:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Tuesday, 17 July 2012

Jom upgrade wudhuk

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim..



'' Apabila seorang hamba yang beriman berwudhuk, lalu dia berkumur, gugurlah segala dosa daripada mulutnya. "
( Hadis riwayat Abdullah bin al-Shunabihiy r.a. )

Kita rasa bahawa wudhuk ini perkara senang, lalu kita tidak meneliti bahawa adakah wudhuk kita sebenarnya telah sempurna?
mengambil wudhuk dengan sempurna adalah dengan mengikut cara Rasulullah SAW berwudhuk..

diriwayatkan bahawa Uthman r.a. mendengar Rasulullah bersabda :
" Seiapa yang berwudhuk dengan sempurna, kemudian bersolat, pasti diampunkan segala dosa yang dilakukannya di antara ( solat tersebut ) dan solat yang berikutnya, sehingga dia mendirikannya. "
( Riwayat al-Nasa'i )

Wudhuk yang sempurna senbenarnya dapat menghapus dosa dan membersihkan rohani dan jasmani... jadi bagaimana caranya wudhu' yang sempurna? Saya akan kongsikan cara2 nya hasil daripada pemerhatian saya dalam demo berwudhuk TV alhijrah semalam.. dan yang menakjubkan Alhamdulillah selepas saya sendiri yang mengamalkannya.. dapat rase perbezaan yang amat ketara dalam jiwa.. suatu perasaan yang sukar untuk diluahkan dengan kata2... iaitu perasaan tenang yang lebih tenang drp biase dan solat yang lebih khusyu'..

Rukun wudhuk ade 6 iaitu niat, basuh muka, basuh tangan hingga ke siku, sapu kepala, basuh kaki, dan tertib.. simple kan? tapi perlu dilakukan dengan sempurna supaya wudhuk itu sah..

Jom baca kaedah wudhuk yang sempurna :



sebelum berwudhuk,, sunat untuk bersiwak, mengadap kiblat, membaca Basmalah, dan membuka air secara perlahan.

1. sunat : membasuh pergelangan tangan
- selat jari2 dan kuku

2. sunat : berkumur
- bukan sekadar memasukkan air ke dalam mulut dan buang.. perlu berkumur dengan kuat supaya keseluruhan mulut dapat dibersihkan.

3. sunat : Istinsyaq iaitu memasukkan air ke dalam hidung
- masukkan air ke dalam hidung dengan menggunakan tangan kanan dan megeluarkan air itu dengan tangan kiri.

4. rukun : basuh muka serentak dengan niat
- perlu membasuh seluruh muka dengan mengalirkan air daripada atas dahi ( tempat tumbuh rambut ) hingga ke bawah dagu, dari anak telinga kanan hingga anak telinga kiri.. semua rambut termasuklah side burn, janggut, misai, dan bulu kening perlu diselat supaya air terkena pada kulit.
- makruh untuk menepuk-nepuk muka dengan air.
- niat untuk mengangkat hadas kecil jika diri dalam keadaan berhadas tapi jika sekdar ingin memperbaharui wudhuk sedangkan wudhuk yang awal masih belum batal, hanya niat untuk berwudhuk iaitu "nawaitul wudhu'a"

5. rukun : basuh tangan daripada hujung jari hingga ke atas siku.
- selat jari2 dan kuku..pastikan air kena pada semua tempat termasuk bahagian atas siku.

6. rukun : menyapu sebahagian kepala
- letak ibu jari di antara mata dan atas telinga, manakala jari2 yang lain menyapu keseluruhan kepala daripada atas dahi hingga ke belakang tengkuk. ( juga memadai hanya sebahagian kepala ATAU hanya basuh beberapa helai rambut yang ada dlm kawasan kepala )

7. sunat : menyapu telinga
- masukkan jari telunjuk di dalam telinga dan bersihkan bahagian dalam telinga manakala ibu jari diletakkan di belakang telinga dan digerakkan daripada bawah telinga hingga ke atas.
- selepas basuhan yang ke-3, masukkan jari kelingking ke dalam lubang telinga.

8. rukun : basuh kedua-dua kaki
- jari kaki mestilah lebih diteliti daripada jari tangan kerana ruang di antara jari kaki lebih sempit. pastikan membasuh tumit.
- basuh kaki hingga ke tengah betis.

9. rukun : tertib

selepas berwudhuk.. dalam keadaan masih mengadap kiblat, Rasulullah mengangkat tangan sehingga menampakkan ketiaknya lalu berdoa. ( doa selepas wudhuk )

dengan cara ini maka sempurnalah wudhuk kita mengikut cara Rasulullah SAW.

InsyaAllah lebih tenang dan lebih khusyuk dalam solat..

sekian entry pada kali ini..
walaupun sebahagian besar sudah tahu cara berwudhuk tapi bolehlah upgrade wudhuk itu dengan mengikut cara Rasulullah berwudhuk =)



wassalam..
senyumm sokmo ^__^

No comments:

Post a Comment