Bismillahirrahmanirrahim..
dah sejauh mane amalan kita untuk bulan Ramadhan setakat ni? tepuk dada tanye iman..
seeloknye di bulan mulia ni..kita kurangkan aktiviti harian dan perbanyakkan ibadat kpd Allah...
hari ni saye nk kongsi pasal saf..
bila pergi solat berjemaah di masjid,,kebanyakan para jemaah tidak merapatkan saf terutamanya kaum wanita.. saye rase sgt janggal bile kita solat berjemaah tapi solat di atas sajadah masing2.. seperti solat sendiri pulak.. padahal semua solat mengikut imam walaupun dalam keadaan jarak2 dan tidak tersentuh bahu.. keadaan macam ni kerap berlaku di Malaysia tak kira lelaki atau perempuan..
bagi saya, merapatkan saf ini adalah simbol penyatuan dan kegagahan umat Islam..ia menunjukkan ukhuwah umat Islam yang erat! dan menunjukkan bahawa kita semua saudara yang saling prihatin kpd satu sama lain.. kalau kita tengok pon, jemaah yang ramai yang solat dalam keadaan saf yang tersusun dan rapat2 nampak sungguh hebat, gagah, dan disiplin.. contohnya ketika solat jemaah di Masjidil Haram di Mekah.. rase bangga bile lihat para jemaah yang begitu ramai solat dgn begitu disiplin dan khusyuk,, dan saya pasti non-Muslim pon akan merasa umat Islam ini hebat bile lihat keadaan yang macam ni..
potrait lukisan Illahi yang sungguh menakjubkan.. hope to be there one day! i will..InsyaAllah
rapat yang dikatakan ni bukanlah bermaksud terlalu rapat..ia sekadar tersentuh bahu.. untuk lelaki perlu ditambah satu lagi iaitu tersentuh kaki..
sesetengah orang yang tak merapatkan saf mungkin kerana 2 faktor..
1. kerana jahil
2. kerana ego - mungkin ingin space yang luas untuk solat atau tidak mahu dekat dgn org sebelah yang berbau..
keegoan yang tinggi menandakan hati yang telah rosak, ego hingga dalam solat pon masih berkira-kira..padahal solat itu untuk Allah...
(( makruh org yang berbau pergi solat jemaah kerana akan mengganggu jemaah lain.. that's why Islam menyuruh kaum lelaki untuk memakai pakaian yang bersih dan memakai wangian ketika solat terutama solat jemaah ))
saf yang salah
saf yang betul
nampak kan perbezaannya...
kajian saintifik pon telah membuktikan kelebihan solat berjemaah..bahu2 dan tapak kaki yang bersentuh dpt menyebabkan berlakunya pertukaran cas seterusnya dpt menyeimbangkan cas di dalam badan kita.. so, badan akan lebih sihat dan cergas.. bacaan lanjut untuk kelebihan merapatkan saf ade di http://mohdazri.blogspot.com/2008/07/fakta-sains-solat-jemaah.html
da bace? menakjubkan dan menarik kan?
sesungguhnya Allah yang mencipta kita.. Dia Maha Mengetahui akan ciptaanNya.. jadi yakinlah setiap yang Allah suruh ade kebaikannya dan ape yang Allah larang ada mudaratnya.. Subhanallah.. beruntunglah hamba yang mengikut suruhan Allah.. be the one of them ok,, JOm =)))
sedikit nasihat drp Ustaz Don tentang saf :
sepatotnye sebelum solat, Imam memainkan peranan penting untuk memastikan saf rapat di setiap penjuru dan sudut..bukan hanya sekadar berkata "rapatkan saf,,,betulkan saf" sahaja.. lebih baik Imam sendiri yang memastikan saf jemaahnya betul2 dlm keadaan tersusun dan kemas..atau yang lebih baik Imam berjalan di setiap saf untuk pastikan saf betul2 rapat..dan tersentuh bahu dan kaki..
sahabat Rasulullah..
ketika beliau menjadi Imam, dia mengambil sedikit mase untuk memastikan saf betul dan rapat dengan berjalan di setiap saf sambil mengheret pedangnya di belakang tumit para jemaah nya..
hebatkan??
kita kena contohi sahabat nabi dan jangan memandang remeh hal ini..
Alahamdulillah,,semasa di sekolah naim dulu,, kami memang diajar untuk merapatkan saf.. setiap ruang kosong akan dipenuhi dan bahu2 kami memang tersentuh.. ketika solat pon, kita boleh bergerak untuk merapatkan saf.. ini menunjukkan bahawa saf ini sgt penting dalam solat jemaah..
terima kasih kpd Murabbi2 yang hebat yang telah mendidik kami..
jka kita salah seorang drp jemaah yang tidak suka merapatkan saf atau belum tahu akan hal ini,, berubahlah dan jom UP kan solat jemaah kita dgn merapatkan saf.. InsyaAllah..
ok,, sekian terima kasih
assalamualaikum wbt
senyuummmmm sokmo deh! >__<
No comments:
Post a Comment