:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Monday, 16 July 2012

Bertuahnya Khadam Rasulullah SAW

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...

Khadam sama maksud dgn orang gaji, orang suruhan, driver, tukang kebun, tukang masak, pengasuh, hamba, bibit, amah...dan yang sewaktu dengannya....



jika dilihat di zaman globalisasi ni.. terlalu susah untuk menemui seorang majikan yang memuliakan khadamnya..yang mengasihani dan sentiasa membuat kebaikan terhadap khadamnya..
biasenya..kita sering mendengar dan melihat,, kebanyakan khadam dilayan dengan buruk dan hina oleh majikannya..nilai2 murni tidak diamal kepada khadamnya hanya kerana manusia itu berstatus khadam..

Majikan seperti ini sebenarnya sebenarnya lupa untuk menilai khadamnya pada hatinya.. keikhlasannya bekerja kerana Allah demi untuk menyara keluarga.. majikan ini lupa akan ketekunannya bekerja dan beribadah.. majikan ini lupa bahawasanya khadam ini juga seorang manusia... mempunyai 2 telinga. 2 mata, 2 tangan dan kaki. 1 hidung dan 1 mulut.. sama sahaja dengan majikannya..
tapi hanya 1 yang berbeza !
hati mereka berbeza.. hati majikan yang bongkak jauh berbeza dgn hati khadam yang rendah diri.. walaupun khadam dimuliakan oleh MANUSIA di dunia..siapa tahu di akhirat nanti khadamnya dimuliakan oleh ALLAH..

kite kena igt..
kaya didunia tak semestinya kaya di akhirat.. kerana sumber harta di akhirat adalah amalan kita di dunia.. siapa tahu di akhirat nanti khadamnya jauh lebih kaya berbanding majikannya... harta yang bertimbun di dunia.. lepas mati satu sen pon tak boleh bawa masuk kubur.. harta tu akan diwariskan pd saudara2 juga kan..

saya pantang betul melihat seorang khadam yang dipukul atau dimaki hamun hanya kerana melakukan kesalahan yang kecil...
contohnya dalam situasi di bawah :
~ seorang khadam yang secara tak sengaja memecahkan tembikar mahal milik majikannya...terus, majikan itu memaki hamun dengan mengatakan duit gaji untuk setahun pon khadam tu takkan mampu bayar balik harga tembikar itu...lalu khadam tadi dipecat,, hanya kerana tembikar, si khadam hilang mata pencarian ~

sebagai seorang manusia.. sesiapa pon takkan sunyi drp melakukan kesilapan drp orang yang mempunyai sebesar-besar darjat hinggalah sekecil-kecil darjat.. sedangkan ALLAH pon sudi memaafkan hambaNYA.. siapa kita yang tak mahu memaafkan orang lain??

ok, balik kepada tajuk asal......
kenapa saya kata khadam Rasulullah bertuah? hayati kisahnya...........

seorang khadam Rasulullah telah terselak kainnya ketika bekerja untuk Rasulullah..lalu  menampakkan betisnya yang kecil.. para sahabat Rasulullah ketawa melihat kejadian itu,, Baginda bertanya " kenapa kamu ketawa ? " para sahabat menjawab " betisnya terlalu kecil "
" betisnya itu lebih besar daripada Bukit Uhud di sisi Allah " jawab Baginda.. 
Rasulullah tidak suka orang mngetawakan khadamnya... 

selain itu,,

Khadam Rasulullah selalu diberi ilmu oleh Baginda... sehingga khadamnya menjadi seorang ulama yang terkenal.. 

next,

seorang bertanya kpd Rasulullah tentang khadamnya.. " berapa kalikah aku perlu memaafkan hambaku? "
baginda menjawab " 70 kali dalam masa sehari" 

MasyaAllah,, begitu sekali Rasulullah memuliakan seorang khadam,,  
bertuanya khadam seorang nabi Muhammad saw..



sekarang, manusia lebih suka memandang hina seorang khadam.. Allah telah menetapkan takdir dia menjadi khadam..dan dia redha.. walaupun ketika kecil dulu dia bercita-cita utk menjadi seorang doktor atau peguam.. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.. 

cuba bayangkan kita sendiri berada di tempat si khadam itu.. adakah kita mahu dicaci, dihina, dimaki, atau dipukul? 
tentu sekali tidak! 
jadi hormatilah khadam mu seperti mana kamu mahu dihormati.. 

sekian wassalam
senyuummm sokmo ^__^ 


No comments:

Post a Comment