:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Thursday 30 August 2012

Pentingnya IDOLA


السلام عليكم
 بسم الله الرحمن الرحيم

IDOLA...
bagi aku idola bermaksud seseorang yang boleh kita jadikan sebagai contoh, ikutan, dan rujukan. Idola yang sebenar akan membawa kita ke jalan kebaikan manakala idola yang salah akan membawa kita ke arah kejahatan.. Ia bergantung kepada siapa idola yang kita pilih sebagai panduan hidup. 

Idola yang baik memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita. 
Mereka memberi kita semangat ketika kita sedang sedih.
Mereka menunjukkan jalan yang benar ketika kita tersesat jalan.
Mereka mengajar kita erti hidup yang sebenar.
Mereka membawa kita dekat kepada ALLAH swt.
Mereka menjadikan kita seorang yang berfikiran positif.
Mereka mengajar kita mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran dan godaan ini.

Alhamdulillah.
Syukurlah jika idola kita adalah seorang yang faham apa erti hidup yang sebenar. Seseorang yang tahu apakah tujuan hidup ini. 

Rasa kesal di hati ini tatkala melihat anak muda zaman sekarang yang meng'idola'kan artis seperti penyanyi, pelakon, K-pop, I-pop, dan yang sewaktu dengannya.
Mereka yang suka bersosial, berakhlak buruk, berpakaian tidak menutup aurat, tidak menjaga maruah, berhibur secara berlebihan, dan jahil sememangnya tidak layak sama sekali untuk dijadikan idola. 

Nauzubillah.
Remaja sekarang lebih meng'idola'kan para artis berbanding dengan para ulama, pendakwah, dan tokoh ilmuan. Dua golongan ini sangat jauh berbeza. You know what i mean. 
Your life, your choices. 

Hiburan itu tidak salah. Tapi yang salah adalah hiburan secara berlebihan. Macam mana hiburan yang over ni? 
- Apabila kita menjadi fanatik dengan artis tersebut.
- Apabila kita mengikut fesyen artis itu walaupun ia tidak menutup aurat.
- Apabila kita menghadiri konsert artis itu dalam keadaan bebas dan lalai. Bercampur lelaki dan perempuan, dan berhibur sehingga lupa untuk solat. 
- Apabila kita menghafal semua lagunya, sedangkan al-Quran di rumah sudah berhabuk dek kerana tidak disentuh.
Hiburan seperti ini hukumnya HARAM. 

Bukalah hati dan carilah idola yang sebenar. Alhamdulillah sebenarnya idola yang benar masih ramai di dunia ni. 
 
Of course lah idola kita yang pertama adalah Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai umat Islam, Sunnah nabi kita perlulah kita ikut. 
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Aku tinggalkan kamu dengan dua perkara. kamu tidak akan sesat selama berpegang padanya. Iaitu al-Quran dan as-Sunnah. "
( Hadis Riwayat Muslim )

Idola kita yang pertama sudah lama meninggalkan kita. Semakin hari kita semakin jauh dengan Baginda, Sunnahnya semakin dilupai. Sebab itulah kita perlu mempunyai idola selepas Rasulullah s.a.w. yang selalu mengingatkan kita pada ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda. 

Ramai idola yang boleh dijadikan ikutan,
dan idola pilihan hatiku adalah : 


Prof. Dr. Muhaya Muhamad.
Beliau mengajar aku nilai-nilai murni dan cara yang betul untuk berjaya dalam hidup.
i wanna be like her, she inspires me. ;') 


Ustazah Fatimah Syarha bt. Mohd Noordin.
Beliau mengajar aku erti cinta yang sebenar. Kisah cinta beliau dengan Dr. Farhan Hadi adalah secara terhormat. Beliau juga mengajarku tentang Fiqh Wanita.


Wardina Safiyyah.
Kisah hidupnya yang telah diberi hidayah oleh Allah amat menginsafkan. 


Ustaz Azhar Idrus.
Beliau mengajarku betapa pentingnya belajar ilmu agama Islam.
Beliau seorang yang tegas tapi lucu. Ceramahnya ringkas, padat, dan jelas. Alhamdulillah beliau adalah pendakwah yang paling ramai menarik anak muda untuk belajar agama Islam.  

Mereka adalah idolaku..
hurmm,,, tak tahu kenapa entry aku ni sendiri buat aku tersentuh, sedih. Hope that they will always be my idols. Aku bersyukur. Alhamdulillah. 
Aku pernah jatuh, tapi merekalah yang membangunkan aku kembali. ;) 

ok lah..
hope semua keluargaku, kawan2 seperjuanganku. rakan bloggersku, tidak tersalah memilih idola. 
Idolaku idolamu jua.. =D 

Assalamualaikum..
senyuummm sokmo deh 

11 comments:

  1. Sama idola Kita ;-)
    Moga dapat memberi motivasi kearah yang lebih baik

    ReplyDelete
  2. idola yg baik membentuk siapa sebenarnya kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan juga sebaliknya.. =)

      Delete
    2. so, carilah sahabat & idola yg boleh menjuruskan kita ke arah kemulian peribadi

      Delete
  3. semua idola di atas saya suka :)

    ReplyDelete
  4. idola yg baik adalah
    yg mampu beri kita kekuatan
    utk bangun semula,
    apabila kita jatuh..

    dan mampu beri kita kekuatan
    utk 'hidup semula'
    setelah kita 'mati' :)

    ReplyDelete
  5. kalau kita pandai gunakan idola kita ke arah kebaikan,
    pasti lagi baik dan terbaik :)

    ReplyDelete
  6. insyaAllah..kita cuba jadi yang terbaik.. =)

    ReplyDelete