y terpendam,,

perkara seperti cemburu, ego, pentingkan diri, berburuk sangka, susah diajak berbincang, sukar mnerima pendapat org lain adalah perkara y akan berlaku jika persahabatan dijalin bukan krn ALLAH..
persahabatn y terjalin krn ALLAH akan menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya sendiri malah ada y lebih drp diri sendiri..

seseorang yang bergelar sahabat..
tidak sanggup melihat kesedihan sahabatnya malah akan berganda lebih sedih drp sahabatnya..
sentiasa menyebut nama sahabatnya dlm doanya supaya sama2 berjaya didunia dan akhirat..
berusaha membantu dlm menyelesaikan masalahnya setakat termampu..
menunjukkan wajah gembira walau pon sebenarnya dlm keadaan sedih semata-mata tidak mahu melihat sahabatnya sedih..

kawan dtg dan pergi tetapi sahabat bersama selamanya.. insyaALLAH



love your friendship..
jadilah seperti tom&jerry.. walaupon selalu bergadoh tp tetap bersama =))  
k wassalam.. senyum sokmo ^__^

2 comments: