:: aku hanyalah seorang manusia yang masih bertatih mencari ilmu Allah yang sgt luas.. kalau ade silap dan salah sila KOMEN yer..Kongsilah Ilmu Walau Sebesar Zarah ::

Tuesday 31 July 2012

Tolak zina dan harta dunia

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmaanirrahimm..

Watak seorang pemuda penjual kapak selalu bermain di dalam kotak fikiranku. Wataknya yang membuat aku tersentuh dan insaf serta mengagumi keimanannya pada Allah yang Maha Penyayang. Mungkin di dunia akhir zaman ini, sudah terlalu susah untuk menjumpai seorang lelaki yang sanggup menolak zina dan harta kerana takutnya pada Allah swt..

ikuti kisahnya yang telah aku ringkaskan : ---



Pada suatu masa dahulu, ada seorang lelaki yang hidup dengan penuh kesederhanaan. Dia hanya berhijrah dari satu kampung ke kampung yang lain untuk menjual kapak. Oleh kerana wajahnya yang sangat tampan,, ramai wanita yang terpegun dan terpikat dengannya.

Suatu hari, pemuda penjual kapak itu sampai di sebuah perkampungan Israel. Seorang dayang telah terpegun melihat ketampanan pemuda itu lalu dayang itu memberitahu puterinya akan kedatangan pemuda tampan itu di kampung mereka.

macam ni la kot gambaran pemuda tampan tu.. hehe

Puteri Israel itu ingin melihat sendiri pemuda itu lalu menyuruh dayangnya mengajak pemuda itu ke rumahnya untuk membeli kapak. Apabila sampainya pemuda itu ke rumah puteri,, dia terus terpikat dengan ketampanan pemuda itu lalu puteri ingin memperdaya penjual kapak yang tampan itu.

Puteri membawa pemuda itu dari satu bilik ke satu bilik yang lain dengan alasan lebih senang untuk membeli dan menyimpan kapaknya, lalu pemuda itu hanya mengikut tanpa ada perasaan curiga pun, sehinggalah mereka sampai ke bilik puteri itu sendiri. Apabila mereka berdua telah berada di dalam bilik, tuan puteri mengunci pintu lalu menanggalkan pakaiannya satu persatu. Pemuda itu terkejut melihat tuan puteri yang tanpa seurat benang pon pada badannya. Ternyata puteri yang licik itu berniat jahat padanya iaitu ingin berzina dengannya.

Pemuda itu lalu berkata, " Wahai perempuan, pakailah kembali pakaianmu. "

" Tidak. Aku telah terpikat denganmu dan aku tidak dapat menahan nafsuku ini. " jawab Puteri Israel.

Dengan berani pemuda itu menjawab, " Sesungguhnya aku takut pada Allah. "

Puteri pula menjawab, " Kalau kamu tidak mahu berzina denganku, aku akan menjerit meminta tolong dan kau akan dituduh cuba memperkosaku. "

Pemuda itu tiada pilihan lain, dia berdoa kepada Allah supaya menyelamatkannya dari melakukan dosa zina.
Pemuda itu berkata, " Baiklah, aku akan menurut kemahuanmu tapi benarkanlah aku mengambil wudhuk terlebih dahulu. "

Puteri membenarkan pemuda itu mengambil wudhuk. Dia menyuruh dayangnya membawa pemuda itu mengambil wudhuk di tingkat yang paling atas iaitu tingkat 20 supaya pemuda itu tidak dapat melarikan diri.

Selepas mengambil wudhuk, pemuda itu berkata, " Aku lebih sanggup mati daripada melakukan zina. " Lalu dia terjun daripada tingkat 20. Dayang tidak sangka pemuda itu sanggup terjun, dayang terus memberitahu puterinya akan hal itu dan mereka menganggap pemuda itu telah mati.

Padahal ketika pemuda itu terjun, Allah telah mengarahkan malaikat memegang pemuda itu dan menurunkannya secara perlahan-lahan. Sampainya di tanah, pemuda itu terkejut kerana masih hidup lalu dia bersyukur pada Allah yang Maha Kuasa kerana telah menyelamatkannya.

Tetapi sekarang pemuda itu telah hilang mata pencariannya kerana kapak-kapaknya masih berada di rumah Puteri Israel lalu dia berdoa pada Allah supaya membantunya.

Kerana ketaqwaannya yang sanggup menolak zina kerana takut pada Allah, Allah telah membantunya dengan mengurniakan harta. Pemuda itu terkejut apabila seekor demi seekor belalang emas melompat masuk ke dalam poketnya hingga poketnya penuh.



Tiba2 ada suara yang membisik di telinga pemuda tampan itu. " harta itu adalah 1 daripada 15000 hartamu di akhirat sebagai pahala kepada perbuatan mulia yang telah kamu lakukan tadi. "

Pemuda itu berasa terkejut dan bersyukur tetapi dia berdoa kembali kepada Allah supaya menyimpan kembali hartanya itu kerana dia tidak mahu hartanya di akhirat berkurang. Dia memilih kaya di akhirat yang kekal daripada kaya di dunia yang sementara. Dia lebih rela hidup miskin di dunia.

Lalu pemuda itu menghabiskan sisa hidupnya dengan bersungguh-sungguh beribadat kepada Allah kerana dia ingin menambah hartanya di akhirat !

~~ THE END ~~

Subhanallah !
menarikkan cerita ni.. banyak pengajaran yang kita dapat..
Dua perbuatan mulia pemuda itu..
1. sanggup mati daripada melakukan dosa zina.
2. menolak harta dunia supaya harta akhirat tidak berkurang.

kalau kita la kan.. agak2 macam mane? mesti kita nak je terima harta tu sebab baru 1 drp 15000 je kowtt! Haaa..itulah istimewanya pemuda tersebut. Semoga kita dapat jadi sepertinya. Ameen~~ Yang pertama dah tahu iaitu belalang emas penuh poket... yang 14999 lagi tu ape la ek? MasyaAllah..Allah Maha Kaya..tak dapat kita imagine kan..
sangat best story ni,,walaupon dah lame aku bace,,sampai sekarang pon masih berlegar-legar dalam kepala..huhu.. sbb tu aku nk share ngn korang2 cume...

( cerita daripada buku "Dahsyatnya Taubat" )

oteyy,,suda letih tangan ini menaip.. =)) tapi puas hati dan bersyukur kerana berjaya berkongsi sesuatu yang bermanfaat saya kira.. InsyaAllah..

Assalamualaikum..
senyuuuummm sokmo deh ^__^

2 comments: