:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Saturday 25 August 2012

Malaikat mintak bil nafas

السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

cuba bayangkan dialog antara malaikat dan manusia macam di bawah ni :



Malaikat : Assalamualaikum ( sambil ketuk pintu rumah Ali ) 

Ali : Waalaikumussalam.. ade apa ya malaikat? 

Malaikat : aku datang untuk meminta kamu membayar bil nafas untuk bulan ni.. ( sambil menghulur kertas bil itu )  

Ali : MasyaAllah.. mahalnya bil nafas bulan ni.. ermmm kenapa boleh mahal plak ni ( sambil garu2 kepala )

Malaikat : kau banyak melakukan aktiviti larian bulan ni.. jadi kamu sedut lebih banyak udara... sebab tu mahal.. sila bayar..

Ali : tapi aku takde duit untuk bayar bil nafas ni.. boleh tak aku tangguh dulu?

Malaikat : sebenarnye bil nafas kamu dah tertunggak selama 3 bulan.. kalau lambat bayar aku khuatir perkhidmatan nafas untuk kamu akan diberhentikan. 

Ali : aduh,, kalau perkhidmatan tu diberhentikan..aku tak boleh bernafas dan aku pasti akan mati.. 

akhirnya,, kerana tidak mampu membayar bil nafas itu,, Ali meninggal dunia akibat kesesakan nafas..

- THE END -

( Ilham daripada kuliah Maghrib oleh Ustaz Md. Ghazali Ibrahim )

daripada cite ni,,korang rase citer ni lawak ke menginsafkan? 

bagi aku,, citer ni menginsafkan kite tentang perlunya kite bersyukur dengan nikmat Allah daripada sebesar-besar nikmat seperti nikmat Islam dan Iman hinggalah sekecil-kecil nikmat seperti bernafas, kesihatan yang baik dan masa lapang..

bayangkan kalo citer di atas benar2 berlaku? udara ni kan milik Allah.. jadi Allah suruh kite bayar semuanya macam harga udara,,harga sewa tanah,,harga masa lapang,,harga makanan,,harga penglihatan, harga pendengaran harga air n so on.. memangla muflis kite kan.. tapi Allah maha Penyayang.. Allah tak mintak pon harga untuk semua nikmat yang DIA bagi.. semua FREE... Alhamdulillah.. 



jadi ape kita perlu buat sebagai tanda bersyukur,,
of course,, pengabdian kepada Allah.. kita hambaNYA.. 
jika kita mengabdikan diri padaNYA,, kita akan dapat nikmat yang berganda-ganda lebih baik drp dunia ni iaitu SYURGA.. lagi best.. InsyaAllah sama2 kite capai syurga Illahi.. 

cakap n tulis memang senang kan.. tapi untuk mengamalkannya sgt susah.. so, same2 kite usaha.. kita same2 manusia dan tiada seorang pon manusia yang sempurna..   kita kena saling mengingatkan antara satu sama lain.. 
manusia adalah khalifah di muka bumi.. kita ketua, mungkin ketua syarikat,,mungkin ketua kampung,,,mungkin ketua keluarga atau paling tidak pon kita adalah ketua untuk diri kita sendiri.. 


bersyukurlah sentiasa 

ok, semoga entry ini bermanfaat..insyaAllah =)
wassalam
senyuuummmm sokmo deh

4 comments:

  1. yup,sebabtulah lau boleh kita cube amal solat duha bg membyr zakat sendi,,

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..
    doa solat dhuha,,subhanallah..indah =))

    ReplyDelete
  3. betul2..selamat la tak ada
    sampai bil kat umah utk
    setiap nikmat yg telah digunakan,
    kalau tak mmg confirm tak mampu nak bayar :)

    nice entry,mmg menginsafkan,
    semoga kita sentiasa bersyukur..

    *nikmat ALLAH yang mana lagi yang mampu engkau dustakan*
    ~~ surah al kahfi~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq azian,, Allah tahu hambaNYA tak mampu nak bayar semua tu... Allah Maha Mengetahui =)

      Delete